Sunday 10 April 2016

CAMPING? YEAHH !! CAMPING AGAIN !!!!!

Assalamualaikum.


Wahhh ! rasa lama pulak aku tak mengapedate pasal story aku kali ni kan ? Okay okay ! now aku nak cerita pasal kem “PANTAI KERACHUT” hari tu. korang mesti pernah dengaq kan? Tak pernah? Ye ke? Ke tak ambik peduli? Rugi tau ! mehh aku nak cerita dari A to Z :D

2 minggu sebelum nak p tu jawa ada msg “eh alin !! nak join tak kem dekat pantai kerachut? 3 hari 2 malam dan bla bla bla” dan satu lagi kem organisasi apa entah tapi tahap satu . kem pasal tahap satu tu aku awal2 dah reject sebab aku dah p dan buat apa aku nak p untuk kali kedua? Betul kan? Bagi la peluang dekat orang lain sama kan? Hihihihi

Untuk kem yang kedua aku pikir banyak kali jugak dan banyak drama2 yang aku bawa sebelum nak p tuh . hahaha . macam ni cerita dia . sebagai anak yang baik mesti kena mintak kebenaran kat mak bapak dulu kenn? Hahahaha so aku pon tanya la abah


Aku  = “abah kaklin nak p pantai kerachut 25 - 27 hari bulan ni boleh tak?”

Abah = “mak hang cakap apa? P tanya bos tu dulu”


Bila abah dah cakap macam tu so p la tanya mommy a.k.a “BOSS BESAR” yang dok sembang dekat luar rumah dengan “GENG GENGNYA” hahahaha

 Aku = “mak nak p pantai kerachut boleh?”
Mak = “berapa hari? Berapa ringgit Malaysia? Dengan sapa?” 
Aku = “Aduhhh ! banyak tanya pulak mak ni *dalam hati* 3 hari 2 malam, rm35, dengan KRM” 
Mak = “hmmm”

“hmmm” saja yang aku dapat? OMG nak habaq apa ni kat abah ? Nampak dak? Mak macam takmau bagi p ja kan? Ayooyoooo . so aku masuk balik dalam rumah then cakap balik dengan abah .

Abah = “mak cakap apa?” *sambil angkat kening*
 Aku = “mak tak cakap apa2 pon, nak p abahh !! abah tau dak depa dah banyak kali ajak kaklin tau dan banyak kali kaklin tolak. Takkan kali ni kaklin nak tolak jugak ? Bila kaklin boleh p sana kalau bukan dengan depa ? Abahhhhhhhhhh”

abah terus layan tv dan buat “DUNNO” ja bila aku merayu macam tu . abahh !!! apa nih? Dengaq la dulu . STOP !! tengok bola sat . huhuhuhu . abah masih sama macam tu jugak . pukul 11 lebih macam tu mak nak masuk tidoq dan kali ni aku buat “DUNNO” pulak kat mak . kadang2 aku kejam jugak . hahahaha . tak sampai 5 minit mak keluar dari bilik pastu mak tanya


“merajuk ke ni ? Alalala , huduh hang buat muka macam tu”


What !!! ye ke huduh? Hahahha . pada masa yang sama senyuman aku “tergelicir” jugak . hahahhaha so tak jadi la nak merajuk dengan mak :D pastu mak tanya lagi


“nak duit bila ?”


terus muka hat merajuk tadi berubah kepada “SENYUMAN” . see ? bertapa mudahnya mak abah cairkan aku bila aku merajuk tahap 100+++ punya . sebab tu la orang kata “anak manja ni merajuk dia sat ja tambah2 dengan parents dia” *ehh!! Manja ka?* ahahahaha . lepas daripada tu teruihh tak merajuk dah . muka bukan main “HAPPY” lagi tau .  hihihihi .
okay !! now nak cerita pulak pasal nak p sana dari awal sampai balik .


FIRST DAY PANTAI KERACHUT

Masa nak p sana tu aku suruh abah hantar dekat pejabat belia dekat “DYNAS” . tau kan? Ha kat situ la pejabat dia. Nak dipendekkan cerita . aku p awal kot . jumpa pukul 8.30 tapi pukul 8 pagi aku dah tercegat dekat situ tau . haa ! Nampak tak bertapa excitednya aku masa tu . hahaha padahal abah masuk keja 8.30 pagi sebab tu abah hantar aku awal . tapi nasib baik la ada jawa masa tu . jawa pon p awal jugak so takda la aku keseorangan dan “BLUR” . nak tunggu dekat mana? Sat g orang mai nak cakap apa? Haa ! semua ada laa . hahahaha . lepas ja aku letak beg aku hat “KECIK MOLEK” tu kat lantai sya pulak baru sampai . aduhaii sya !!! kenapa hang tak habaq ? kalau tak tumpang aku takpa tau dak . takda la aku keseorangan dan blur sorang2 kat pejabat . hahahha . salah aku jugak takmau tanya sya awal . tapi takut ada jugak kalau sya dah ada appoiment dengan orang lain ka kan? Hihihihih *jawapan selamat*

Sya sampai saja terus dia ajak makan . masalah sekarang ni aku dah makan nasi lemak kat rumah tadi !!! OMG ? takkan nak makan lagi ? perut kenyang lagi kot . hahahaha so aku dengan jawa dan sorang lagi tak silap aku “FATIN” kot? Kalau tak silap la sebab aku pon dah lupa sapa dok tepi aku hari tu . hahahhaa loklaq kan aku ni? Okay masa nak naik bas tu abg faisal ada tanya “tu sapa sya?” takdan aku nak jawab,  sya cakap “adik sya la” hahahaha . sya !! sya !! mentang2 kak alin kecik sya cakap kak alin adik? Hahahahah . pastu dah ambik tempat duduk, sya cakap “mesti abg faisal ingat kak alin adik sya sampai bila2 kan?”  hahahaha “MAYBE” tapi tu semua hayalan je la weiii . bas tak gerak lagi abg faisal dah tanya “tu sapa?” terus aku cakap “sy NOOR AZLIN” haa ! maybe abg faisal lupa aku or tak perasan aku masa dekat “MONKEY BEACH” hari tu .

Dalam bas macam biasa semuanya sembang2 kosong ja dan pasal “TOUCH N GO” . ha mesti pelik kan? Dah kenapa dengan touch n go? Hahahaha , yang peliknya kenapa mesti motosikal kena jugak “TOUNCH N GO”? pelik kan? Okay tak sampai lagi dekat  jeti kami dah berhenti dekat dengan “GURNEY” sebab tunggu budak “PBSM” . ingat pasal “PBSM” ni, aku ingat aku gossip dengan sya

Sya = “kak alin tengok budak2 PBSM? Selalunya budak2 PBSM “nerd” kan? Tapi kenapa yang ni handsome2?”

 Aku = “tu la, rasa pelik pulak bila budak “PBSM” ni segak2


Okay kembali ke cerita asal . hahaha . masa bas berhenti tu dah tengah hari tau, so kami semua agak “LAPAR” !!! nasib baik la ada KFC dekat situ . dah tu tunggu apa lagi? Pakat2 turun p beli makanan la . hahahahaha . aku jenis tak makan sangat tengah hari so aku beli benda ringan2 je . dah tu makan dalam bas . nasib baik abg tu baik tau bagi kami makan dalam bas (^_^) dalam pukul 1 macam tu baru kami gerak ke jeti . haa ! masa tu la kami jumpa budak2 PBSM tu . hahahha . turun je bas kami bawa barangkami ke jeti pastu naik boat terus ke “PANTAI KERACHUT”

dari jeti ke pantai kerachut
Aku naik boat dengan sya, meen, zue, farah, fana, sum, anis dan lagi. hat mana tak ingat tu “MAAF” nahh ! hahahaha tapi aku rasa yang tu ja. Tak tau la kot2 ada yang terlepas pandang . hihihihi . masa naik boat tu tak payah habaq kalau bab jerit !! memang dari awal lagi kami menjerit maybe sebab air pasang tambah dengan ombak besar kan so memang boat “GOYANG2” la . sampai dekat satu tempat tu memang ombak dia “GILA KUAT” rasa macam nak terbalik ja boat . dah la yang naik boat semua perempuan memang “HINGAQ” habis . hahahaha abg yang bawa kami tu pula jenis loklaqsikit . dok mengusik sedia . hahahaha

arnab
penyu
buaya
korang nampak apa? Macam haiwan kan? Haaa tu batu yang menyerupai haiwan macam “buaya” “arnab” dan “penyu” tapi memang real pon dan bukan “MACAM” lagi . hahahaha . asyik sangat dok perati permandangan kat sana sampai tak sedaq dah sampai . hahaha

                       
kami sampai dah nak dekat petang so gambar yang aku mula ambik of coufse la "SUNSET" . hihihihi

                   

with sya
Permandangan waktu senja hari pertama . untung tau aku dapat tengok sebab hari kedua kami tak dapat tengok sebab lindung awan awal lagi . disebabkan hari pertama penat naikkan khemah dan masak so gambar pon banyak time waktu petang sahaja . segala kesulihan amat dikesali . hahahaha ayat kemain ko ye?


SECOND DAY PANTAI KERACHUT




yang ni je sempat ambik, lepas tu dah lindung awan . btw kakak mintak maaf sebab ada gangguan sikit dalam gambar ni . hihihi . al maklum la tengah dok buat latihan "berlakon" . kitaorang berlatih untuk berlatih malam kebudayaan macam tu la, tak silap aku abg fer ada cakap program malam tu pasal “MASYARAKAT” tapi entah apa . habis lupaa !!! hukhukhukhuk .



LAST DAY PANTAI KERACHUT


otw nak p tengok "TASIK MEROMIKTIK"


Ini dia “TASIK MEROMIKTIK” masa aku p hari tu, tapi takda rezeki nak tengok fenomena “air laut bertembung dengan air tawar”  . macam ni je keadaan tasik tu, kering sebab bukan musim dia lagi . sedih kan?



Bila terjadi musim dia "air laut bertembung dengan air tawar". untuk pengetahuan korang, hanya ada 19 di dunia. menarik tak? rugi tau kalau tak p sini, dan gambar ni aku cari dekat google atas ihsan seorang hamba Allah yang dapat tengok fenomena nih . untung la hang ! jealous kay jealous . btw kalau nak tau lebih lanjut p la "SEARCH" dekat pakcik google,  sebab hari tu terlupa nak ambik gambar pasal maklumat dia . hihihi sorry :D


Hanya tinggal kenangan saja dekat sini :D miss u’all a lot . muahhciked :* dekat sini ada penyu jugak tau . tapi !!! kami tak sempat sebab bot ambik kami awal dan kami banyak main :D


XOXO

by : alyn

Sunday 29 June 2014

Tutorial Shawl

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  =D

Kenapa perlu buat tutorial shawl bagai,padalhal kat internet dah berlambak orang dah buat ?.Kenapa ehh !?.Ok bergini ceritanya.Sejak 2-3 bulan ni,saya (leya) rajin search google tengok orang buat cara-cara nak pakai selendang atau shawl.Dalam banyak-banyak tu,kira-kira 50 tutorial,hanya 7 tutorial ja yang aku faham.Yang lain tu macam susah orang nak dapat tangkap.Tu belum masuk bab video lagi !

Kalau diikutkan,banyak lagi yang nak ditaip ni,tapi sabar.Kat bawah nanti sambung lain.Kita layan tutorial dulu....



TUTORIAL SHAWL PERTAMA


Gambar 1 : Model mengunakan inner ninja.Kalau nak gunakan inner separuh pun boleh.Bergantung kepada shawl (sama ada jarang atau tak) dan keselesaan anda.

Gambar 2 : Pinkan kerongsang di bawah dagu.

Gambar 3 : Pastikan shawl sebelah kiri lebih panjang daripada kanan.

Gambar 4 & 5 : Ambil shawl yang panjang dan lilitkan di kepala.

Gambar 6 : Tarik dari kiri hingga ke kanan.

Gambar 7 : Pinkan shawl yang panjang tersebut.

Gambar 8 : Ambilkan shawl yang pendek dan tarik ke bahu kiri

Gambar 9 : Pinkan shawl tersebut dan dah siap.


TUTORIAL SHAWL KEDUA



Gambar 1 : Model mengunakan inner ninja.

Gambar 2 : Pastikan shawl kiri panjang dan yang kanan pendek.

Gambar 3 & 4 : Pinkan di rahang sebelah kanan.

Gambar 5 & 6 : Kemudian pinkan di sebelah rahang kiri.

Gambar 7 & 8 : Ambil shawl yang panjang dan bawa ke belakang.
Kemudian bawa ia ke kanan.

Gambar 9
: Tarik shawl yang panjang tadi ke depan.

Gambar 10 : Pinkan di kanan rahang.

Gambar 11 & 12 : Tarik shawl tersebut dan lilitkan di atas kepala.

Gambar 13,14 & 15 : Pinkan shawl tersebut dan kemaskan shawl.

Gambar 16 : Siap dan selamat mencuba !

TIPS : pastikan shawl 2 tone warna yang berbeza

TUTORIAL SHAWL KETIGA


Gambar 1 : Model menggunakan tudung Halfmoon.
Pastikan kedua-dua bahagian tudung sama panjang.

Gambar 2 & 3 : Tarik shawl sebelah kanan ke belakang.

Gambar 4 : Ambil yang kiri dan bawa ke bahu kanan.

Gambar 5 & 6 : Pinkan shawl di bahagian bahu kanan dan kemaskan.

Gambar 7 : Bawa shawl yang kanan ke hadapan.

Gambar 8 : Bawa shawl tersebut dan lilitkan ke atas kepala.

Gambar 9 & 10 : Sesudah itu,pinkan di atas kepala.

Gambar 11 : Contoh model pinkan shawl.

Gambar 12 : Kemaskan dan siap ! :)


TUTORIAL SHAWL KEEMPAT



Gambar 1 : Model menggunakan tudung Halfmoon.
Pastikan kedua-dua bahagian tudung sama panjang.

Gambar 2 : Ambil shawl di sebelah kiri dan bawa ke belakang telinga

Gambar 3 : Pinkan shawl tersebut.

Gambar 4 & 5 : Bawa shawl sebelah kanan dan kemaskan.

Gambar 6 : Tarik shawl di sebelah kanan dan pinkan di belakang telinga.

Gambar 7 : Kemaskan dan siap ! :)

Gambar 8
: Contoh model menunjukkan dari tepi.




TIPS UNTUK BUAT TUTORIAL

1) Model mesti berdiri
2) Gambar mesti jelas
3) Jangan terlalu banyak "EDIT"
4) Gambar mesti tunjukkan dibahagian depan shawl dan belakang (dan kami fail sebab terlupa ! sorry :D)
5) Mesti buat video selain gambar sahaja (kalau boleh)


SELAMAT MENCUBA


Thursday 19 June 2014

Tutorial Shawl ( come soon !!! )

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



akan datang tak lama lagi  =D

...bersambung...


Monday 16 June 2014

Kisah Indiana Jones

Assalamualaikum dan salam sejahtera =D

Kalau nak tahu...aku bukan nak cerita pasal movie ni,tapi lebih kepada kami sekeluarga menonton movie ni sebenarnya.Ceritanya bergini -



Sedang si Sam (aku lupa apa nama dia dalam movie ni) mencari Dr Jones dengan motorsikal dia di landasan keretaapi.Abah soal ..

Abah : ni bukan ka yang berlakon dalam transformers tu ?
Aku : a'ah
Azam : yang mula-mula tau ni Sam,kak lia la,dia yang habaq kat adik dulu
Aku : tengok muka pun tau ni Sam

Sambil kitaorang borak punya borak,akhirnya si Sam tu jumpa jugak orang yang dia cari.Dr Jones ketika tu dalam keretaapi yang sudah pun gerak,jadi si Sam pun kejar la dia sambil bertanya, "are you Dr Jones",kalau tak salah aku la dan "we need to talk".(main batai ja aku ni kan..haha)

Dan babak seterusnya ....



Mereka duduk di sebuah kedai sambil minum dan sembang-sembang.Kemudian Azam tanya -

Azam : (hairan) tadi bukan kawan tu (Dr Jones) dalam keretaapi ka ! macam mana dia turun ?
Aku : dia turun masa pengarah cakap "CUUUTTTT"

--- suasana diam seketika ---

Abah : (senyum dalam masa yang sama nak gelak) pandaiiii
Azam : (pandang aku) tak pa tak pa
Aku : (buat muka cool tapi dalam hatiXD



...tamat...



Sunday 25 May 2014

Bahagian 4 : Kisah Kerja-Kelalaian-Penipuan-Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari : Khamis
Tarikh : 28-03-2013
Waktu : Pagi

Mak : (suara lembut) Lia  hang tak pi kerja ka ?
Aku : (baru terjaga ) eeerrr   pukul berapa dah ?
Mak : dah pukul 6.50 am dah
Aku : ha ha (then terus sambung tidur)
Mak : hang nak pi kerja dak ni ?
Aku : tak mau laa   bukan ada barang pun hari ni

> beberapa minit kemudian mak masuk bilik balik <

Mak : Lia  hang ada ambil kad bank dak ?
Aku : ada dalam kopet kak lia tu haa
Mak : (berkata kepada abah) ada dah,duk kat Lia
Mak : lain kali kalau ambil kad bank tu bagitau !
Aku : yang tu pun nak kena bagitau
Mak : yaa la,mana la nak tau kot kot jatuh kat mana-mana ka
Aku : dah tu kad bank tu nak buat apa ?
Mak : nak ambil duit sikit
Aku : ambil sikit ja pastu tu taruh balik dalam kopet balik

> pukul 10.00 am <

Aku bangun dari katil dan keluar tengok depa masih tak pi lagi.Aku terus pi dapur ambil sebungkus kuey teow goreng dan makan depan TV sambil baca surat khabar.

> 15 minit kemudian <

Mak dan yang lain-lain pun dah pergi naik kereta cik Yam untuk ke Penang.Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah.Tapi tu yang best.Aku memang suka duk rumah sorang-sorang sebab aku boleh buat apa yang aku suka.Selalunya perkara yang aku suka buat ialah kemas rumah.Haa pelik tak ? tapi memang betul aku suka kemas rumah time orang tak ada sebab senang kalau dah tak ada orang,senang sikit nak buat kerja.Ni tak kalau ada adik atau abang aku ja,time aku nak sapu sampah time tu jugak la depa nak tengok TV.Bila aku kata nak sapu sampah,diaorang terus cakap "sapu je la,kami tak kacau hang pun".Macam mana aku nak sapu kalau depa duk kat lantai dan aku akan dimarahi bila aku halang depa daripada tengok TV.Tengok ??.Sebab tu aku suka kemas rumah time orang tak ada sebabnya mudah iaitu "senang" .

Aku start mula kemas dari pukul 11 pagi hingga la pukul 3.30 petang.Dekat 4 jam padalhal rumah tak besar mana pun.Aku mula kemas dari bilik aku sendiri setelah hampir sebulan lebih tak kemas bilik.Dah macam sarang ular kata abah.Nak buat macam mana.Bila aku kemas ja mesti lepas tu selerak balik.Bila aku suruh Lin dan Azam kemas,depa buat tak tau ja dan kadang-kadang tu depa kemas barang depa ja.Bukannya nak kemas semua sekali.Last-last aku jugak la kena kemas balik.

Lepas habis kemas bilik pastu terus kemas ruang tamu,dapur,dan bilik air.Boleh bayangkan berapa liter air peluh aku keluar 4 jam tu.Tetapi last-last tu memang seronok la bila tengok semuanya kemas dan teratur.Tak sia-sia kerja aku time cuti kerja ni daripada duk tengok cerita kartun dan tengok Facebook.


Hari : Khamis
Tarikh : 28-03-2013
Jam : 8.40 pm

Mak masih belum balik lagi dan pulak abah duk makan mi mamak sambil tengok berita.Dan aku still nak abiskan aku punya catatan semalam dan jugak hari ni.Rasa macam sat ja hari ni.Dari siang tup tup dalam malam.Aduh malas betul la nak pi kerja balik.Esok sure kawan-kawan aku akan tanya " Lia pergi mana semalam".Dan comform aku akan jawab "tak pi mana pun,duk kemas rumah ja".



- agak-agak apa response diaorang ekk ? -


...Tamat...