Sunday, 12 February 2012

Kawan-kawan !! kawasan rumah saya kena ribut =(

Assalamualaikum .

Suatu petang yang damai(bagi aku),sedang aku tidur lentok sekali..tiba-tiba ja aku dikejutkan dengan bunyi bising di depan rumah(abang lan dan kak lin berebut nak tutup pintu) dan angin yang kuat sekali,aku pun cuba la nak bangun lepas tu angin tolak aku!!sampai nak terbang aku dibuatnya..masa tu aku tengok kat luar putih ja,tak nampak apa langsung!!kuat sungguh ribut ni,kata hati kecil aku,lepas tu lin pun masuk tutup pintu,tapi abang lan panggil dia tengok kat luar dan dia pun keluar balik,aku pun nak keluar jugak tapi takut-takut.

Selang berapa saat kemudian mak pun mai kat depan tengok,aku dengan mat zam pun ikut sekali,punyala kuat angin ni berserta kilat,lagi bertambah takut aku sambil menutup telinga,mak dengar bunyi kuat la tapi tak tau bunyi apa,lepas tu abang lan kata kat mak pasu mak jatuh.Ada yang jatuh atas jalan dan ada yang jatuh kat dalam longkang.Ni la ribut kedua yang berlaku kat kawasan rumah aku(taman mutiara,sg kob) selepas tahun 2007 kot(dah lupa),tapi yang dulu tak kuat sangat macam yang ni,habis patah-patah pokok pelam kat depan rumah aku.

Tak lama kemudian dengar suara abang lan dari belakang cakap tiang kabel rumah patah,bergegas jugak la kami yang lain pi kat belakang,"tak leh tengok TV la macam ni"kata mat zam,hmm tengok TV la kerja dia,lepas yang lain pi depan balik,aku cuba tengok-tengok kalau ada apa-apa lagi yang patah,lepas tu aku nampak atap rumah jatuh berselerak kat belakang rumah jiran aku,cepat-cepat aku panggil mak,"abis masuk air" kata mak bila tengok atap-atap yang berselarak tu.Memang masa berlaku dengan pantas sekali,dekat 1-2 minit jugak la ribut berlaku kemudian disusuli dengan hujan lebat.

Salah seorang jiran aku yang kebetulan duduk kat luar rumah kata masa terjadinya ribut tu,cuaca elok ja tiba-tiba jadi putih macam kabus,dia yang ketakutan terus masuk rumah,keluar-keluar ja rumah jiran depan jadi putih disebabkan bumbung yang baru pasang berapa bulan yang lalu hilang!!aku pada mulanya tak perasan sangat sebab tengok dari tepi,lepas lin pi tengok dari depan rumah terkejut aku dibuatnya lepas lin bagitahu bumbung sebelah rumah tak ada.Nasib baik la tuan rumah dan anak-anak diaorang tak apa-apa.Mak ada kata yang tiang rumah mereka hanya tercucuk saja kat tanah tanpa ditampan dengan simen,mungkin sebab tu bumbung rumah mereka senang dibawa angin kuat.

Selepas hujan dah mula renyai,aku dan lin mula buat rondaan kat kawasan rumah,kami gelarkan diri kami sebagai "WARTAWAN BERTAULIAH"haha tak ada la bergurau ja =p 









Pada malam pulak !! ada wartawan daripada sinar harian datang ? ha biar betul !! hehe ,diorang ada tanya abah dengan jiran kalau ada apa-apa yang rosak? abah cakap tak banyak sangat !! cuma bumbung je yang retak ,tu pon abah dah tukar ,lepas tu pada 2/2/2012 warga BN ada bagi bantuan untuk rumah yang rosak teruk ,jiran aku pergi lah sebab rumah diorang tak ada bumbung terus ...alhamdulillah rumah aku tak mengalami masalah banyak.

Genap seminggu kejadian ribut berlaku,mak jadi takut kalau-kalau datang ribut lagi,jadi mak dengan abah berbincang untuk tebang pokok pelam depan rumah,sayang sangat sebab banyak kenangan kat pokok pelam tu,lepas ni tak dapat la mat zam dengan linlin panjat pokok lagi..kesian kesian kesian . :(

TAMAT SUDAHHH :)

No comments: