Saturday, 10 March 2012

Siapa tak suka dapat CABUTAN BERTUAH kan ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)


Dalam keluarga aku semua dah pernah dapat cabutan bertuah.Hari tu kat sekolah Lin dapat perjumpaan ibu bapa,kebetulan di akhir ucapan ada cabutan bertuah.Jadi abah tak nak lepaskan peluang untuk dapat hadiah pertama iaitu basikal FIXIE(betul tak aku eja ni).Ternyata tuah memyebelahi abah dapat cabutan bertuah,tapi bukan basikal tu,hadiah lain abah dapat.

Haa ni la hadiah yang abah dapat.Bila abah balik ja,kami pakat-pakat perli abah "mana basikal fixie abah tu??",abah tanya senyum ja sindiran kami semua haha.La hadiah tu still duk dalam plastik dia lagi sebab mak tak bagi buka nanti berhabuk pulak.

Ok tu kisah abah,yang ni kisah aku pulak.Tak silap aku masa aku dapat cabutan bertuah tu aku form 1 kot,kebetulan masa tu pulak hari lahir aku.Masa tu tengan asyik-asyik duk sembang dengan kawan kat dewan,tiba-tiba dengar macam orang panggil nama aku,terus kawan aku tegur yang cikgu panggil nama aku,tak sedar betul time tu.Tanpa berlengahkan masa,aku terus berlari anak naik ke atas pentas.Aku still ingat lagi apa yang aku dapat iaitu cawan gelas.Cawan tu hanya bertahan berapa bulan je sebab mak tak sengaja pecahkan,sayangnyaaaa...

Antara ahli keluarga kami,Alyn la yang paling best sekali dapat cabutan bertuah.Dia dapat hadiah hampers yang besar,dalam tu ada makanan ringan,nata di coco,soya,serta minuman lain.Meh aku ceritakan dari mula.Masa tu tahun 2004,bulan berapa tu aku tak ingat la cikgu buat hari kantin.Ketika hendak masukkan nama untuk cabutan bertuah,ada la budak tu suruh masukkan kertas kat dia,aku dengan lin pun bubuh la dalam tu tanpa berfikir panjang.Hampir jam 11 pagi,maka bermula cabutan bertuah.Tiba-tiba ada seorang pengawas suruh siapa yang belum masuk kan nama boleh masakkan ke dalam balang yang dipegang dia.Lepas tu lin marah sebab dia ingat kami masukkan kertas kat orang lain(masa tu lin tak berapa faham lagi)."Mesti kita tak dapat cabutan bertuah !!"kata lin pada aku,"relek la dulu,kita tunggu sampai abis"balas aku.Selepas 45 minit kemudian,lin mula tak larat nak tunggu sambil merungut yang nama dia mungkin tak akan dipanggil.Lepas lin pergi berehat kat bawah dewan,aku sorang-sorang pergi dengar nama yang disebut cikgu dalam keadaan yang sesak dengan ramai orang.Selang berapa minit,aku dengar cikgu sebut nama lin.Terkejut aku dibuatnya,dalam keadaan pantas terus aku pi panggil lin.Lin masa tu dalam keadaan percaya tak percaya dengar nama dia dipanggil.Lepas tu aku tolak lin pi depan ambil hadiah.Macam tak percaya lin dapat hampers besar.Masa cikgu panggil nama dia,aku tak nampak hadiah yang cikgu pegang sebab aku duk belah belakang,hanya dapat dengar ja.

Lepas abis ja acara tu,aku terus cari-cari abang lan kalau-kalau dia ada sebab masa awal dia datang sekolah,cari punya cari tak jumpa."Macam mana kita nak bawa balik ni?"tanya aku,"kita tak atas belakang basikal la"jawab lin.Memang masa tu menguji kesabaran kami jugak la sebab semua orang balik awal sedangkan kami balik sambil tolak basikal.Dah la kena naik bukit lagi,hadiah besar lagi,mandi penuh la jugak aku time tu.Tapi nasib kami baik time tu sebab ada salah sorang jiran aku sudi tolong bawa hadiah kami masa nak naik bukit,kalau tak ada dia,dekat setengah jam jugak la kami nak naik bukit yang biasanya ambil masa tak sampai  2-3 minit.Sampai ja rumah,abang lan dengan mak terus terkejut!!macam tak percaya ja depa dibuatnya.

Itu kisah Alyn,belum kisah adik bongsu aku sorang ni,sapa lagi kalau bukan Azam.Kes dia ni buat aku rasa macam nak gigit-gigit ja.Mana tak nya,ada ka patut masa cikgu sebut nama dia untuk ambil hadiah,boleh dia buat-buat tak dengar sebab malu nak ambil hadiah.Ade ke patut !!

Azam : Adik dapat cabutan bertuah..
Aku(leya) : Mana hadiah hang ??
Azam : malu la adik nak ambil..
Aku : awat pulak hang malu..gatai..
Azam : haa la depa bagi teddy bear,buat apa ambil,nanti kawan adik kata adik dapat hadiah budak perempuan pulak..
Alyn : Kalau hang tak mau hang bagi la kat aku !! ngok la hang ni..
Aku : tah..biar pi kawan-kawan hang kata,hang buat tak tau dah la

Lepas tu mat azam terus membisu..haa awal-awal tadi aku kata semua family aku pernah dapat cabutan bertuah kan,ok mat azam terkecuali..(pulak dahhh)
.
...Tamat la sudah...

No comments: