Sunday, 28 July 2013

Kisah membeli buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tarikh : 12.07.2013
Jam : 8.20 pm ( waktu rehat )
Lokasi : tempat kerja

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku duk 'menyanyi' kat Siti yang aku nak beli majalah Ujang edisi Puasa.So aku suruh Siti tanya kat jurujual sama ada majalah tu ada ke tak.Tapi akhirnya hampeh.Jadi semalam aku dengan Siti pergi lagi kedai tu nak tengok sama ada majalah tu dah ada ke tak.So memang betul akhirnya ada jugak.Then kami pun masuk la kedai tu.

Siti : (tanya) majalah Ujang ada tak ?
Jurujual : (memandang rak-rak buku) ujang ujang ujang

Aku dengan Siti tengok la rak-rak buku yang ada di belakang kami.

Jurujual : nah ni dia,5 ringgit 9 puluh sen
Aku : terima kasih

Sambil aku duk belik-belik majalah Ujang,Siti pulak duk mencari majalah Pengantin.

Siti : (tanya) majalah Pengantin ada tak ?
Jurujual : ada ada .. sebelah sana (bertanya aku) nama apa ?
Aku : (blur) nama
Jurujual : hah nama nama

Aku memandang ke arah Siti yang ketika tu tengok majalah Pengantin namun tiada respon dari dia.

Aku : (tanya) nama ka ?
Jurujual : (bercakap lembut) ya la nama you apa
Aku : (pantas) nama SITI
Jurujual : (bergurau) Siti,Siti apa,siti nurhaliza ka

Sambil aku belik-belik majalah tu,jurujual tersebut bercakap mengenai apa aku tak tahu.Tapi dia banyak sebuat nama SITI berulang-ulang kali.Aku rasa dia cuba 'jual minyak' ni.Tapi aku jual mahal sikit..ehh bukan sikit tapi banyak,aku buat tak tau ja,buat macam dia tak wujud.Tapi memang time tu mata aku betul-betul fokus kat majalah tu sampaikan apa yang dia cakap pun aku tak dengar.Aku belik punya belik then aku rasa pelik sampai lah ke muka surat yang terakhir.


Aku : (geram) ni bukan cita pasal posa !
Jurujual : (terkejut) hah !?
Aku : kami nak majalah ujang pasal posa punya,yang ni bukan
Jurujual : yang ni pun best jugak apa
Aku : kami nak majalah macam yang belakang ni punya
Jurujual : yang ni 3 dalam 1,mahal punya,9 ringgit 9 puluh sen
Aku : kami nak yang ni la,mahal tak pa
Jurujual : kalau yang ni minggu depan baru ada

Kemudian Siti datang ...

Siti : awat Alia
Aku : yang bulan posa punya tak dak lagi laa
Siti : (menunjuk majalah gila-gila) awat hang tak ambil buku tu,buku tu kan pasal bulan posa punya
Aku : tak mau,kami nak Ujang ja
Jurujual : yang ni pun best apa
Aku : tak mau tak mau,(teringat sesuatu dan bertanya) Dewi ada tinggal coklat dak ?
Jurujual : coklat coklat..ya ada ada ada..(menbaca plastik coklat) untuk ALIA
Siti : hah bak sini
Jurujual : (tanya) you Alia ka ?
Siti : bukan la,kami Siti
Jurujual : (menunjuk ke arah aku) dia pun Siti jugak
Siti : bukan la..kami SITI,dia ALIA
Jurujual : (memandang aku) ooohhhh you tipu sama saya ya
Aku : (gelak jahat tapi sopan) hehehe..jom la Siti kita keluaq

Tarikh : 13.07.2013
Waktu : Tengah Hari
Lokasi : Bilik abang Lan

Ketika itu aku dan Lin sedang main Facebook,tiba-tiba aku teringat pasal Majalah Ujang dan bertanya kepada abang Lan.

Aku : abang Lan,majalah Ujang yang posa punya keluar dak lagi ?
Abang Lan : keluaq dah,awatnya ?
Aku : aku nak beli la
Abang Lan : mai duit,aku pi beli
Aku : (terkejut) betul ka hang nak beli,sat sat aku pi ambil duit

15 saat kemudian...

