Thursday, 14 February 2013

Nak pi jugak ABAH !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambil kitaorang(Lia dan Siti) duk buat kerja,kemudian aku tanya Siti -

Lia : Siti best tak pi Langkawi hari tu ?
Siti : best,tapi kami pening masa dalam feri,semua tempat yang kami pi semua rasa pening
Lia : pi banyak tempat dak,ada pi makam Mahsuri dak ?
Siti : ada,banyak tempat jugak tapi kami lupa tempat yang kami pi
Lia : Siti ada naik carbe car dak ?
Siti : pi tapi kami tak naik pun la,adik kami ja yang naik....hmmm Lia
Lia : apa ?
Siti : nanti raya cina depa nak buat lagi rombongan pi sana,jom la kita pi sama-sama
Lia : abah kami tak bagi la Siti
Siti : hampa bagitau la elok-elok kat abah hampa,kami teringit nak keluar jalan-jalan dengan hampa
Lia : tengok la
Siti : ala Alia jom laa..
Lia : abah kami tak yakin kami ni boleh berdikari la
Siti : jom la
Lia : tengok la nanti,kami nak simpan duit dulu la noh
Siti : haa kami pun sama,bulan ni banyak pakai duit betul noh

Selepas tu,aku mengambil masa berhari-hari nak tanya abah.Aku bukan apa,aku takut abah tak kasi pi ja.Hari tu,aku tengok abah tenang ja tengok bola,then aku terus tanya -

Lia : abah,nanti raya cina ada nak pi mana-mana tak ?
Mak : nak pi mana!tak dak nak pi mana-mana pun
Abah : awat ?
Lia : kawan kak lia ajak pi Langkawi lagi
Mak : nak pi lagi ka ?
Lia : a'ah
Mak : 1 hari pi sana tak dak cukup
Abah : pukul 8 bertolak,pastu pukul 12 baru naik feri,tambah pulak masa raya cina
Lia : yang ni pi 2 hari
Mak : ikut hang la,nak pi..pi la
Lia : YEAHHH !!!!!
Mak : berapa ringgit tambang bas ?
Lia : sama macam hari tu kot

Ohhh gembiranya aku,kena bagi tau Siti ni.Dan aku faham abah tak banyak cakap time tu sebab mata-telinga-mulut dan hidung duk fokus pada bola.Tak pa asalkan aku dapat lesen.Yes Yes Yes !! Kemudiannya aku terus mesej Siti -

Lia : Assalamualaikum Siti,abah dengan mak kami bagi kami pi Langkawi dengan hampa

Keesokan harinya Siti baru balas-

Siti : Assalamualaikum Alya,betul ka nak pi Langkawi
Lia : kalau Siti pi kami pon pi jugak
Siti : tadi tuan rombongan mai rumah,tanya berapa orang nak pi,Alia tunggu bas kat mana?harganya RM 130 seorang,nak tidur rumah Siti pun boleh pastu boleh tunggu bas sekali,rombongan tu pi masa raya cina
Lia : abah kami kata tidur rumah Siti senang sikit
Siti : nanti masa balik turun rumah Siti pastu ayah Alya ambil ka atau nak turun rumah Alyn terus
Lia : nanti kami tanya abah kami dulu,duit RM 130 tu tambang bas dengan feri ka ?
Siti : dia kira sekali bas yang kat sini,bas kat sana,feri,tempat tinggal tapi tak termasuk makanan dengan makam mahsuri,tempat lain tak kena bayar,makam mahsuri ja,takpa kita bawa bekal makanan
Lia : pi sana bertolak pukul berapa pastu nak balik tolak pukul berapa pulak ?
Siti : Siti tak pasti la pukul berapa

Selang berberapa minggu,Lin tanya aku"kak lia hang nak pi Langkawi ka Pulau Pangkor?",kemudian aku jawab la nak pi Langkawi.Then aku tanya balik pasal pa tanya macam tu,lepas tu Lin cakap nanti raya cina abah nak bawa pi makan angin kat sana.Hari tu aku tanya cakap tak dak nak pi mana-mana,yang ni lain pulak.Ni yang buat aku pening ni,sebab aku nak pi dua-dua kalau boleh(tamak kan).Tapi apakah daya,aku terpaksa pilih satu saja,dan keputusan aku ialah nak pi Langkawi dengan Siti sebab aku dah janji dengan dia.Sekali-sekala nak la jugak bercuti tanpa keluarga ni kan dan ini adalah percutian aku yang pertama tanpa keluarga di sisi.Agak-agak aku dapat jaga diri ke tak ekk?huhuhu aku tak dapat bayangkan macam mana aku kat sana nanti.

...Sekian...

No comments: