Sunday, 29 June 2014

Tutorial Shawl

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  =D

Kenapa perlu buat tutorial shawl bagai,padalhal kat internet dah berlambak orang dah buat ?.Kenapa ehh !?.Ok bergini ceritanya.Sejak 2-3 bulan ni,saya (leya) rajin search google tengok orang buat cara-cara nak pakai selendang atau shawl.Dalam banyak-banyak tu,kira-kira 50 tutorial,hanya 7 tutorial ja yang aku faham.Yang lain tu macam susah orang nak dapat tangkap.Tu belum masuk bab video lagi !

Kalau diikutkan,banyak lagi yang nak ditaip ni,tapi sabar.Kat bawah nanti sambung lain.Kita layan tutorial dulu....



TUTORIAL SHAWL PERTAMA


Gambar 1 : Model mengunakan inner ninja.Kalau nak gunakan inner separuh pun boleh.Bergantung kepada shawl (sama ada jarang atau tak) dan keselesaan anda.

Gambar 2 : Pinkan kerongsang di bawah dagu.

Gambar 3 : Pastikan shawl sebelah kiri lebih panjang daripada kanan.

Gambar 4 & 5 : Ambil shawl yang panjang dan lilitkan di kepala.

Gambar 6 : Tarik dari kiri hingga ke kanan.

Gambar 7 : Pinkan shawl yang panjang tersebut.

Gambar 8 : Ambilkan shawl yang pendek dan tarik ke bahu kiri

Gambar 9 : Pinkan shawl tersebut dan dah siap.


TUTORIAL SHAWL KEDUA



Gambar 1 : Model mengunakan inner ninja.

Gambar 2 : Pastikan shawl kiri panjang dan yang kanan pendek.

Gambar 3 & 4 : Pinkan di rahang sebelah kanan.

Gambar 5 & 6 : Kemudian pinkan di sebelah rahang kiri.

Gambar 7 & 8 : Ambil shawl yang panjang dan bawa ke belakang.
Kemudian bawa ia ke kanan.

Gambar 9
: Tarik shawl yang panjang tadi ke depan.

Gambar 10 : Pinkan di kanan rahang.

Gambar 11 & 12 : Tarik shawl tersebut dan lilitkan di atas kepala.

Gambar 13,14 & 15 : Pinkan shawl tersebut dan kemaskan shawl.

Gambar 16 : Siap dan selamat mencuba !

TIPS : pastikan shawl 2 tone warna yang berbeza

TUTORIAL SHAWL KETIGA


Gambar 1 : Model menggunakan tudung Halfmoon.
Pastikan kedua-dua bahagian tudung sama panjang.

Gambar 2 & 3 : Tarik shawl sebelah kanan ke belakang.

Gambar 4 : Ambil yang kiri dan bawa ke bahu kanan.

Gambar 5 & 6 : Pinkan shawl di bahagian bahu kanan dan kemaskan.

Gambar 7 : Bawa shawl yang kanan ke hadapan.

Gambar 8 : Bawa shawl tersebut dan lilitkan ke atas kepala.

Gambar 9 & 10 : Sesudah itu,pinkan di atas kepala.

Gambar 11 : Contoh model pinkan shawl.

Gambar 12 : Kemaskan dan siap ! :)


TUTORIAL SHAWL KEEMPAT



Gambar 1 : Model menggunakan tudung Halfmoon.
Pastikan kedua-dua bahagian tudung sama panjang.

Gambar 2 : Ambil shawl di sebelah kiri dan bawa ke belakang telinga

Gambar 3 : Pinkan shawl tersebut.

Gambar 4 & 5 : Bawa shawl sebelah kanan dan kemaskan.

Gambar 6 : Tarik shawl di sebelah kanan dan pinkan di belakang telinga.

Gambar 7 : Kemaskan dan siap ! :)

Gambar 8
: Contoh model menunjukkan dari tepi.




TIPS UNTUK BUAT TUTORIAL

1) Model mesti berdiri
2) Gambar mesti jelas
3) Jangan terlalu banyak "EDIT"
4) Gambar mesti tunjukkan dibahagian depan shawl dan belakang (dan kami fail sebab terlupa ! sorry :D)
5) Mesti buat video selain gambar sahaja (kalau boleh)


SELAMAT MENCUBA


Thursday, 19 June 2014

Tutorial Shawl ( come soon !!! )

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



akan datang tak lama lagi  =D

...bersambung...


Monday, 16 June 2014

Kisah Indiana Jones

Assalamualaikum dan salam sejahtera =D

Kalau nak tahu...aku bukan nak cerita pasal movie ni,tapi lebih kepada kami sekeluarga menonton movie ni sebenarnya.Ceritanya bergini -



Sedang si Sam (aku lupa apa nama dia dalam movie ni) mencari Dr Jones dengan motorsikal dia di landasan keretaapi.Abah soal ..

Abah : ni bukan ka yang berlakon dalam transformers tu ?
Aku : a'ah
Azam : yang mula-mula tau ni Sam,kak lia la,dia yang habaq kat adik dulu
Aku : tengok muka pun tau ni Sam

Sambil kitaorang borak punya borak,akhirnya si Sam tu jumpa jugak orang yang dia cari.Dr Jones ketika tu dalam keretaapi yang sudah pun gerak,jadi si Sam pun kejar la dia sambil bertanya, "are you Dr Jones",kalau tak salah aku la dan "we need to talk".(main batai ja aku ni kan..haha)

Dan babak seterusnya ....



Mereka duduk di sebuah kedai sambil minum dan sembang-sembang.Kemudian Azam tanya -

Azam : (hairan) tadi bukan kawan tu (Dr Jones) dalam keretaapi ka ! macam mana dia turun ?
Aku : dia turun masa pengarah cakap "CUUUTTTT"

--- suasana diam seketika ---

Abah : (senyum dalam masa yang sama nak gelak) pandaiiii
Azam : (pandang aku) tak pa tak pa
Aku : (buat muka cool tapi dalam hatiXD



...tamat...



Sunday, 25 May 2014

Bahagian 4 : Kisah Kerja-Kelalaian-Penipuan-Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari : Khamis
Tarikh : 28-03-2013
Waktu : Pagi

Mak : (suara lembut) Lia  hang tak pi kerja ka ?
Aku : (baru terjaga ) eeerrr   pukul berapa dah ?
Mak : dah pukul 6.50 am dah
Aku : ha ha (then terus sambung tidur)
Mak : hang nak pi kerja dak ni ?
Aku : tak mau laa   bukan ada barang pun hari ni

> beberapa minit kemudian mak masuk bilik balik <

Mak : Lia  hang ada ambil kad bank dak ?
Aku : ada dalam kopet kak lia tu haa
Mak : (berkata kepada abah) ada dah,duk kat Lia
Mak : lain kali kalau ambil kad bank tu bagitau !
Aku : yang tu pun nak kena bagitau
Mak : yaa la,mana la nak tau kot kot jatuh kat mana-mana ka
Aku : dah tu kad bank tu nak buat apa ?
Mak : nak ambil duit sikit
Aku : ambil sikit ja pastu tu taruh balik dalam kopet balik

> pukul 10.00 am <

Aku bangun dari katil dan keluar tengok depa masih tak pi lagi.Aku terus pi dapur ambil sebungkus kuey teow goreng dan makan depan TV sambil baca surat khabar.

> 15 minit kemudian <

Mak dan yang lain-lain pun dah pergi naik kereta cik Yam untuk ke Penang.Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah.Tapi tu yang best.Aku memang suka duk rumah sorang-sorang sebab aku boleh buat apa yang aku suka.Selalunya perkara yang aku suka buat ialah kemas rumah.Haa pelik tak ? tapi memang betul aku suka kemas rumah time orang tak ada sebab senang kalau dah tak ada orang,senang sikit nak buat kerja.Ni tak kalau ada adik atau abang aku ja,time aku nak sapu sampah time tu jugak la depa nak tengok TV.Bila aku kata nak sapu sampah,diaorang terus cakap "sapu je la,kami tak kacau hang pun".Macam mana aku nak sapu kalau depa duk kat lantai dan aku akan dimarahi bila aku halang depa daripada tengok TV.Tengok ??.Sebab tu aku suka kemas rumah time orang tak ada sebabnya mudah iaitu "senang" .

Aku start mula kemas dari pukul 11 pagi hingga la pukul 3.30 petang.Dekat 4 jam padalhal rumah tak besar mana pun.Aku mula kemas dari bilik aku sendiri setelah hampir sebulan lebih tak kemas bilik.Dah macam sarang ular kata abah.Nak buat macam mana.Bila aku kemas ja mesti lepas tu selerak balik.Bila aku suruh Lin dan Azam kemas,depa buat tak tau ja dan kadang-kadang tu depa kemas barang depa ja.Bukannya nak kemas semua sekali.Last-last aku jugak la kena kemas balik.

Lepas habis kemas bilik pastu terus kemas ruang tamu,dapur,dan bilik air.Boleh bayangkan berapa liter air peluh aku keluar 4 jam tu.Tetapi last-last tu memang seronok la bila tengok semuanya kemas dan teratur.Tak sia-sia kerja aku time cuti kerja ni daripada duk tengok cerita kartun dan tengok Facebook.


Hari : Khamis
Tarikh : 28-03-2013
Jam : 8.40 pm

Mak masih belum balik lagi dan pulak abah duk makan mi mamak sambil tengok berita.Dan aku still nak abiskan aku punya catatan semalam dan jugak hari ni.Rasa macam sat ja hari ni.Dari siang tup tup dalam malam.Aduh malas betul la nak pi kerja balik.Esok sure kawan-kawan aku akan tanya " Lia pergi mana semalam".Dan comform aku akan jawab "tak pi mana pun,duk kemas rumah ja".



- agak-agak apa response diaorang ekk ? -


...Tamat...

Monday, 17 March 2014

Part 2 : Berkelah di tempat kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tarikh : 22/05/2013
Jam : 8.35 pm

Tapi kan...

mak beli 1 bungkus ja
kalau mak beli 2
boleh kasi kat Siti 1 bungkus

Lia : 1 bungkus ja ?
Mak : haa la,yang lain dah habis
Lia : hhmmm...

Tapi ok la tu
sekurang-kurangnya
aku ada lauk nak bawa esok

.................................................................

Tarikh : 23/05/2013
Jam : 5.45 am

Lepas mandi apa semua
aku siap-siap penhangat lauk
mula-mula ingat akan makan masa
rupanya tak

just ambil 1-2 minit ja
untuk bagi acar tu panas
kalau aku tau awal-awal
ianya tak makan masa
aku bangun lewat pun tak pa
hurmm ..

..........................................................................

Lokasi : tempat kerja (kantin)
Jam : 7.30 am

Kakak I : ok bawa keluar lauk masing-masing

Aku cepat-cepat bawa keluar acar,tapi sebelum aku kasi kat diaorang,aku still lagi sempat ambil bau acar aku tu

"sedapnya bauuu ! tu belum makan lagi" kata hati kecilku

..........................................................................................

Penutup

Aku rasa best dapat berkelah dengan depa.Walaupun aku tak berapa rapat sangat dengan diaorang,tapi diaorang layan aku dengan baik sangat.1 per 1 lauk diaoarng kasi aku rasa.Penuh pinggan aku dibuatnya.Kalau makan kat luar dengan lauk yang banyak gitu,boleh mau mencecah RM 5-6 ringgit tu.

Hati senang !
Duit selamat !
Perut kenyang !

^_^

...sekian...