Saturday, 23 March 2013

Kisah minta cuti kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku nak pi Langkawi 12.02.2013 ni dan tarikh tu memang semua orang cuti.Tapi aku bukan nak minta tarikh tu.Aku nak minta tarikh 08.02.2013 tu haa.So aku rancang macam ni -



* minggu 03.02.2013(Ahad)-09.02.2013(Sabtu) aku kerja petang atau malam

* jadi aku nak minta untuk cuti pada 08.02.2013


Lia : Boss,saya nak minta cuti tarikh ni (sambil menunjukkan kertas bertarikh 8/2)
Boss : hang nak pi mana ?
Lia : nak pi Pangkor dengan family,tarikh ni tau,mungkin masa tu kerja petang kot
Boss : (tak berkata apa-apa tapi senyum)

note:sebenarnya tak ada sapa tau yang aku nak pi Langkawi kecuali keluarga aku ja,yang kat tempat kerja depa semua hanya tau aku nak pi Pangkor

Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.Tiba-tiba minggu yang sepatutnya aku kerja petang ditukar kepada kerja pagi.Aduh pening pening.Then aku terpaksa tukar plan iaitu -

* minggu 03.02.2013(Ahad)-09.02.2013(Sabtu) aku kena kerja pagi

* minggu 10.02.2013(Ahad)-16.02.2013(Sabtu) aku kerja pagi

* disebabkan minggu tu kerja pagi jadi aku rasa tak payah la cuti sebab kalau cuti nak buat apa kat rumah,baik aku kerja ja tarikh tu

* so aku kena tukar tarikh nak minta cuti daripada 8/2 kepada 13/2 iaitu lepas raya cina


Lia : err Boss,saya nak minta cuti tarikh ni (sambil menunjukkan kertas bertarikh 13/2)
Boss : dulu 8 hari bulan la 13 pulak
Lia : dulu kami ingat kerja petang,tapi la dah kena kerja pagi kami rasa tak payah la cuti 8 hari bulan tu
Boss : ni nak pi mana pulak ?
Lia : sama macam hari tu jugak
Boss : ok tak pa nanti saya kasi cuti tarikh tu


Selepas tu aku rasa lega sangat-sangat sebab beban yang aku pikul dah hilang.Time tu aku memang senyum memanjang ja sampai orang sekeliling pun pelik tengok aku.Namun ku sangka terang hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengahhari.Last-last depa tukar balik yang dimana minggu 3/2-9/2 sepatutnya kerja pagi ditukar kerja malam.Alamak 1 lagi masalah datang !!! .Nampak gayanya aku terpaska la minta cuti 8 hari bulan tu.Aku harap dia tak naik angin taufan nanti.huhu

Beberapa hari selepas tu aku buat keputusan tak nak ambil cuti sebab -

* sayang cuti lagipun cuti tahun aku tak banyak sangat...nak taruh untuk raya

* aku tengok boss awal-awal masuk kerja muka macam nak telan orang ja

* aku kesian kat kawan-kawan aku...kalau aku tak ada,sapa nak tolong diaorang

Jadi kesimpulan aku terpaksa kerja malam Jumaat dan pagi Sabtu mak ajak pi kenduri.Jadi aku buat keputusan iaitu tak nak tidur masa balik kerja sampai la malam baru tidur.Lagipun aku dah biasa dah buat lagu ni.Dah tak kekok dan aku harap mata aku ni akan kuat bertahan macam aku jugak(eh elehhh)


...sekian...

No comments: