Berapa hari lepas,sedang aku bosan-bosan tak tau nak buat apa,aku pun buka la album lama-lama,tengok punya tengok terTiba.."mana gambar-gambar pi Langkawi hari tu haa??"tanya aku kepada aku jugak....Haa!! dah ingat(actually pic tu semua dah hilang sebab virus),tak guna !!kau jahat kau jahat(alahai gediknya) >.<
Lepas tu aku terus buka FB tengok-tengok kalau abah atau lin ka azam ka ada gambar-gambar pi langkawi hari tu,tak salah lagi memang depa ada,aku pun copy paste balik gambar-gambar tu,tapi tak la sebanyak dulu =( aku ambil gambar sikit kat FB abah,FB azam sikit,jadi banyak la gambar depa kat bawah huhu
Masa nak pi bercuti kat Langkawi dulu,tak silap aku masa tu 2010 kot,masa tu awal bulan.Ada 3 tempat nak pi langkawi :
1) nak feri dari Pulau Pinang (ambil masa 2 jam)
2) nak feri dari Kuala Muda (1 jam)
3) nak feri dari Perlis (30 minit)
#sumberabahakusendiri#
Jadi abah pilih no.2 tu,bertolak lebih kurang 5.30am sampai sana 7.05am(sempat jugak singgah R&R).Kalau nak pi sana kena sampai awal takut-takut nanti sesak kan dah menyusahkan dengan ramai orang berhimpit-himpit lagi.Kami sekeluarga naik feri jam 7.15 pagi sampai lebih kurang jam 8 pagi.Dalam feri pulak diaorang hiburkan penumpang dengan filem-filem tempatan mahupun antarabangsa,masa aku naik hari tu depa buka gambar Senario Beach Boy,aku tengok tak ada sapa pun yang gelak kecuali ada berapa orang mat saleh yang duk gelak-megeket,tau tau aku apa yang bestnya.
Sampai-sampai ja kat Jeti Kuah,abah terus telefon kawan abah tanya pasal kereta untuk kami sekeluarga jalan-jalan kat sini.Lepas dapat ja kereta,terus abah bawa kami pi chalet kat pantai Cenang.Kat sini,abah la yang jadi pemandu pelancong kami sebab abah dah biasa sangat dengan Langkawi ni,almaklum la tiap-tiap bulan boss abah hantar pi kerja kat sana huhu. Aku ada tanya mak"awat kita duk kat chalet pantai cenang? awat kita tak duk kat pantai lain???"mak jawab"sebab pantai ni bersih,tak dalam macam pantai-pantai lain","ooohhhh"jawab aku balik sambil garu-garu kepala.
Destinasi pertama kami kat sini mesti la pergi naik Cable Car.Rugi tau kalau mai Langkawi tak naik Cable Car ni,besttttt oiiii !!!,dapat melihat hutan dari atas,kalau kat sedim pun best jugak,tapi sedim macam redah dalam hutan,kat sini lain,jalan atas hutan.Masa naik cable car tu kami tak dapat tengok air terjun Telaga Tujuh sebab masa kami datang tu musim kemarau,jadi air terjun dah kering =( ...Sampai kat atas,terus nak pergi Jambatan Gantung,kat sini kena turun pelahan-lahan sebab kalau laju nanti boleh tercedera dibuatnya,macam aku haha,tapi tak dak la sampai aku terjatuh,cuma terlecek sampai kasut nak terputus,ala hai malang nasib aku.
Keesokan harinya pulak kami adik-beradik sibuk ajak abah pi Makam Mahsuri.Kalau tak silap aku,masa darjah 2 dulu dalam buku teks Bahasa Melayu ada cerita pasal Mashuri ni.Dari kecil aku ingat Mahsuri menpunyai darah putih dari lahir,rupa-rupanya masa beliau dibunuh ja keluar darah putih,sebelum ni darah merah macam semua orang.Ada jugak orang cakap yang tu bukan darah,tapi susu sebab beliau kan baru bersalin anak lelaki ,tapi aku tak berapa percaya sangat la kata-kata orang,mungkin benar beliau dibunuh dan mengalirkan darah putih sebab beliau kan difitnah,mungkin darah putih tu menunjuk betapa jujurnya beliau menpertahankan maruah daripada menjadi mangsa fitnah.Apa yang aku tahu pasal Mahsuri ni,beliau seorang anak tunggal pasangan persawah yang sangat cantik(ada gambar dalam rumah Mahsuri yang mangatakan gambar tu Mahsuri,tapi tak tahu kebenarannya),banyak wanita-wanita di kampung iri hati dengan kecantikannya yang berjaya menbuatkan hati lelaki cair melihatnya,malah ibu mentua Mahsuri jugak cemburu dengan Mahsuri sampai sanggup menfitnah menantu beliau sendiri(jahat betul mak mentua Mahsuri ni kan),sebelum Mahsuri dibunuh atas terkena fitnah,beliau bersumpah kalau setitik darah beliau jatuh ke atas muka bumi Melaka ni..(ehhh Melaka apa pulak,orang duk cerita pasal Langkawi ni,ish ish ish tukar balik)hehe banyak sorry la ye..ok aku sambung balik...Beliau bersumpah dengan menharamkan setitik darah beliau jatuh ke atas muka bumi Langkawi ni,justeru tak aman la Langkawi tujuh keturunan beliau..(nasib baik Mahsuri ni ada zuriat,kalau tidak tak aman Langkawi sampai sekarang).Selepas kematian Mahsuri,maka bermula lah sumpahan beliau,Pulau Langkawi menjadi porak-peranda dengan datangnya penjajah(aku tak pasti dari mana),malah ada yang mengatakan yang kerbau lebih banyak bilangannya daripada manusia ketika tu.Itu sahaja la yang aku tahu pasal legenda Mahsuri,nak tahu banyak lagi boleh search kat Google =)
Lepas dah pergi Makam Mahsuri,kami balik chalet untuk rehat kejap,dalam tengahari kami keluar balik pi Underwater World,ala tak jauh pun...tak sampai 1 km dari tempat kami menginap,so jalan kaki ja pergi sana.Disebabkan mak tak ikut sebab still penat lagi,jadi rasa kekurangan di situ =( Masuk-masuk ja Underwater World,rasa macam masuk akuariummm !!! ikan kat atas kepala kita ja,lepas tu kami jumpa Rico :) haa nak tahu sapa Rico,try tengok The Penguins of Madagascar mesti tahu hehe...disamping dapat tengok ikan serta penguin,kat sini jugak aku berpeluang pegang tapak sulaiman dan tangkap anak ikan.Best sangat-sangatttt..rugi tau kalau tak mai sini.
Orang kata kalau datang Langkawi jangan lupa beli coklat sebab kat sini murah,jadi ini la masa kami boros abisss haha..tapi tak dak la sampai membazir,just beli untuk diri-sendiri dan jugak saudara mara terdekat.Waktu petang pulak kami sekeluarga bersiap-siap nak balik rumah ja,2 hari 1 malam ja kami kat sini,tak leh lama-lama,nanti terkenang-kenang rumah dalam mimpi huhu..sebelum nak pergi Jeti,kami singgah kat Daratan Lang kejap,nak ambil memori sikit kat sini(maksudnya tangkap gambar),damai ja kat sini dengan angin yang tertiup sempoi,tenang sungguh la katakan.Agak-agak bila dapat mai bercuti kat Pulau Lagenda ni lagi ekk ??(ok tu kena tanya mak dengan abah)
...Sekian Tamat...
No comments:
Post a Comment