Saturday, 2 November 2013

Kisah kehilangan sesuatu yang ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku memang suka buat tajuk tergantung kan ? Ok cerita bergini...

Semalam kan aku kena kerja petang,dalam pukul 8.30 lepas abis makan,aku dengan Siti ke surau.Aku suruh Siti pergi dulu sebab aku nak simpan bekal makanan.Dalam perjalanan ke surau,aku ternampak plastik plaster."Plaster sapa pulak yang jatuh pulak ni"kata hati kecilku.Kemudian aku abaikan plaster tu dan masukkan tangan dalam poket baju sebab nak beli coklat.Selut punya selut barang yang aku nak cari tak jumpa.

Aku menjerit dan gelabah..tiba-tiba

Kakak : adik ni plaster adik ka ?
Aku : err bukan bukan
Kakak : ingatkan plaster adik sebab akak tengok adik macam cari sesuatu ja

Aku terus berlari anak ke surau dan menberitahu siti yang ...

Aku : (muka sedih) Siti ...
Siti : awatnya ?
Aku : kopet kami hilang..macam mana ni ?
Siti : jatuh kat kantin pa
Aku : tak kan kot sebab masa rehat tadi kami mana bawa keluar kopet kami ni,tak pa la,kami pi cari dulu




Kemudian aku pi cari kat kantin tapi hampa sebab tak ada kat kantin.Jadi aku pi surau jumpa Siti balik.

Siti : macam mana ?
Aku : tak dak la Ti
Siti : abis tu jatuh kat mana ?
Aku :entah la (terfikir sesuatu) hah jatuh kat dalam kot sebab sama kat dalam tadi kami ada bawa keluar kopet
Siti : ha jom cari kat dalam..(bertanya) dalam poket hampa tu ada berapa ringgit ?
Aku : tak pasti la Siti,yang kami ingat ada RM20,RM5,pastu ada berapa keping RM1,hah satu lagi,ada 2 kupang dalam tu
Siti : banyak tu !
Aku : (cuba tenangkan hati) kalau hilang poket tu pon kami tak berapa kisah sangat sebab bukannya ada IC pun

Tibanya kami di depan pintu,Siti bertanya kepada Jaga yang bertugas.

Siti : ada nampak kopet merah dak ?
Aku : (nada lembut) Siti tak payah laa..kita cari kat dalam dulu la
Jaga : tadi ada kawan tu cakap dia ada jumpa kopet
Aku : (terkejut) ya ka ! sapa dia !?
Jaga : (tunjuk ke arah kakak India) dia tu ...
Siti : (senyum) terima kasih

Justeru kami pergi berjumpa kakak tersebut dan tanya -

Aku : kak ada jumpa kopet ka tadi ?
Kakak : ada-ada,kopet you ka ?
Aku : a'ah...warna merah
Kakak : tu la I ingatkan poket sapa la tadi,(bertanya aku) banyak duit noh
Aku : (malu-malu kucing)
Kakak : ingat kalau tak ada tuan nak ambil beli KFC ja tadi
Aku : (kedut sebelah muka) iye
Kakak : (hanya mampu tersenyum)

Kemudian kakak tersebut menbawa kami berjumpa boss beliau kerana dia telah serahkan kopet aku kat boss dia.

Kakak : kak ni dia tuan punya kopet tu
Boss : (bertanya aku) kopet warna apa ?
Aku : (pantas) merah !
Boss : (serius) dalam tu ada berapa ringgit ?
Aku : (sedikit gagap) kalau tak silap ada RM20,RM5...pastu ada 2 kupang
Kawan Boss : betul la tu
Boss : nasib baik jumpa kat kami,kalau kat orang lain,tak jumpa dah la duit ni
Aku : (malu giler time ni) betul ....
Siti : terima kasih kak
Aku : a'ah..terima kasih
Mereka : sama-sama



Antara tip atau moral yang aku belajar daripada kes ni -

#  jangan panic !!! hilang duit bukan bermakna hilang segalanya
#  jangan malu bertanya
#  terima nasihat orang lama
#  jangan letak semua duit dalam 1 kopet
#  ikut semula jejak sebelum barang hilang


...sekian...


No comments: