Thursday, 28 March 2013

Haji Bakhil

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ni aku bukannya nak cerita pasal Haji Bakhir tapi aku nak cerita pasal sifat dia iaitu KEDEKUT,ataupun lebih teruk lagi tamak!.

Cerita 1

Aku cukup tak suka orang kedekut ni,kalau sikit-sikit tu tak pa la,ni sampai tahap kronik ni apa cita ?kita ambil contoh yang dekat dengan kita iaitu adik kita sendiri.Contohnya Azam,bukan main kedekut dia dengan aku tadi.Aku minta nak minum sikit air milo dia punya la payah.Mati-mati dia tak mau kasi.Kedekut betul ! .Tak pa zam,hari budi ada batas,ada hari boleh aku balas,hahaha




Tamak ni bukan semua tak bagus,ada jugak yang bagus.Contoh kita tamak tak mau kongsi duit dengan kawan kita yang banyak duit daripada kita,saja ja dia tak mau bawa keluar dia .Haa macam tu ok la jugak nak tamak a.k.a kedekut pun.

Duk cerita pasal orang mai aku nak cerita pasal aku pulak.Aku seorang boleh dikatakan agak kedekut jugak.Tapi dari segi duit la.Benda atau makanan aku tak kisah,nak kongsi,kongsi la.Tapi duit ni payah sikit.Bukan apa,kalau setakat nak pinjam duit nak beli benda-benda tak berfaedah buat apa kan.Baik duit tu disimpan untuk masa hadapan.Mana la nak tau kan kot tengah-tengah bulan pokai.Boleh la digunakan untuk beli makanan atau sebagainya.Tak gitu ?

...Sekian...

Saturday, 23 March 2013

Kisah minta cuti kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku nak pi Langkawi 12.02.2013 ni dan tarikh tu memang semua orang cuti.Tapi aku bukan nak minta tarikh tu.Aku nak minta tarikh 08.02.2013 tu haa.So aku rancang macam ni -



* minggu 03.02.2013(Ahad)-09.02.2013(Sabtu) aku kerja petang atau malam

* jadi aku nak minta untuk cuti pada 08.02.2013


Lia : Boss,saya nak minta cuti tarikh ni (sambil menunjukkan kertas bertarikh 8/2)
Boss : hang nak pi mana ?
Lia : nak pi Pangkor dengan family,tarikh ni tau,mungkin masa tu kerja petang kot
Boss : (tak berkata apa-apa tapi senyum)

note:sebenarnya tak ada sapa tau yang aku nak pi Langkawi kecuali keluarga aku ja,yang kat tempat kerja depa semua hanya tau aku nak pi Pangkor

Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.Tiba-tiba minggu yang sepatutnya aku kerja petang ditukar kepada kerja pagi.Aduh pening pening.Then aku terpaksa tukar plan iaitu -

* minggu 03.02.2013(Ahad)-09.02.2013(Sabtu) aku kena kerja pagi

* minggu 10.02.2013(Ahad)-16.02.2013(Sabtu) aku kerja pagi

* disebabkan minggu tu kerja pagi jadi aku rasa tak payah la cuti sebab kalau cuti nak buat apa kat rumah,baik aku kerja ja tarikh tu

* so aku kena tukar tarikh nak minta cuti daripada 8/2 kepada 13/2 iaitu lepas raya cina


Lia : err Boss,saya nak minta cuti tarikh ni (sambil menunjukkan kertas bertarikh 13/2)
Boss : dulu 8 hari bulan la 13 pulak
Lia : dulu kami ingat kerja petang,tapi la dah kena kerja pagi kami rasa tak payah la cuti 8 hari bulan tu
Boss : ni nak pi mana pulak ?
Lia : sama macam hari tu jugak
Boss : ok tak pa nanti saya kasi cuti tarikh tu


Selepas tu aku rasa lega sangat-sangat sebab beban yang aku pikul dah hilang.Time tu aku memang senyum memanjang ja sampai orang sekeliling pun pelik tengok aku.Namun ku sangka terang hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengahhari.Last-last depa tukar balik yang dimana minggu 3/2-9/2 sepatutnya kerja pagi ditukar kerja malam.Alamak 1 lagi masalah datang !!! .Nampak gayanya aku terpaska la minta cuti 8 hari bulan tu.Aku harap dia tak naik angin taufan nanti.huhu

Beberapa hari selepas tu aku buat keputusan tak nak ambil cuti sebab -

* sayang cuti lagipun cuti tahun aku tak banyak sangat...nak taruh untuk raya

* aku tengok boss awal-awal masuk kerja muka macam nak telan orang ja

* aku kesian kat kawan-kawan aku...kalau aku tak ada,sapa nak tolong diaorang

Jadi kesimpulan aku terpaksa kerja malam Jumaat dan pagi Sabtu mak ajak pi kenduri.Jadi aku buat keputusan iaitu tak nak tidur masa balik kerja sampai la malam baru tidur.Lagipun aku dah biasa dah buat lagu ni.Dah tak kekok dan aku harap mata aku ni akan kuat bertahan macam aku jugak(eh elehhh)


...sekian...

Monday, 18 March 2013

Part 3 : Kisah Jamuan Akhir Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita hanya merancang,tapi Tuhan yang menentukan.Itulah yang berlaku pada jamuan akhir tahun Lia.Mulanya kami semua rancang untuk makan KFC,tapi tak jadi.Tapi tak pa sebab kami menpunyai plan yang lain iaitu bawa makanan sendiri dari rumah.Ada yang bawa keropok,kek,nauget,dan buah-buahan.Lia bawa jambu batu sebab dengar yang lain nak bawa makanan ringgan,jadi Lia bawa lah makanan berat.Berkhasiat sikit.Tak gitu.

Baiklah,kita mula dari awal pagi.Hadiah yang Lia bawa memang besar,jadi masa nak pergi kerja duk tertanya-tanya macam mana nak bawa pi ni.Kalau ada kereta senang sikit,ni tak.Terpaksalah pi naik bas.Punyalah seksa dengan beratnya,besarnya, pastu bangku bas pulak kecil,terpaksa duduk berhimpit-himpit.

Bila sampai waktunya,iaitu waktu rehat,pakat-pakat bergotong-royong semua.Ada yang bawa cawan,tikar,air dan macam-macam lagi la untuk makan kat luar.Tugas Lia dengan Siti ambil ais,Siti kutip ais dan Lia pegang plastik.Senang kan hoho.Time makan paling lawak bagi Lia.Ye la mana tidaknya hanya ada seorang lelaki ja dan yang lain semua perempuan.Dan Siti ni jenis permalu sikit dengan lelaki ni.Lia tengok dia makan sikit ja,senyum pun malu-malu,malah time sesi makan berlangsung,tak dengar langsung suara Siti.Memang super malu sungguh Siti ni.

Setelah selesai makan,mula la acara tukar-tukar hadiah,dan yang pun lawak jugak.Siti dapat hadiah Lia,dah la hadiah Lia besar.Jenuh dia nak bawa balik hehe.Masa dia dapat hadiah tu kan,dia ada tanya "hampa bagi apa ni" then Lia pun cakap "buka la dulu".Lepas dia buka habis semua pembalut tu,terkejutnya Siti,pastu dia bisik kat Lia "kami mana reti duk jahit".Sebenarnya kotak tu ja kotak mesin jahit tapi di dalam cawan.Semua ni salah kedai yang Lia pergi beli hadiah tu la,kedekut kotak..lepas ni Lia dah tak nak pergi kedai dia lagi.

Dan akhir sekali hadiah yang Lia dapat,Lia dapat periuk tanah liat.Memang berat!.Mai dengan hadiah besar balik pulak dengan hadiah berat.Seksa-seksa tapi hakikat Lia suka.Memang Lia seronok sangat jamuan makan akhir tahun ni.Walaupun KFC tak ada,tapi kami dihidangkan dengan pelbagai-bagai jenis makan.Alhamdullilah.

...Sekian...