Tarikh : 12.07.2013
Jam : 8.20 pm ( waktu rehat )
Lokasi : tempat kerja
Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku duk 'menyanyi' kat Siti yang aku nak beli majalah Ujang edisi Puasa.So aku suruh Siti tanya kat jurujual sama ada majalah tu ada ke tak.Tapi akhirnya hampeh.Jadi semalam aku dengan Siti pergi lagi kedai tu nak tengok sama ada majalah tu dah ada ke tak.So memang betul akhirnya ada jugak.Then kami pun masuk la kedai tu.
Siti : (tanya) majalah Ujang ada tak ?
Jurujual : (memandang rak-rak buku) ujang ujang ujang
Aku dengan Siti tengok la rak-rak buku yang ada di belakang kami.
Jurujual : nah ni dia,5 ringgit 9 puluh sen
Aku : terima kasih
Sambil aku duk belik-belik majalah Ujang,Siti pulak duk mencari majalah Pengantin.
Siti : (tanya) majalah Pengantin ada tak ?
Jurujual : ada ada .. sebelah sana (bertanya aku) nama apa ?
Aku : (blur) nama
Jurujual : hah nama nama
Aku memandang ke arah Siti yang ketika tu tengok majalah Pengantin namun tiada respon dari dia.
Aku : (tanya) nama ka ?
Jurujual : (bercakap lembut) ya la nama you apa
Aku : (pantas) nama SITI
Jurujual : (bergurau) Siti,Siti apa,siti nurhaliza ka
Sambil aku belik-belik majalah tu,jurujual tersebut bercakap mengenai apa aku tak tahu.Tapi dia banyak sebuat nama SITI berulang-ulang kali.Aku rasa dia cuba 'jual minyak' ni.Tapi aku jual mahal sikit..ehh bukan sikit tapi banyak,aku buat tak tau ja,buat macam dia tak wujud.Tapi memang time tu mata aku betul-betul fokus kat majalah tu sampaikan apa yang dia cakap pun aku tak dengar.Aku belik punya belik then aku rasa pelik sampai lah ke muka surat yang terakhir.
Aku : (geram) ni bukan cita pasal posa !
Jurujual : (terkejut) hah !?
Aku : kami nak majalah ujang pasal posa punya,yang ni bukan
Jurujual : yang ni pun best jugak apa
Aku : kami nak majalah macam yang belakang ni punya
Jurujual : yang ni 3 dalam 1,mahal punya,9 ringgit 9 puluh sen
Aku : kami nak yang ni la,mahal tak pa
Jurujual : kalau yang ni minggu depan baru ada
Kemudian Siti datang ...
Siti : awat Alia
Aku : yang bulan posa punya tak dak lagi laa
Siti : (menunjuk majalah gila-gila) awat hang tak ambil buku tu,buku tu kan pasal bulan posa punya
Aku : tak mau,kami nak Ujang ja
Jurujual : yang ni pun best apa
Aku : tak mau tak mau,(teringat sesuatu dan bertanya) Dewi ada tinggal coklat dak ?
Jurujual : coklat coklat..ya ada ada ada..(menbaca plastik coklat) untuk ALIA
Siti : hah bak sini
Jurujual : (tanya) you Alia ka ?
Siti : bukan la,kami Siti
Jurujual : (menunjuk ke arah aku) dia pun Siti jugak
Siti : bukan la..kami SITI,dia ALIA
Jurujual : (memandang aku) ooohhhh you tipu sama saya ya
Aku : (gelak jahat tapi sopan) hehehe..jom la Siti kita keluaq
Tarikh : 13.07.2013
Waktu : Tengah Hari
Lokasi : Bilik abang Lan
Ketika itu aku dan Lin sedang main Facebook,tiba-tiba aku teringat pasal Majalah Ujang dan bertanya kepada abang Lan.
Aku : abang Lan,majalah Ujang yang posa punya keluar dak lagi ?
Abang Lan : keluaq dah,awatnya ?
Aku : aku nak beli la
Abang Lan : mai duit,aku pi beli
Aku : (terkejut) betul ka hang nak beli,sat sat aku pi ambil duit
15 saat kemudian...
Aku : nak duit,beli yang bulan posa punya tau
Abang Lan : ya la,jom Mat Zam
Azam : pi mana ?
Abang Lan : jom la ikut aku
Selepas depa dua orang keluaq,tiba-tiba Lin bertanya ...
Lin : dia tau ka nak beli yang mana ?
Aku : dia tau laaa
Lin : kalau dia beli silap macam mana ?
Aku : tak kan kot,hang ni merepek ja
30 minit kemudian...
Tunggu punya tunggu sampaikan Lin pun tak larat nak tunggu dan dia terus pi tidoq.Tinggal la aku sorang-sorang ja duk melayani Facebook.Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta abah.Maknanya tu depa dah balik.Aku tak mau buat kalut pi ambil majalah Ujang.Jadi aku tunggu ja dalam bilik sampai depa mai.Kemudian Mat Azam masuk dan kata " bulan posa tak dak lagi".Jadi aku fikir depa tak jadi beli.Aku apa lagi,pi buat kalut minta balik duit kat abang Lan.
Aku : mai balik duit
Abang lan : (mengeluarkan sesuatu dari dalam poket) nah
Aku : (hairan) hang beli ka dak? (sambil pegang RM 4.10)
Abang Lan : ada dalam kereta
Aku : (mencari-cari tapi tak jumpa) mana ada pun
Abang Lan : yang kat belakang bawah bangku tu apa dia
Aku : (cari punya cari then terkejut babun) hah !!???
Kemudian aku terus ke bilik Abang Lan dengan muka merah
Aku : (marah) ni bukan pasal posa punya ! buku ni kat tempat kerja aku pun ada,aku nak yang macam belakang ni punya
Abang Lan : hang tak baca ka tarikh dia tu
Aku : sebab aku baca la aku tak beli masa kat sana,la macam mana ni,aku nak duit aku balik
Azam : (berkata kepada Abang Lan) kan aku dah kata tadi bukan yang ni hang nak beli jugak
Aku : aku tak mau buku ni
Abang Lan : (senyum kambing)
Aku : (tegas) hang ni tak boleh harap la
Tarikh : 25.07.2013
Jam : 6.30 pm
Lokasi : tempat kerja
Siti : Lia,kami nak bagitau hampa ni
Aku : apa dia ?
Siti : kalau kami bagitahu mesti hampa suka punya
Aku : apa dia apa dia !! habaq la wei
Siti : teka la
Aku : Siti dah beli buku masak yang Siti nak tu ka
Siti : dak ekk..tapi ada kena mengena la dengan kedai buku tu
Aku : pasai apa ek ?
Siti : (senyum lebar) teka arr
Aku : entah la (terfikir sesuatu) haa pasal majalah Ujang !
Siti : betuuulll....
Aku : hah betul ka !!! hang biaq betul Siti
Siti : betul la,tadi kami dah beli dah kat hampa,9 ringgit 90 sen,tapi kami tak tau la betul ka tu buku yang hampa nak hari tu
Aku : betul la tu,kalau buku bulan posa punya dia mahal,yang dulu murah ja kan
Justeru selepas tu,Siti menarik nafas lega.Terima Kasih Siti.Ok buat Abang Lan,nanti hang beli edisi raya pulak sebab edisi posa aku beli,bila edisi raya hang pulak beli.Ni kira denda untuk hang sebab beli yang salah hari tu.Perabih duit aku ja time tu.
...sekian...
No comments:
Post a Comment