Aku : nak duit,beli yang bulan posa punya tau
Abang Lan : ya la,jom Mat Zam
Azam : pi mana ?
Abang Lan : jom la ikut aku

Selepas depa dua orang keluaq,tiba-tiba Lin bertanya ...

Lin : dia tau ka nak beli yang mana ?
Aku : dia tau laaa
Lin : kalau dia beli silap macam mana ?
Aku : tak kan kot,hang ni merepek ja

30 minit kemudian...

Tunggu punya tunggu sampaikan Lin pun tak larat nak tunggu dan dia terus pi tidoq.Tinggal la aku sorang-sorang ja duk melayani Facebook.Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta abah.Maknanya tu depa dah balik.Aku tak mau buat kalut pi ambil majalah Ujang.Jadi aku tunggu ja dalam bilik sampai depa mai.Kemudian Mat Azam masuk dan kata " bulan posa tak dak lagi".Jadi aku fikir depa tak jadi beli.Aku apa lagi,pi buat kalut minta balik duit kat abang Lan.

Aku : mai balik duit
Abang lan : (mengeluarkan sesuatu dari dalam poket) nah
Aku : (hairan) hang beli ka dak? (sambil pegang RM 4.10)
Abang Lan : ada dalam kereta
Aku : (mencari-cari tapi tak jumpa) mana ada pun
Abang Lan : yang kat belakang bawah bangku tu apa dia
Aku : (cari punya cari then terkejut babun) hah !!???

Kemudian aku terus ke bilik Abang Lan dengan muka merah

Aku : (marah) ni bukan pasal posa punya ! buku ni kat tempat kerja aku pun ada,aku nak yang macam belakang ni punya
Abang Lan : hang tak baca ka tarikh dia tu
Aku : sebab aku baca la aku tak beli masa kat sana,la macam mana ni,aku nak duit aku balik
Azam : (berkata kepada Abang Lan) kan aku dah kata tadi bukan yang ni hang nak beli jugak
Aku : aku tak mau buku ni
Abang Lan : (senyum kambing)
Aku : (tegas) hang ni tak boleh harap la

Tarikh : 25.07.2013
Jam : 6.30 pm
Lokasi : tempat kerja

Siti : Lia,kami nak bagitau hampa ni
Aku : apa dia ?
Siti : kalau kami bagitahu mesti hampa suka punya
Aku : apa dia apa dia !! habaq la wei
Siti : teka la
Aku : Siti dah beli buku masak yang Siti nak tu ka
Siti : dak ekk..tapi ada kena mengena la dengan kedai buku tu
Aku : pasai apa ek ?
Siti : (senyum lebar) teka arr
Aku : entah la (terfikir sesuatu) haa pasal majalah Ujang !
Siti : betuuulll....
Aku : hah betul ka !!! hang biaq betul Siti
Siti : betul la,tadi kami dah beli dah kat hampa,9 ringgit 90 sen,tapi kami tak tau la betul ka tu buku yang hampa nak hari tu
Aku : betul la tu,kalau buku bulan posa punya dia mahal,yang dulu murah ja kan


Justeru selepas tu,Siti menarik nafas lega.Terima Kasih Siti.Ok buat Abang Lan,nanti hang beli edisi raya pulak sebab edisi posa aku beli,bila edisi raya hang pulak beli.Ni kira denda untuk hang sebab beli yang salah hari tu.Perabih duit aku ja time tu.

...sekian...

Thursday, 25 July 2013

Kisah Sup Bunjut Adabi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masa : 2 minggu yang lalu...
Lokasi : belakang rumah
Jam : dalam 8 setengah la

Masa tu aku ditugaskan untuk basuh pinggan kat belakang.Bila sampai ja kat belakang,mata aku terus terpukau oleh kecantikan pokok orkid mak.


orkid mak


Aku : lawanya..mak ni hari-hari beli pokok orkid,(memanggil) mak mai sini sat

Mak dan Lin pun mai la belakang tengok apa yang jadi.

