Friday, 1 February 2013

Dinner 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

" LINNNN AKU NAK PAKAI BAJU APA NI,STAIL TUDUNG MACAM NAK BUAT NI,LINNN!!!" jerit aku kat Lin

Haa awal-awal lagi aku jerit-jerit nak pekak telinga Lin dibuatnya.haha.2-3 sebelum tu aku ok lagi,tapi lepas tu aku terus jadi tak tentu arah.Sampai baju apa nak pi sana pun aku tak tau.Best lagi orang laki kan,tak kisah pun semua tu,ambil ja yang mana suka then pakai.Tapi orang perempuan lain.Mesti la nak nampak cantik dan bergaya.Tambah-tambah lagi anak dara(eh wah).

Last-last sekali aku buat keputusan nak pakai simple-simple ja.Tak nak la lawa-lawa sangat.Lagipun dinner tu malam.Sapa yang nak tengok.Then aku ambil la baju kurung yang dah lama tak pakai dengan selendang lilit-lilit biasa ja.Dah siap.





Semasa dalam perjalanan,banyak jugak dugaan yang datang.Contohnya bas rosak la,sesat la dan macam-macam lagi la.Syukur alhamdullilah akhirnya sampai jugak.Aku ingatkan bila kena dengan masalah yang menimpa,akan sampai last sekali.Tapi tak,bas kami yang paling awal sekali.Hebat kan,dalam rosak-rosak pun boleh sampai awal.






Ni pulak sekitar hotel.Bila sampai ja sini,aku terus jadi macam rusa masuk kampung.Memang jakun betul aku time tu.Almaklum la first time masuk hotel.Tambah pulak time tu aku tak ada kawan.Lagi segan aku kat sana.Aku jenis ikut orang ja.Kawan tu ke kiri,aku pun ke kiri.Nak dijadikan cerita,adalah satu group tu ramai-ramai nak pergi mana tah,aku pun ikut la.Aku ingat diorang nak masuk dalam dewan rupa-rupa diaorang semua pergi tandas.Tanpa aku sedar,ada ramai jugak orang yang ikut belakang aku.Last-last semua pakat-pakat berhimpit dalam tandas.Alahai malu betul time tu.




Ok ni la persekitaran dalam dewan.Bersih dan sejuk.Masa ni tak ramai lagi yang datang.Tah-tah diaorang semua sesat macam aku tadi tak hehe.Lagipun jalan nak ke dewan ni tak ada,tu yang susah tu.Bila masuk ja dalam dewan tu,aku macam tak percaya ja,rasa"eh betul ka aku kat dalam ni".Rasa macam bukan kat Malaysia pun ada.Tapi bila dah masuk tu,tangan ni tak henti-henti nak ambil gambar.Sekejap tangkap belah atas,kejap bawah.See,jakut kan ?




Pelbagai jenis lauk yang diaorang hidangkan kat sini.Tapi lauk je la,nasi tak dak..ehh kejap,bukan tak dak langsung.Ada cuma kat last-last ja baru ada.Masa awal-awal tu ratah lauk ja dulu.Aku ni pulak bukannya jenis reti makan lauk tanpa nasi ni.Tetepi disebabkan kat rumah aku tak makan apa dan time tu aku tengah lapar gilor.Aku belasah ja.Janji masuk perut.Mai aku nak cita pasal makanan kat sana.Dalam 5 bintang aku boleh kasi 3 bintang ja.Nak tahu kenapa?sebabnya ..

1- nasi tak ada
2- sup tak sedap(nak termuntah aku dibuatnya tau)
3- makan dalam gelap(sampai tergigit halia yang aku sangka ayam)
4- lauk pelik-pelik
5- atas sebab tu aku tolak 2 bintang


Gambar di atas tu adalah persembahan Adli Vokal Bukan Sekadar Rupa 2.Semua lagu rock dia nanyi.Sampai kat last-last tu ada keluar api.Semua persembahan kat sana boleh dikatakan bagus jugak la cuma masa awal-awal persembahan ada penari tu agak seksi jugak la.Kalau tak caya boleh tanya Siti,masa perembahan tu dia asyik sebut "astaghfirullah al azeem".Malah dia tak tengok pun persembahan tu.Masa pergi tandas aku ada tanya siti ...

Lia : Siti awat hang tak tengok depa nari masa awal-awal tu?
Siti : muzik dia kuat sangat

Walaupun Siti salahkan muzik dia,tapi hakikatnya aku tau Siti tak berani nak tengok.Ya aku boleh faham.Jadi sesudahan dinner habis pukul 12.00.Memang bengkak mata aku time tu.Tahan tak mau tidur sebab nak tunggu cabutan bertuah.Ada lebih 200 hadiah cabutan bertuah,tapi 1 pun tak sangkut,huhuhu sedih ni tau.


...Sekian...

No comments: