Tuesday, 20 March 2012

Cara semut nak pecahkan kacang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mula-mula cikgu Azam tunjuk video ni kat dia,lepas tu dia tunjuk pulak kat kami semua.Best jugak video ni..kalau tak silap aku video ni ada banyak cerita,tapi aku rasa yang ni paling lawak =D


...Enjoy...

Monday, 19 March 2012

Soalan SAYA untuk DIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Umur anda sekarang ni ?

> 16 , masih mude lg kn ? hee

Warna kegemaran anda ?

> biru muda , warna air laut tu :)

Benda apa yang anda inginkan sekarang ni ?

> laptop baru !! ^_^

Haiwan yang paling disukai ?

> sugar glider !! tapi tak dpat bela lg :(

Serangga yang paling ditakuti dan sebab ?

> lipas !! ee , geliiinyee

Artis yang disukai ?

> adele , zayn malik n byk lg :)

Baju apa yang ingin dipakai ?

> dress . pastu baju mcm puteri tu . lawa kn ?

Makanan dan minuman yang paling disukai ?

> kalau makanan mee kuah buatan abah aku , sdapp ooo . minuman pulak . juz epal je :)

Sudah mempunyai kekesih hati ?

> singlee :)

Tempat perlancongan yang ingin dilawati ?

> singapore

Uploud gambar yang paling disukai ?



Rumah impian anda ?

villa , yg dok dekat kg tu :)

Filem pilihan anda (antarabangsa/tempatan) nyatakan sebab ?

> aku suka cerita hantu :)

Impian yang belum tercapai ?

> nak maen piano :(

Target berapa A dalam SPM ?

> mesti larh 9A :)

Apa yang anda lakukan jika ternampak ada orang dalam kesusahan seperti diragut ?

> tolong dya .

Cita-cita dari kecil hingga dewasa ?

> cikgu . hehe

Idola anda ?

> abah aku larh :)

Jika diberi pilihan,kuasa apa yang anda inginkan ?

> halimunan . taktaw sebab apa .

Sifat seseorang yang paling dibenci ?

> gedik . penipu . bajet bagus

Nyatakan sifat anda secara ringkas ?

> tak suka sedeh-2 . periang . suka kacau org . byk lg . tp mlaz nk bgtahu

Anda ada Facebook ? (bila masa aku tanya soalan ni ekk ??)

> ada , add nie --> https://www.facebook.com/alyyn2

....Tamat....

Wednesday, 14 March 2012

Alangkah terkejutnya aku bila ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Sedang aku bosan-bosan,aku pun terus la buka blog...

Aku(leya) : (ohh dah ada 9 orang dah,check-check tengok..)LINNNN !!! Siti dengan Ana ada blog ka ?
Alyn : haa la..hang baru nak tau ka,bukan hari tu hang bagitau depa ada blog ka ?
Aku : ya ka aku ada bagitau(padahal aku pun baru tahu) : /

Anyway selamat datang Siti dan Ana ^_^

Monday, 12 March 2012

Menikmati Keindahan di Bumi Lagenda Mahsuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

Berapa hari lepas,sedang aku bosan-bosan tak tau nak buat apa,aku pun buka la album lama-lama,tengok punya tengok terTiba.."mana gambar-gambar pi Langkawi hari tu haa??"tanya aku kepada aku jugak....Haa!! dah ingat(actually pic tu semua dah hilang sebab virus),tak guna !!kau jahat kau jahat(alahai gediknya) >.<


Lepas tu aku terus buka FB tengok-tengok kalau abah atau lin ka azam ka ada gambar-gambar pi langkawi hari tu,tak salah lagi memang depa ada,aku pun copy paste balik gambar-gambar tu,tapi tak la sebanyak dulu =( aku ambil gambar sikit kat FB abah,FB azam sikit,jadi banyak la gambar depa kat bawah huhu

Masa nak pi bercuti kat Langkawi dulu,tak silap aku masa tu 2010 kot,masa tu awal bulan.Ada 3 tempat nak pi langkawi :

1) nak feri dari Pulau Pinang (ambil masa 2 jam)
2) nak feri dari Kuala Muda (1 jam)
3) nak feri dari Perlis (30 minit)


#sumberabahakusendiri#

Jadi abah pilih no.2 tu,bertolak lebih kurang 5.30am sampai sana 7.05am(sempat jugak singgah R&R).Kalau nak pi sana kena sampai awal takut-takut nanti sesak kan  dah menyusahkan dengan ramai orang berhimpit-himpit lagi.Kami sekeluarga naik feri jam 7.15 pagi sampai lebih kurang jam 8 pagi.Dalam feri pulak diaorang hiburkan penumpang dengan filem-filem tempatan mahupun antarabangsa,masa aku naik hari tu depa buka gambar Senario Beach Boy,aku tengok tak ada sapa pun yang gelak kecuali ada berapa orang mat saleh yang duk gelak-megeket,tau tau aku apa yang bestnya.

Sampai-sampai ja kat Jeti Kuah,abah terus telefon kawan abah tanya pasal kereta untuk kami sekeluarga jalan-jalan kat sini.Lepas dapat ja kereta,terus abah bawa kami pi chalet kat pantai Cenang.Kat sini,abah la yang jadi pemandu pelancong kami sebab abah dah biasa sangat dengan Langkawi ni,almaklum la tiap-tiap bulan boss abah hantar pi kerja kat sana huhu. Aku ada tanya mak"awat kita duk kat chalet pantai cenang? awat kita tak duk kat pantai lain???"mak jawab"sebab pantai ni bersih,tak dalam macam pantai-pantai lain","ooohhhh"jawab aku balik sambil garu-garu kepala.

Destinasi pertama kami kat sini mesti la pergi naik Cable Car.Rugi tau kalau mai Langkawi tak naik Cable Car ni,besttttt oiiii !!!,dapat melihat hutan dari atas,kalau kat sedim pun best jugak,tapi sedim macam redah dalam hutan,kat sini lain,jalan atas hutan.Masa naik cable car tu kami tak dapat tengok air terjun Telaga Tujuh sebab masa kami datang tu musim kemarau,jadi air terjun dah kering =( ...Sampai kat atas,terus nak pergi Jambatan Gantung,kat sini kena turun pelahan-lahan sebab kalau laju nanti boleh tercedera dibuatnya,macam aku haha,tapi tak dak la sampai aku terjatuh,cuma terlecek sampai kasut nak terputus,ala hai malang nasib aku.







Keesokan harinya pulak kami adik-beradik sibuk ajak abah pi Makam Mahsuri.Kalau tak silap aku,masa darjah 2 dulu dalam buku teks Bahasa Melayu ada cerita pasal Mashuri ni.Dari kecil aku ingat Mahsuri menpunyai darah putih dari lahir,rupa-rupanya masa beliau dibunuh ja keluar darah putih,sebelum ni darah merah macam semua orang.Ada jugak orang cakap yang tu bukan darah,tapi susu sebab beliau kan baru bersalin anak lelaki ,tapi aku tak berapa percaya sangat la kata-kata orang,mungkin benar beliau dibunuh dan mengalirkan darah putih sebab beliau kan difitnah,mungkin darah putih tu menunjuk betapa jujurnya beliau menpertahankan maruah daripada menjadi mangsa fitnah.Apa yang aku tahu pasal Mahsuri ni,beliau seorang anak tunggal pasangan persawah yang sangat cantik(ada gambar dalam rumah Mahsuri yang mangatakan gambar tu Mahsuri,tapi tak tahu kebenarannya),banyak wanita-wanita di kampung iri hati dengan kecantikannya yang berjaya menbuatkan hati lelaki cair melihatnya,malah ibu mentua Mahsuri jugak cemburu dengan Mahsuri sampai sanggup menfitnah menantu beliau sendiri(jahat betul mak mentua Mahsuri ni kan),sebelum Mahsuri dibunuh atas terkena fitnah,beliau bersumpah kalau setitik darah beliau jatuh ke atas muka bumi Melaka ni..(ehhh Melaka apa pulak,orang duk cerita pasal Langkawi ni,ish ish ish tukar balik)hehe banyak sorry la ye..ok aku sambung balik...Beliau bersumpah dengan menharamkan setitik darah beliau jatuh ke atas muka bumi Langkawi ni,justeru tak aman la Langkawi tujuh keturunan beliau..(nasib baik Mahsuri ni ada zuriat,kalau tidak tak aman Langkawi sampai sekarang).Selepas kematian Mahsuri,maka bermula lah sumpahan beliau,Pulau Langkawi menjadi porak-peranda dengan datangnya penjajah(aku tak pasti dari mana),malah ada yang mengatakan yang kerbau lebih banyak bilangannya daripada manusia ketika tu.Itu sahaja la yang aku tahu pasal legenda Mahsuri,nak tahu banyak lagi boleh search kat Google =)




Lepas dah pergi Makam Mahsuri,kami balik chalet untuk rehat kejap,dalam tengahari kami keluar balik pi Underwater World,ala tak jauh pun...tak sampai 1 km dari tempat kami menginap,so jalan kaki ja pergi sana.Disebabkan mak tak ikut sebab still penat lagi,jadi rasa kekurangan di situ =( Masuk-masuk ja Underwater World,rasa macam masuk akuariummm !!! ikan kat atas kepala kita ja,lepas tu kami jumpa Rico :) haa nak tahu sapa Rico,try tengok The Penguins of Madagascar mesti tahu hehe...disamping dapat tengok ikan serta penguin,kat sini jugak aku berpeluang pegang tapak sulaiman dan tangkap anak ikan.Best sangat-sangatttt..rugi tau kalau tak mai sini.


Orang kata kalau datang Langkawi jangan lupa beli coklat sebab kat sini murah,jadi ini la masa kami boros abisss haha..tapi tak dak la sampai membazir,just beli untuk diri-sendiri dan jugak saudara mara terdekat.Waktu petang pulak kami sekeluarga bersiap-siap nak balik rumah ja,2 hari 1 malam ja kami kat sini,tak leh lama-lama,nanti terkenang-kenang rumah dalam mimpi huhu..sebelum nak pergi Jeti,kami singgah kat Daratan Lang kejap,nak ambil memori sikit kat sini(maksudnya tangkap gambar),damai ja kat sini dengan angin yang tertiup sempoi,tenang sungguh la katakan.Agak-agak bila dapat mai bercuti kat Pulau Lagenda ni lagi ekk ??(ok tu kena tanya mak dengan abah)



...Sekian Tamat...

Saturday, 10 March 2012

Siapa tak suka dapat CABUTAN BERTUAH kan ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)


Dalam keluarga aku semua dah pernah dapat cabutan bertuah.Hari tu kat sekolah Lin dapat perjumpaan ibu bapa,kebetulan di akhir ucapan ada cabutan bertuah.Jadi abah tak nak lepaskan peluang untuk dapat hadiah pertama iaitu basikal FIXIE(betul tak aku eja ni).Ternyata tuah memyebelahi abah dapat cabutan bertuah,tapi bukan basikal tu,hadiah lain abah dapat.

Haa ni la hadiah yang abah dapat.Bila abah balik ja,kami pakat-pakat perli abah "mana basikal fixie abah tu??",abah tanya senyum ja sindiran kami semua haha.La hadiah tu still duk dalam plastik dia lagi sebab mak tak bagi buka nanti berhabuk pulak.

Ok tu kisah abah,yang ni kisah aku pulak.Tak silap aku masa aku dapat cabutan bertuah tu aku form 1 kot,kebetulan masa tu pulak hari lahir aku.Masa tu tengan asyik-asyik duk sembang dengan kawan kat dewan,tiba-tiba dengar macam orang panggil nama aku,terus kawan aku tegur yang cikgu panggil nama aku,tak sedar betul time tu.Tanpa berlengahkan masa,aku terus berlari anak naik ke atas pentas.Aku still ingat lagi apa yang aku dapat iaitu cawan gelas.Cawan tu hanya bertahan berapa bulan je sebab mak tak sengaja pecahkan,sayangnyaaaa...

Antara ahli keluarga kami,Alyn la yang paling best sekali dapat cabutan bertuah.Dia dapat hadiah hampers yang besar,dalam tu ada makanan ringan,nata di coco,soya,serta minuman lain.Meh aku ceritakan dari mula.Masa tu tahun 2004,bulan berapa tu aku tak ingat la cikgu buat hari kantin.Ketika hendak masukkan nama untuk cabutan bertuah,ada la budak tu suruh masukkan kertas kat dia,aku dengan lin pun bubuh la dalam tu tanpa berfikir panjang.Hampir jam 11 pagi,maka bermula cabutan bertuah.Tiba-tiba ada seorang pengawas suruh siapa yang belum masuk kan nama boleh masakkan ke dalam balang yang dipegang dia.Lepas tu lin marah sebab dia ingat kami masukkan kertas kat orang lain(masa tu lin tak berapa faham lagi)."Mesti kita tak dapat cabutan bertuah !!"kata lin pada aku,"relek la dulu,kita tunggu sampai abis"balas aku.Selepas 45 minit kemudian,lin mula tak larat nak tunggu sambil merungut yang nama dia mungkin tak akan dipanggil.Lepas lin pergi berehat kat bawah dewan,aku sorang-sorang pergi dengar nama yang disebut cikgu dalam keadaan yang sesak dengan ramai orang.Selang berapa minit,aku dengar cikgu sebut nama lin.Terkejut aku dibuatnya,dalam keadaan pantas terus aku pi panggil lin.Lin masa tu dalam keadaan percaya tak percaya dengar nama dia dipanggil.Lepas tu aku tolak lin pi depan ambil hadiah.Macam tak percaya lin dapat hampers besar.Masa cikgu panggil nama dia,aku tak nampak hadiah yang cikgu pegang sebab aku duk belah belakang,hanya dapat dengar ja.

Lepas abis ja acara tu,aku terus cari-cari abang lan kalau-kalau dia ada sebab masa awal dia datang sekolah,cari punya cari tak jumpa."Macam mana kita nak bawa balik ni?"tanya aku,"kita tak atas belakang basikal la"jawab lin.Memang masa tu menguji kesabaran kami jugak la sebab semua orang balik awal sedangkan kami balik sambil tolak basikal.Dah la kena naik bukit lagi,hadiah besar lagi,mandi penuh la jugak aku time tu.Tapi nasib kami baik time tu sebab ada salah sorang jiran aku sudi tolong bawa hadiah kami masa nak naik bukit,kalau tak ada dia,dekat setengah jam jugak la kami nak naik bukit yang biasanya ambil masa tak sampai  2-3 minit.Sampai ja rumah,abang lan dengan mak terus terkejut!!macam tak percaya ja depa dibuatnya.

Itu kisah Alyn,belum kisah adik bongsu aku sorang ni,sapa lagi kalau bukan Azam.Kes dia ni buat aku rasa macam nak gigit-gigit ja.Mana tak nya,ada ka patut masa cikgu sebut nama dia untuk ambil hadiah,boleh dia buat-buat tak dengar sebab malu nak ambil hadiah.Ade ke patut !!

Azam : Adik dapat cabutan bertuah..
Aku(leya) : Mana hadiah hang ??
Azam : malu la adik nak ambil..
Aku : awat pulak hang malu..gatai..
Azam : haa la depa bagi teddy bear,buat apa ambil,nanti kawan adik kata adik dapat hadiah budak perempuan pulak..
Alyn : Kalau hang tak mau hang bagi la kat aku !! ngok la hang ni..
Aku : tah..biar pi kawan-kawan hang kata,hang buat tak tau dah la

Lepas tu mat azam terus membisu..haa awal-awal tadi aku kata semua family aku pernah dapat cabutan bertuah kan,ok mat azam terkecuali..(pulak dahhh)
.
...Tamat la sudah...

Monday, 5 March 2012

Merentas Desa dimenangi oleh Cik Puan Sri Alyn =p

Assalamualaikum dan salam sejahtera

adoii , penatnyee !! hari nie(kelmarin)aku kena lari sebanyak 6 km . ha jauh tak ? jauh kn . hehe ^_^
aku lari jauh-jauh tu , sebab sekolah aku ade buat merentas desa , peringkat sekolah je . aku nie ? klau peringkat sekolah tu boleh la , tapi kalau peringkat daerah ? negeri ? negara ? huhh !! tak tahu la . insya-Allah kalau berpeluang aku akan usaha . hee . kalau korang nak tahu . aku nie wakil rumah "PAHLAWAN" !!

masa awal tu aku lari dengan kawan aku , dari garisan permulaan sampai garisan yang ade tulis "TAMAT" tu . hee . masa awal-awal tu aku lari la , bila dah sampai dekat stesen minyak je terus terCUGAP-CUGAP . sebab nak menang dan nak dapat hadiah , so aku kena lah lari jugak walaupon dah tak larat . hehe

pagi tu aku memang bersemangat gila , sebab nak lari dan nak dapat medal , bila di pertengahan jalan terserempak pulak dengan budak lelaki iaitu kumpulan L1 je , semangat aku hilang terus . haha . masa aku selisih dengan budak laki tu , ade ke patot dia suruh aku sapu seluar dia yang kotor tu . ingat aku nie kuli ke ? seluar aku pun kotor jugak . takde lah smpai nak suroh orang , hehe

korang tahu tak aku cakap ape dekat laki tu ? mehh aku citer . hee

Alyn : suroh larh bini hang yang lap
lelaki tu : awad salah ka kalau hang nk lap ?
Alyn : yepp !! hehe

pastu kawan dia menyampukk pulakk !! >_<

Lelaki : tolong lah sat . hensem pa dia tu .
Alyn : hensem ke ? *smbil menjeling dekat budak tu ! haha
Lelaki : hensem tu !! macam Aaron Aziz g . * sambil buat muka 10sen
Alyn : ha ? hahaha

lepas tu , aku gelak je dengan kawan aku . adoii , ayat budak laki tu langsong tak boleh blah kn ? haha . masa dalam hutan tu . ade naik bukit dan ade yang turun bukit , biase larh hutan kelapa sawit kan ? hehe . time nak naik bukit tu . aku jalan je . turun bukit pon sama . yewla malam tadi hujan je !! dah lah jalan tu tanah merahh , ee . gelinyee !! masa jalan lurus je aku lari . hee :)

bila dah nak sampai dekat sekolah tu , aku tengok ramai gila yang dah sampai , aku rasa aku orang ke ke-100 ape ? so aku terus g kafeteria dan tak g amik no sebab rasa macam tak dapat je . huhu . pastu ade nampak akak dayah , so g larh dekat dia . aku tanya dia dapat no berapa ? dia jawab dapat no 55 . wahh . hebat larh tu . dari pada aku nie ? hehe . tengah "syok" duk sembang dengan akk dayah . akk syikin pon datang , dan dia cakap dia dapat no 59 . ha biar betuL ? so aku dalam lingkungan 56 or 57 ? ruginyee . tak g amik no tu kan ? hurmm

acara terakhir , penyampaian hadiah larh kan ? so yang nie aku duk tunggu-tunggu . sebab nak balik !! dah lah penat + ngantok = nak tido . hehe . okey lah aku malas nak taip niee dan dah ngantok . so aku bagitau ea pemenang untuk tahun nie ? tempat ke-3 pahlawan . ke-2 panglima kod . tak pasti pulak sebab masa tu bising sangat !! >_< . tempat pertama ? siape lagi kalau bukan RUMAH SATRIA !! rumah satria banyak atlet . so boleh lah diorang menang !! hee . okey larh . aku dah ngantokk . aku tido dulu ea :)


k bubyee !! * hasil karya <Alyn>