Hari : Khamis
Tarikh : 28-03-2013
Waktu : Pagi
Mak : (suara lembut) Lia hang tak pi kerja ka ?
Aku : (baru terjaga ) eeerrr pukul berapa dah ?
Mak : dah pukul 6.50 am dah
Aku : ha ha (then terus sambung tidur)
Mak : hang nak pi kerja dak ni ?
Aku : tak mau laa bukan ada barang pun hari ni
> beberapa minit kemudian mak masuk bilik balik <
Mak : Lia hang ada ambil kad bank dak ?
Aku : ada dalam kopet kak lia tu haa
Mak : (berkata kepada abah) ada dah,duk kat Lia
Mak : lain kali kalau ambil kad bank tu bagitau !
Aku : yang tu pun nak kena bagitau
Mak : yaa la,mana la nak tau kot kot jatuh kat mana-mana ka
Aku : dah tu kad bank tu nak buat apa ?
Mak : nak ambil duit sikit
Aku : ambil sikit ja pastu tu taruh balik dalam kopet balik
> pukul 10.00 am <
Aku bangun dari katil dan keluar tengok depa masih tak pi lagi.Aku terus pi dapur ambil sebungkus kuey teow goreng dan makan depan TV sambil baca surat khabar.
> 15 minit kemudian <
Mak dan yang lain-lain pun dah pergi naik kereta cik Yam untuk ke Penang.Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah.Tapi tu yang best.Aku memang suka duk rumah sorang-sorang sebab aku boleh buat apa yang aku suka.Selalunya perkara yang aku suka buat ialah kemas rumah.Haa pelik tak ? tapi memang betul aku suka kemas rumah time orang tak ada sebab senang kalau dah tak ada orang,senang sikit nak buat kerja.Ni tak kalau ada adik atau abang aku ja,time aku nak sapu sampah time tu jugak la depa nak tengok TV.Bila aku kata nak sapu sampah,diaorang terus cakap "sapu je la,kami tak kacau hang pun".Macam mana aku nak sapu kalau depa duk kat lantai dan aku akan dimarahi bila aku halang depa daripada tengok TV.Tengok ??.Sebab tu aku suka kemas rumah time orang tak ada sebabnya mudah iaitu "senang" .
Aku start mula kemas dari pukul 11 pagi hingga la pukul 3.30 petang.Dekat 4 jam padalhal rumah tak besar mana pun.Aku mula kemas dari bilik aku sendiri setelah hampir sebulan lebih tak kemas bilik.Dah macam sarang ular kata abah.Nak buat macam mana.Bila aku kemas ja mesti lepas tu selerak balik.Bila aku suruh Lin dan Azam kemas,depa buat tak tau ja dan kadang-kadang tu depa kemas barang depa ja.Bukannya nak kemas semua sekali.Last-last aku jugak la kena kemas balik.
Lepas habis kemas bilik pastu terus kemas ruang tamu,dapur,dan bilik air.Boleh bayangkan berapa liter air peluh aku keluar 4 jam tu.Tetapi last-last tu memang seronok la bila tengok semuanya kemas dan teratur.Tak sia-sia kerja aku time cuti kerja ni daripada duk tengok cerita kartun dan tengok Facebook.
Hari : Khamis
Tarikh : 28-03-2013
Jam : 8.40 pm
Mak masih belum balik lagi dan pulak abah duk makan mi mamak sambil tengok berita.Dan aku still nak abiskan aku punya catatan semalam dan jugak hari ni.Rasa macam sat ja hari ni.Dari siang tup tup dalam malam.Aduh malas betul la nak pi kerja balik.Esok sure kawan-kawan aku akan tanya " Lia pergi mana semalam".Dan comform aku akan jawab "tak pi mana pun,duk kemas rumah ja".
- agak-agak apa response diaorang ekk ? -
...Tamat...
No comments:
Post a Comment