Mak : awatnya ?
Aku : (menunjuk salah satu pokok) tengok orkid ni,lawa la
Mak : memang laa,tapi mak ada berkenan pokok orkid yang mai hari tu nuu,caler oren
Lin : (menunjuk orkid berwarna kuning) yang ni pun lawa gak
Mak : tengok la nanti kalau lori orkid tu mai lagi mak nak beli la
Aku : (mengeluh) beli lagi
Mak : ya laa...dah la tu,pi basuh pinggan tu
Aku : (bergurau) pinggan ja,cawan tak payah

Selepas mak masuk,tinggal la aku dengan Lin kat luar.

Aku : Lin hang nak tau dak ?
Lin : apa dia
Aku : hari tu kan aku pernah bubuh sup bunjut adabi dalam pokok tanduk rusa ni
Lin : (tak faham) hah !?
Aku : ala sup bunjut adabi yang mak selalu buh dalam sup tu
Lin : ooooo..pastu hang buang balik dak ?
Aku : dak..tak leh ambil dah,dia duk belah dalam



pokok tanduk rusa



Tiba-tiba mak tanya -

Mak : (bertanya aku) hang ambil sup bunjut dalam pasu tu ka ?
Aku : (gagap) err errr   dak ek
Suara Misteri : haa memang dia yang ambil
Mak : ambil buat apa,tu baja pokok orkid,patut la mak tengok dah tak dak,ingatkan dia hancuq
Lin : (ketawa) haha hang ni lawak la
Aku : (malu malu) mana aku tau tu baja


anak panah : baja sup bunjut


...Sekian...

Saturday, 13 July 2013

Hari ni hari ape ehh ? (entry pendek)

Assalamualakim dan salam sejahtera

Agak-agak hari ni hari apa hah .. ada sapa-sapa tahu tak?

Ok straight to the point,hari ni tarikh ni iaitu 13 Julai 2013 genap si Lin aka LinLin 17 tahun.Dah tua hang ni noh.Aku jugak yang still muda tak abis-abis.So happy birthday dan dimurahkan rezeki.Amin


..sekian..

Friday, 12 July 2013

Selamat datang Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Lirik lagu Harapan Ramadhan by Raihan ft Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

* from Facebook

Genap setahun (dalam bulan Islam) arwah Pak Lang dan 4 tahun arwah Tok Wan Tok Din pergi bertemu Allah SWT.Al Fatihah untuk arwah Pak Lang dan arwah Tok Wan.Tiap-tiap hari kak lia berdoa agar roh arwah Pak Lang dan arwah Tok Wan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin

1 Ramadhan 1434 H

sekian

Saturday, 6 July 2013

Betul ke ... mulut aku masin ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku : Siti,betul dak cakap kami hari tu
Siti : pasal apa ?


 ... 4 bulan yang lalu ...


Aku : Siti hang beli baju kak mak ngah tu nak buat baju apa
Siti : baju kurung
Aku : kurung moden ka yang biasa punya ?
Siti : biasa punya ja,kami mana boleh pakai yang moden,kami kan gemok
Aku : mana ada gemok,biasa ja,normal...nanti baju tu nak buat baju raya ka ?
Siti : kami buat baju mai pakai kerja ja
Aku : awat pulak ! buat la baju raya,kan Siti dah lama tak pakai baju raya baru
Siti : sejak mak kami tak dak,kami tak semangat nak sambut raya dah
Aku : buat pi la Siti,mana nak tau kot-kot tahun ni hang raya dengan suami ka,mana kita tau
Siti : (senyum) pandai la hampa
Aku : ehh mana kita tau kan,tu jodoh
Siti : tengok la macam mana nanti
Aku : buat pi la Siti oii,baju mai kerja hang belambak dah..buat tau untuk baju raya !


 ... 4 bulan kemudian ...


Aku : Siti,betul dak cakap kami hari tu
Siti : pasal apa ?
Aku : pasal raya dengan suami tu la,tapi bukan suami sebaliknya tunang
Siti : masin mulut hampa noh
Aku : hehe



Hari ni 06.06.1213 ialah tarikh Siti bertunang.Aku tak dapat pi majlis pertunangan dia sebab terpaksa kena kerja.Tapi kalau aku cuti pun belum tentu jugak aku dapat pi sebab sapa la nak hantar aku pi rumah dia.Masing-masing sibuk.Apapun selamat bertunang dan happy-happy selalu.(ayat klise)


...sekian...