Monday, 18 March 2013

Part 3 : Kisah Jamuan Akhir Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita hanya merancang,tapi Tuhan yang menentukan.Itulah yang berlaku pada jamuan akhir tahun Lia.Mulanya kami semua rancang untuk makan KFC,tapi tak jadi.Tapi tak pa sebab kami menpunyai plan yang lain iaitu bawa makanan sendiri dari rumah.Ada yang bawa keropok,kek,nauget,dan buah-buahan.Lia bawa jambu batu sebab dengar yang lain nak bawa makanan ringgan,jadi Lia bawa lah makanan berat.Berkhasiat sikit.Tak gitu.

Baiklah,kita mula dari awal pagi.Hadiah yang Lia bawa memang besar,jadi masa nak pergi kerja duk tertanya-tanya macam mana nak bawa pi ni.Kalau ada kereta senang sikit,ni tak.Terpaksalah pi naik bas.Punyalah seksa dengan beratnya,besarnya, pastu bangku bas pulak kecil,terpaksa duduk berhimpit-himpit.

Bila sampai waktunya,iaitu waktu rehat,pakat-pakat bergotong-royong semua.Ada yang bawa cawan,tikar,air dan macam-macam lagi la untuk makan kat luar.Tugas Lia dengan Siti ambil ais,Siti kutip ais dan Lia pegang plastik.Senang kan hoho.Time makan paling lawak bagi Lia.Ye la mana tidaknya hanya ada seorang lelaki ja dan yang lain semua perempuan.Dan Siti ni jenis permalu sikit dengan lelaki ni.Lia tengok dia makan sikit ja,senyum pun malu-malu,malah time sesi makan berlangsung,tak dengar langsung suara Siti.Memang super malu sungguh Siti ni.

Setelah selesai makan,mula la acara tukar-tukar hadiah,dan yang pun lawak jugak.Siti dapat hadiah Lia,dah la hadiah Lia besar.Jenuh dia nak bawa balik hehe.Masa dia dapat hadiah tu kan,dia ada tanya "hampa bagi apa ni" then Lia pun cakap "buka la dulu".Lepas dia buka habis semua pembalut tu,terkejutnya Siti,pastu dia bisik kat Lia "kami mana reti duk jahit".Sebenarnya kotak tu ja kotak mesin jahit tapi di dalam cawan.Semua ni salah kedai yang Lia pergi beli hadiah tu la,kedekut kotak..lepas ni Lia dah tak nak pergi kedai dia lagi.

Dan akhir sekali hadiah yang Lia dapat,Lia dapat periuk tanah liat.Memang berat!.Mai dengan hadiah besar balik pulak dengan hadiah berat.Seksa-seksa tapi hakikat Lia suka.Memang Lia seronok sangat jamuan makan akhir tahun ni.Walaupun KFC tak ada,tapi kami dihidangkan dengan pelbagai-bagai jenis makan.Alhamdullilah.

...Sekian...


No comments: