Hari ni aku nak bagitahu kat mana aku jalan-jalan masa pi Cameron hari tu,kalau diikutkan kami sekeluarga banyak duk dalam kereta daripada jalan-jalan..seriously !!!
.# Butterfly Farm
sesak betul time ni.. |
Actually kami tak masuk pun taman rama-rama,just shopping kat luar ja,kat sini barang semua sama cuma ada kedai jual harga lain-lain,jadi kena pandai-pandai la cari harga yang terbaikkk...
# Cameron Bharat Plantations
Masa nak pi sini,tiba-tiba mak muntah,nampaknya mak masih pening lagi kalau mai sini.Disebabkan tu,aku,alyn dan azam ja yang turun kat ladang,mula-mula turun tu cuaca sejuk lagi,bila tiba time nak naik tu mula la rasa panas,mungkin sebab dah tengahari kot...
Bila dah rasa panas kami lari pi kat abah dengan mak yang duk shopping sakan,last-last bukan shopping sangat pun,just tengok-tengok ja,hehe
#Cactus Valley
#Cactus Valley
penuh dengan warna merah,almaklum la datang masa tahun baru |
# Big Red Strawberry Farm
jemput la datang |
Masa kitaorang nak datang sini,abah cakap "kita parking kat bawah noh,kat atas mesti penuh",mulanya tak mau la sebab jauh nak jalan,tapi kalau dingatkan kalau mai tak jalan-jalan rugi bebenor,jadi kami pun parking la kat bawah dan terus jalan kaki.Lebih kurang 2-3 minit jugak nak sampai atas,apapun kena hati-hati sebab banyak jugak anjing kat sana,sempat la jugak aku mengusik linlin,"lin ada anjing kat belakang hang!!",terus dia terkejut haha : D
Apapun jom makan strawberry duluuuuu.....^_-
Apapun jom makan strawberry duluuuuu.....^_-
# Rose Valley
Masa nak balik pulak kami singgah beli bunga kejap kat sini,mula ingat nak petik kat bunga orkit kat tepi jalan,tapi mak tak bagi sebab tu pokok hutan tak boleh petik sebarangan,kang tak pasal-pasal kena sampuk pulak..
ni la bunga yang kami beli iaitu bunga ros dengan lili |
banyak bunga still tak kembang lagi..bila dah kembang ja warna dah bertukar.. |
Tamat la sudah perjalanan kami di Cameron Highland,tak banyak sangat pun pergi sebab masa tak mengizinkan..Sekian Tamat Sudah ^_^
No comments:
Post a Comment