Sunday, 26 February 2012

Tak tau nak kasi tajuk ape ?? =/

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Suatu petang Ahad yang membosankan,tau tau nak sembang dengan sapa.Mak dengan lin lin tido,abang lan duk dalam bilik tak keluar-keluar,abah pi buat MyKad untuk azam.Jadi tinggal la aku sorang-sorang tengok cerita Bujang Senang(actually movie tu yang tengok aku) =P

Daripada aku duk taip panjang tanpa hala tujuan,baik aku kongsikan hobi-hobi yang aku suka buat masa lapang..haa nak tahu tak apa hobi aku ni ^_^...cer tengok gambar-gambar yang berlambak ni kat bawah ni..
ala comel comel..
rumah burung puyuh
reduh ja kat belakang rumah ni
ni pepatung polis
bunga di bilik abang lan..so sweet hehe ^.^
periuk kera gergasi
kaktus warna-warni..lawa ooiiii
pokok apa ni ekk ??

Haa ni la hobi aku masa lapang,ada camera ja kat tangan mesti gatal nak ambil gambar..masa pi Cameron tu pun,aku la jadi fotografi kepada family aku..ambil gambar sana,ambil gambar sini...aku dapat rasa kepuasan bila tengok gambar yang aku ambil tu cantik sangat-sangat =)
Apapun hobi kita,mesti la digunakan dengan sebaiknya,jangan time makan ke,kerja ke,atau kena buat kerja sekolah pulak,kang hobi ke mana,kerja ke mana.Jadi buat-buat apa yang patut dahulu kemudian baru hobi :)

...Sekian Tamat...

Saturday, 25 February 2012

Makan Angin Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua =)

Actually tak ada apa pun yang nak diceritakan pasal holiday hari tu,just nak kongsikan beberapa gambar yang sempat ditangkap dulu.Apapun...Cameron Highland memang best !!!(trust me) : )



Dan ini saya yang dapat saya kongsi kan..

...Sekian Tamat...

Friday, 24 February 2012

Selamat Hari Lahir Mat Azam ^__-

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Walaupun dia yang paling bongsu dalam keluarga,tapi dia la yang paling awal sambut hari lahir dia.Tanggal 21 haribulan 2 maka cukup umur azam 12 tahun.SELAMAT HARI LAHIR


...SEMOGA GEMBIRA SELALU...

Tuesday, 14 February 2012

Makan Angin Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni aku nak bagitahu kat mana aku jalan-jalan masa pi Cameron hari tu,kalau diikutkan kami sekeluarga banyak duk dalam kereta daripada jalan-jalan..seriously !!!
.# Butterfly Farm
sesak betul time ni..
Actually kami tak masuk pun taman rama-rama,just shopping kat luar ja,kat sini barang semua sama cuma ada kedai jual harga lain-lain,jadi kena pandai-pandai la cari harga yang terbaikkk...
# Cameron Bharat Plantations

Masa nak pi sini,tiba-tiba mak muntah,nampaknya mak masih pening lagi kalau mai sini.Disebabkan tu,aku,alyn dan azam ja yang turun kat ladang,mula-mula turun tu cuaca sejuk lagi,bila tiba time nak naik tu mula la rasa panas,mungkin sebab dah tengahari kot...
Bila dah rasa panas kami lari pi kat abah dengan mak yang duk shopping sakan,last-last bukan shopping sangat pun,just tengok-tengok ja,hehe

#Cactus Valley
penuh dengan warna merah,almaklum la datang masa tahun baru
# Big Red Strawberry Farm
jemput la datang
Masa kitaorang nak datang sini,abah cakap "kita parking kat bawah noh,kat atas mesti penuh",mulanya tak mau la sebab jauh nak jalan,tapi kalau dingatkan kalau mai tak jalan-jalan rugi bebenor,jadi kami pun parking la kat bawah dan terus jalan kaki.Lebih kurang 2-3 minit jugak nak sampai atas,apapun kena hati-hati sebab banyak jugak anjing kat sana,sempat la jugak aku mengusik linlin,"lin ada anjing kat belakang hang!!",terus dia terkejut haha : D

Apapun jom makan strawberry duluuuuu.....^_-
# Rose Valley

Masa nak balik pulak kami singgah beli bunga kejap kat sini,mula ingat nak petik kat bunga orkit kat tepi jalan,tapi mak tak bagi sebab tu pokok hutan tak boleh petik sebarangan,kang tak pasal-pasal kena sampuk pulak..
ni la bunga yang kami beli iaitu bunga ros dengan lili
banyak bunga still tak kembang lagi..bila dah kembang ja warna dah bertukar..
Tamat la sudah perjalanan kami di Cameron Highland,tak banyak sangat pun pergi sebab masa tak mengizinkan..Sekian Tamat Sudah ^_^

Sunday, 12 February 2012

Kawan-kawan !! kawasan rumah saya kena ribut =(

Assalamualaikum .

Suatu petang yang damai(bagi aku),sedang aku tidur lentok sekali..tiba-tiba ja aku dikejutkan dengan bunyi bising di depan rumah(abang lan dan kak lin berebut nak tutup pintu) dan angin yang kuat sekali,aku pun cuba la nak bangun lepas tu angin tolak aku!!sampai nak terbang aku dibuatnya..masa tu aku tengok kat luar putih ja,tak nampak apa langsung!!kuat sungguh ribut ni,kata hati kecil aku,lepas tu lin pun masuk tutup pintu,tapi abang lan panggil dia tengok kat luar dan dia pun keluar balik,aku pun nak keluar jugak tapi takut-takut.

Selang berapa saat kemudian mak pun mai kat depan tengok,aku dengan mat zam pun ikut sekali,punyala kuat angin ni berserta kilat,lagi bertambah takut aku sambil menutup telinga,mak dengar bunyi kuat la tapi tak tau bunyi apa,lepas tu abang lan kata kat mak pasu mak jatuh.Ada yang jatuh atas jalan dan ada yang jatuh kat dalam longkang.Ni la ribut kedua yang berlaku kat kawasan rumah aku(taman mutiara,sg kob) selepas tahun 2007 kot(dah lupa),tapi yang dulu tak kuat sangat macam yang ni,habis patah-patah pokok pelam kat depan rumah aku.

Tak lama kemudian dengar suara abang lan dari belakang cakap tiang kabel rumah patah,bergegas jugak la kami yang lain pi kat belakang,"tak leh tengok TV la macam ni"kata mat zam,hmm tengok TV la kerja dia,lepas yang lain pi depan balik,aku cuba tengok-tengok kalau ada apa-apa lagi yang patah,lepas tu aku nampak atap rumah jatuh berselerak kat belakang rumah jiran aku,cepat-cepat aku panggil mak,"abis masuk air" kata mak bila tengok atap-atap yang berselarak tu.Memang masa berlaku dengan pantas sekali,dekat 1-2 minit jugak la ribut berlaku kemudian disusuli dengan hujan lebat.

Salah seorang jiran aku yang kebetulan duduk kat luar rumah kata masa terjadinya ribut tu,cuaca elok ja tiba-tiba jadi putih macam kabus,dia yang ketakutan terus masuk rumah,keluar-keluar ja rumah jiran depan jadi putih disebabkan bumbung yang baru pasang berapa bulan yang lalu hilang!!aku pada mulanya tak perasan sangat sebab tengok dari tepi,lepas lin pi tengok dari depan rumah terkejut aku dibuatnya lepas lin bagitahu bumbung sebelah rumah tak ada.Nasib baik la tuan rumah dan anak-anak diaorang tak apa-apa.Mak ada kata yang tiang rumah mereka hanya tercucuk saja kat tanah tanpa ditampan dengan simen,mungkin sebab tu bumbung rumah mereka senang dibawa angin kuat.

Selepas hujan dah mula renyai,aku dan lin mula buat rondaan kat kawasan rumah,kami gelarkan diri kami sebagai "WARTAWAN BERTAULIAH"haha tak ada la bergurau ja =p 









Pada malam pulak !! ada wartawan daripada sinar harian datang ? ha biar betul !! hehe ,diorang ada tanya abah dengan jiran kalau ada apa-apa yang rosak? abah cakap tak banyak sangat !! cuma bumbung je yang retak ,tu pon abah dah tukar ,lepas tu pada 2/2/2012 warga BN ada bagi bantuan untuk rumah yang rosak teruk ,jiran aku pergi lah sebab rumah diorang tak ada bumbung terus ...alhamdulillah rumah aku tak mengalami masalah banyak.

Genap seminggu kejadian ribut berlaku,mak jadi takut kalau-kalau datang ribut lagi,jadi mak dengan abah berbincang untuk tebang pokok pelam depan rumah,sayang sangat sebab banyak kenangan kat pokok pelam tu,lepas ni tak dapat la mat zam dengan linlin panjat pokok lagi..kesian kesian kesian . :(

TAMAT SUDAHHH :)