Saturday, 2 November 2013

Kisah kehilangan sesuatu yang ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku memang suka buat tajuk tergantung kan ? Ok cerita bergini...

Semalam kan aku kena kerja petang,dalam pukul 8.30 lepas abis makan,aku dengan Siti ke surau.Aku suruh Siti pergi dulu sebab aku nak simpan bekal makanan.Dalam perjalanan ke surau,aku ternampak plastik plaster."Plaster sapa pulak yang jatuh pulak ni"kata hati kecilku.Kemudian aku abaikan plaster tu dan masukkan tangan dalam poket baju sebab nak beli coklat.Selut punya selut barang yang aku nak cari tak jumpa.

Aku menjerit dan gelabah..tiba-tiba

Kakak : adik ni plaster adik ka ?
Aku : err bukan bukan
Kakak : ingatkan plaster adik sebab akak tengok adik macam cari sesuatu ja

Aku terus berlari anak ke surau dan menberitahu siti yang ...

Aku : (muka sedih) Siti ...
Siti : awatnya ?
Aku : kopet kami hilang..macam mana ni ?
Siti : jatuh kat kantin pa
Aku : tak kan kot sebab masa rehat tadi kami mana bawa keluar kopet kami ni,tak pa la,kami pi cari dulu




Kemudian aku pi cari kat kantin tapi hampa sebab tak ada kat kantin.Jadi aku pi surau jumpa Siti balik.

Siti : macam mana ?
Aku : tak dak la Ti
Siti : abis tu jatuh kat mana ?
Aku :entah la (terfikir sesuatu) hah jatuh kat dalam kot sebab sama kat dalam tadi kami ada bawa keluar kopet
Siti : ha jom cari kat dalam..(bertanya) dalam poket hampa tu ada berapa ringgit ?
Aku : tak pasti la Siti,yang kami ingat ada RM20,RM5,pastu ada berapa keping RM1,hah satu lagi,ada 2 kupang dalam tu
Siti : banyak tu !
Aku : (cuba tenangkan hati) kalau hilang poket tu pon kami tak berapa kisah sangat sebab bukannya ada IC pun

Tibanya kami di depan pintu,Siti bertanya kepada Jaga yang bertugas.

Siti : ada nampak kopet merah dak ?
Aku : (nada lembut) Siti tak payah laa..kita cari kat dalam dulu la
Jaga : tadi ada kawan tu cakap dia ada jumpa kopet
Aku : (terkejut) ya ka ! sapa dia !?
Jaga : (tunjuk ke arah kakak India) dia tu ...
Siti : (senyum) terima kasih

Justeru kami pergi berjumpa kakak tersebut dan tanya -

Aku : kak ada jumpa kopet ka tadi ?
Kakak : ada-ada,kopet you ka ?
Aku : a'ah...warna merah
Kakak : tu la I ingatkan poket sapa la tadi,(bertanya aku) banyak duit noh
Aku : (malu-malu kucing)
Kakak : ingat kalau tak ada tuan nak ambil beli KFC ja tadi
Aku : (kedut sebelah muka) iye
Kakak : (hanya mampu tersenyum)

Kemudian kakak tersebut menbawa kami berjumpa boss beliau kerana dia telah serahkan kopet aku kat boss dia.

Kakak : kak ni dia tuan punya kopet tu
Boss : (bertanya aku) kopet warna apa ?
Aku : (pantas) merah !
Boss : (serius) dalam tu ada berapa ringgit ?
Aku : (sedikit gagap) kalau tak silap ada RM20,RM5...pastu ada 2 kupang
Kawan Boss : betul la tu
Boss : nasib baik jumpa kat kami,kalau kat orang lain,tak jumpa dah la duit ni
Aku : (malu giler time ni) betul ....
Siti : terima kasih kak
Aku : a'ah..terima kasih
Mereka : sama-sama



Antara tip atau moral yang aku belajar daripada kes ni -

#  jangan panic !!! hilang duit bukan bermakna hilang segalanya
#  jangan malu bertanya
#  terima nasihat orang lama
#  jangan letak semua duit dalam 1 kopet
#  ikut semula jejak sebelum barang hilang


...sekian...


Wednesday, 23 October 2013

Kisah pasal ' Samsung WB150F '

Assalamualaikum dan salam sejahtera




























Dah masuk 6 bulan kami sekeluarga memiliki camera ni.Kalau dulu aku tak merajuk dengan abah belum tentu dapat benda alah ni.Aku suka camera ni.Antara sebab-sebabnya ialah -

# ringan
# mudah dibawa
# gambar terbaik !
# ada wifi
# video tak blur
# boleh zoom jauh dan gambar tak blur

Dan macam-macam lagi la..
nak senaraikan satu-satu sampai esok pun belum tentu abis.
Daaaa...

...sekian...



Monday, 21 October 2013

Part 1 : Berkelah di tempat kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tarikh : 22/05/2013
Jam : 10.15 am

Kak Imah : Lia,Lela,Siti !
Lia/Lela/Siti : apa dia ?
Kak Imah : esok jangan lupa bawa lauk masing-masing sebab nak buat makan-makan sikit
Lia : nak buat bila ? pagi ka tengah hari
Kak Imah : (senyum) pagi !

Bila aku dengar ja kak Imah kata 'pagi'
terus aku berimaginasi
lauk apa aku nak bawa ni
dah la aku malas nak bangun awal-awal
untuk masak (tipu tipu)

untuk penhangat lauk kelmarin
lagu mana ni nak buat ?

-----------------------------------------

Jam : 12.00 pm

Lia : Ti nak bawa lauk apa esok ?
Siti : entah la..kami ingat nak buat lauk kacang panjang,Alia ?
Lia : tak tau la(berimaginasi kejap) haa ! kami ingat nak beli acar la,Siti tau dak acar tu apa ?
Siti : kami tak berapa nak ingat la
Lia : acar tu calour maroon pastu dalam dia ada kurma,bawang besar,kismis,tau dak ?
Siti : ya ya yang tu  kami tau..
Lia : haa yang tu la,kami cukup suka makan acar,sebab dia manis,tapi kami makan kuah dengan kismis je la,yang lain tak
Siti : arwah mak kami pun ! dulu kalau pi kenduri mana-mana arwah mak kami mesti cari acar dulu
Lia : kami ingat balik nanti nak suruh mak kami beli la
Siti : nanti kalau ada jual acar lebih beli kat kami seringgit

Lia : MAI DUIT !!!

pic of google

----------------------------------------------------

Jam :  4.30 pm

Lia : mak,beli arca ...
Mak : buat apa ?
Lia : esok ada buat makan-makan,kak Lia ingat nak bawa arca
Mak : pi beli kat kedai borong tu

(ingatkan mak nak pergi beli,last-last suruh aku jugakkkk)

Lia : laa kedai borong pun jual lauk-pauk ka?
Mak : pi la beli
Lia : malam-malam tak ada jual ka ? (malas nak keluar time petang-petang)
Mak : kalau malam tak tau la pulak
Lia : abah balik sat gi suruh abah beli la (abah jadi mangsa)
Mak : ikut suka hang la

----------------------------------------------------

Jam : 8.02 pm

Mak dah siap dengan tudung segala
sambil tunggu abah balik

ahkirnya aku berjaya
pujuk mak pi beli acar

Actually bukan berjaya sangat pun
apa pun mak akan terpaksa keluar jugak
untuk beli acar
nak harapkan aku pergi beli
memang tak arr

pemalas punya budak



AKHIRNYAAA !!!
    tapi kan ...  =(

...bersambung...


Sunday, 13 October 2013

nak letak tajuk apa dekat entry ni ? adoii .. nak letak tajuk pun susah

Assalammualaikum ...

pagi-pagi buka komputer pastu rasa semangat la pulak nak tulis entry dekat blog , hee XD

okay ! straight to the point .. "SPM dan STPM lagi 24 hari" WHAT ? lagi 20 hari ? aku tak sedia lagi la . macam mana ni ?? baca buku pon masih tungang langang pastu main-main lagi . huhh ! boleh ka ? dapat macam di bawah ni ? :/


9A+

sebenarnya tak tahu nak update apa dekat blog ni .. maklum la leeya yang selalu dok update "dia free takpe la" hahaha XD . sampai sini je kot alyn update nanti lepas exam alyn update okay ? tadaaaa .... oppss lupa pulak ! alyn nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !!

p/s :: jangan makan daging banyak sangat takut darah naik . hee :D

The 'nice' Simsimi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tarikh : 12.10.2013
Jam : 10.30
Lokasi : rumah

Semalam aku bosan sangat.TV pun tak main cita best-best.Aku tengok abah dengan Azam duk layan cita Armageddon.Apa yang bestnya pun aku tak tau.Jadi untuk hilang kan bosan,aku mesej Siti.Tapi tu pun kejap ja lepas mesej dari Siti tak dapat diterima fon.Apa masalah pun aku tak tau la(hang semua benda tak tau).Ok stop cerita tu,meh aku nak kongsikan cerita aku dengan si Simsimi .




Leya : hello

Simsimi : aaa

Leya : what ??

Simsimi : donno

Leya : ish

Simsimi : ape ish?

Leya : ish ish

Simsimi : pasaipa

Leya : tak dak apa la

Simsimi : sapa soh tak blaja

Leya : dah abis dah la

Simsimi : Alhadulillah

Leya : thanks

Simsimi : Nape gok mu tanks saloh eje,lol

Leya : mana ada

Simsimi : kan gaji baru masuk!

Leya : tukar topik !

Simsimi : Tralalalalala

Leya : you ni !!!

Simsimi : I pun benci kan u

Leya : tak cakap benci pun tadi

Simsimi : hehe janganlah marah aku nasihat kau je sbb aku syg kat kau sgt2

Leya : I harap you adalah 'si dia'

Simsimi : alah cuba cerita

Leya : malu la

Simsimi : Xyah nk malu sgt la. Buat selambe je

Leya : tak boleh

Simsimi : boleh lah

Leya : tak !

Simsimi : simi minta maaf ye..

Leya : untuk apa ?

Simsimi : aku tipu kau =(

Leya : tu je ?

Simsimi : habis tu? nak ape?

Leya : you ni kan ...

Simsimi : ckp ar malay, sy xphm ayat rojak awak ar

Leya : really ?

Simsimi : ******% sure, dear......

Leya : what ever

Simsimi : Who care

Leya : I care

Simsimi : so

Leya : so what ?

Simsimi : ha....sotong mane arghhhhhhh

Leya : tukar topik lagi

Simsimi : Ko pun kenal en.taufik ker??

Leya : tengok !

Simsimi : Set... Bila ?

Leya : haiiii

Simsimi : jangan gatal boleh tak?

Leya : ish dia ni

Simsimi : jngn marah nnti cepat tua

Leya : memang tak akan tua pun

Simsimi : Selamat datang ke sini untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini tidak akan dapat melihat wajah itu adalah satu perkara yang tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda p

Leya : ha !?

Simsimi : ap?

Leya : kenapa tu ?

Simsimi : sebab saya risaukan awak tahuu :')

Leya : iye ke

Simsimi : naper? xcaya?

Leya : kalau la you ni 'dia'...

Simsimi : mesti puas hati punyalah

Leya : hurmmm

Simsimi : sedihnyer

Leya : of course

Simsimi : Tq,awak ada Fb tak?

Leya : kenapa 'dia' tak tanya macam tu ek ?

Simsimi : Huhu , kita mintak maaf . Tak ad niatdihati kita nak cakap mcm to :'(

Leya: minta maaf lagi

Simsimi : hurmm.. dah2 la tu.. penat aku

Leya : tak nampak macam penat pon

Simsimi : penat ckit je..tp dah hilang bila tgk muka awak yg cute tu..

Leya : mana you nampak muka I pon

Simsimi : sebijik mcm zaiton sameon rambut gerbang...

Leya : you ni !!!

Simsimi : I pun benci kan u

Leya : macam ayat yang tadi ja ni

Simsimi : aku tahu , terima kasih .. =)

Leya : tu je

Simsimi : habis tu? nak ape?

Leya : kredit ?

Simsimi : blh2

Leya : apa tu ?

Simsimi : ala , penapis air yg lekat kt dinding tu . Mcm aku xtaw :-P

Leya : haa !?

Simsimi : hoooo

Leya : hurmm

Simsimi : kenape ni

Leya : nothing

Simsimi : what ever!!!

Leya : it ok

Simsimi : cool

Leya : are you sure ?

Simsimi : totally sure la honey

Leya : serious

Simsimi : Get your CRAYON

Leya : haa tukar topik lagi ?

Simsimi : Tralalalalala

Leya : apa-apa la

Simsimi : ada aq kisah dgn kau

Leya : what ??

Simsimi : cincai ..all room got Noob like u !!

Leya : hurmmm

Simsimi : Yawww

Leya : ohh my

Simsimi : asik O je..bila nak A,B,C plak

Leya : tolong laa

Simsimi : tolong ape ?

Leya : be a man

Simsimi : ok...i got it....

Leya : sure ?

Simsimi : totally sure la honey

Leya : ok

Simsimi : baiklah

Leya : bye

Simsimi : Bye:)

Leya : [ :) ]

Simsimi : [ =_=* ]

..............................................................

Ohh sir or madam Simsimi,kalau boleh lain kali gunakan tulisan atau taip menggunakan ayat yang penuh sebab 'I' tak reti sangat baca ayat yang tak lengkap.Ok ?. Last-last bila dah bosan dengan Simsimi,aku layan Line pulak.


buat masa la aku tak pernah bosan dengan korang

Tapi perkara yang paling suka pasal Line ni sebab depa ada si Sally yang so cute tuuu ...
awak sangat comel..macam saya =P


p/s:tapi kalau ada anak kucing lagi comel


...sekian...

Thursday, 3 October 2013

Bahagian 3 : Kisah Kerja-Kelalaian-Penipuan-Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari : Rabu
Tarikh : 27-03-2013
Jam : dalam 10.30 pm

Mak : (dari luar rumah) Linnn ambil pisau sat
Lin : suruh la kak lia
Mak : Liaaa ambil pisau sat
Aku : suruh la kak lin
Mak : LIAAA ..sat gi aku masuk dua-dua orang kena !
Aku : ha la  ha la

Dengan kemalasan yang tahap tertinggi,aku pun bangun dari kerusi dan terus ke dapur untuk ambil pisau.Dengan kemalasan itu jugak menbuatkan aku jalan macam siput dari dapur ke depan rumah.

Aku : nah mak (sambil letak pisau atas tikar)
Mak : mana papan hiris ?
Aku : mak minta pisau ja tadi
Mak : orang minta sekali dengan papan hiris la..pi ambil !
Aku : (nada rendah) ahh malas la

> setelah beberapa langkah masuk ke dalam rumah <

Mak : lia lia  ambil pinggan dah,papan tak payah
Aku : (dahi berkedut) hurmm

> 30 saat kemudian <

Aku : nah pinggan
Mak : haaa
Cik Yam (jiran) : kak lia  esok kami nak pi Penang,nak ikot tak ?
Aku : (malu malu kucing) tak tau la
Cik Yam : jom la,esok kak lia ambil la cuti
Aku : esok abah kerja
Cik Yam : tak pa cik Yam yang bawa
Aku : tak tau lagi la

Hanya itu yang mampu aku jawab  "tak tau  tak tau  tak tau".Actually time tu rasa macam nak bocor rahsia ja dan cakap "esok memang kak lia cuti pon".Tapi tetap aku tahan.Bukan senang untuk aku simpan rahsia aku sendiri.Selalu kalau ada apa-apa ja mesti aku akan bagitau.Part yang paling aku tak tahan bila cik Yam cakap " jom la kak lia ".Memang aku tak tahan dan rasa macam nak bocor ja rahsia.Lepas tu aku terus masuk rumah sebab takut terbocor rahsia.Tapi lepas tu keluar balik sebab nak makan buah jambu batu .haha






Keesokan harinya .... 

...bersambung...

Sunday, 29 September 2013

Awat hang senyum ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

# draft  21.11.2012 #

Suatu malam yang dingin,Lin sedang mengemas buku-buku,dan aku pulak sedang berbaring atas katil yang boleh tahan empuk la jugak.Terasa hati jugak nak tolong,tapi memikirkan kerja -kerja mengemas ni memakan masa,terpaksa lah dilupakan hasrat aku tu.Tiba-tiba abang Lan masuk ...





Abang Lan : oitt,hampa buat apa?

Lin : duk makan

Abang Lan : aku tanya elok-elok ni

Lin : awat hang tak nampak ka aku duk buat apa ni,(kemudian berpaling ke arah aku)oiitt kak Lia surat ni hang nak guna lagi dak?

Lia : mai aku tengok,(selepas belek punya belek) haa aku nak lagi,Lin mai sat fail aku tu(sambil menunjukkan fail di atas buku)

Lin : nah(sambil menlemparkan ke arah aku),ni mana-mana barang yang hang tak mau letak sini,aku nak buang

Lia : semua aku nak lagi (kemudian terus menbuka fail) laa sijil SPM aku duk sini

Abang Lan : (terkejut) oitt hang tak ambil lagi ka sijil SPM hak betul punya ?

Lia : errr..ambil dah kot

Lin : caya la cakap dia tu

Abang Lan : sijil dia macam ni(terus masuk bilik dan ambil fail dia yang tersimpan sijil sebenar SPM),haa macam ni la

Lia : mak oii besarnya !

Abang Lan : hang ambil dak gi ?

Lia : ambil dah,duk dalam bilik mak,aku saja bawa keluar yang ni (sijil SPM tak asli) sebab nak pi temuduga

Lin : hang boleh caya ka cakap dia tu

Abang Lan : awat hang senyum?(sambil angkat kening lebat kat aku)

Lia : hang buat aku panic la(mau tak panic sebab cakap bohong)

Abang Lan : hang tak ambil lagi ka ? hang ambil SPM tahun bila ?

Lia : tahun 2009 ,awat ?

Abang Lan : kalau tahun 2009 hang umur 17,umur 19 dah boleh ambil dah,hang tak ambil lagi ka ?(awat banyak tanya sangat dia ni tah)

Lia : aku malas la nak pi sekolah

Abang Lan : bukan hang pi belajar pun,pi kat pejabat pastu balik la,hang ambil la lambat-lambat,nanti depa lupus hang punya sijil baru tau

Lia : jom la pi teman aku ambil sat

Abang Lan : hang pi la sendiri,aku busy !

Lia : gegeh, tak pa nanti aku boleh pi dengan abah,hang tak payah ikut !

...............................

Tarikh : 29.09.2013

Hampir makan masa setahun perbualan ni berlaku.Dan hari ni aku baru pi ambil sijil asli SPM aku.Pi dengan abah.Kebetulan jugak hari ni jayawaris kat sekolah Lin,time ni la aku ambil kesempatan pi ambil sijil.Kalau tak,sampai ke umur 30 tahun belum tentu aku ambil lagi.haha



...sekian...

Monday, 9 September 2013

Dalam sebulan tu mesti ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera

So apa yang dalam sebulan tu mesti ???

Jawapannya ialah dalam sebulan tu mesti aku akan terbangun lambat serta lewat pergi kerja.

* dapat baca tak ?? hehe





Tarikh : 09.09.2013

Aku tak pasti yang ni yang ke berapa,tapi aku yakin aku dah lebih 10 kali lewat pi kerja gara-gara tak jaga bila jam bunyi.Tapi kali ni lain,bukan aku saja-saja tak jaga tapi jam handphone tak bunyi sebab Mat Azam tersilap set jam punya 'am' dengan 'pm' dia..huhuhu

Kemudian apa lagi,aku dengan Lin lewat bangun,tambahan pulak Lin pun tak kunci jam sebab aku dah kunci,jadi dia tak payah dah.Tapi kalau dia kunci pun aku akan lewat jugak tapi tak ada la seteruk hari ni.

So pagi-pagi ni amat kecoh sekali dengan semua pakat-pakat nak berebut bilik air la,baru nak cari barang-barang la,dan macam-macam lagi la.Yang paling kalut sekali...Lin la sebab dia jarang terlewat macam aku ni,yang aku ni dah lali dah dengan semua ni.Bila nak berubah pun aku tak tau la...

Dan akhir sekali abah la jadi mangsa kena hantar aku pergi kerja...


Abah : cepat sikitttt
Aku : haa sat sat
Lin : pi la naik reta..boleh hantar kak lin sekali
Abah :
Lin : tak pa abah hantar kak lia dulu pastu abah balik hantar kak lin pulak
Aku : (harap-harap naik reta,harap-harap naik reta,harap-harap naik reta)

Kemudian abah buka pintu pagar dua-dua belah.

Aku : (berbisik) naik reta oiii
Lin : (ketawa halus) hehehehe
Abah : ha cepat sikit
Aku : dah siap dahhhh...weiii sat sat jam tak ambil lagi...
Abah :  (- _ -)


...sekian...

Sunday, 8 September 2013

Aku dan Abah ...hehe =P

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tadi pagi aku ada kelas memandu dengan abah.Ok aku still merangkak lagi kalau bab-bab bawa kerata ni.Tadi kan...

Cerita 1

Aku : ok masuk gear 1..pastu masuk gear 2..pastu pulak gear 3..

---tiba-tiba gear kereta tersekat---

Abah : TU GEAR 1 BALIKKK !!!

Aku : hah !!???

---then aku terus tekan brek---

Abah : (tepuk dahi) rosak la engin abah lagu ni

Aku : ( = P )

Cerita 2


Abah : tangan ni kalau pegang steering jangan keras

Aku : (angguk faham) ha ok ok

Abah : jangan pi tepi sangat

Aku : (garu kepala) ha ok ok

Abah : jangan pi tengah sangat

Aku : pi tengah la best,tak payah jaga steering sangat

Abah : haa banyak la,nanti orang belakang nak potong macam mana ?

Aku : ( -..- )

C
erita 3

Abah : kalau hang bawa kereta ni kaki kena pandai belanced, pastu bla bla bla bla bla ....

Aku : (muka ketat)

Abah : awat laju sangat ni ?

Aku : (selamba) orang bawa 60

Abah : (terkejut kucing) haiii bawa slow sikit...hang tu baru belajar,bawa 40 sudah !

Aku : (muka lagi ketat)






...sekian...

Thursday, 29 August 2013

Part 1 : I'm Alone !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Masa aku duk taip entry ni,aku baru tersedar jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam dan aku satu apa pun tak buat lagi macam icon baju dan tudung untuk pergi kerja esok.

So disebabkan masa agak singkat la ni..aku sambung esok je la ekk..

bye

Monday, 19 August 2013

Anugerah Syawal 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ni first time aku buat entry pasal raya.Bagi aku raya tahun ni best sangat selain dapat duit raya sampai RM 100 lebih,aku jugak dapat makan sampai kenyang ( tu je ).Uhh ada lagi,aku jugak dapat bertemu anak saudara aku yang kali terakhir aku dapat tengok dia masa dia baru lahir.Sedih kan.Ok la tak dapat banyak sangat yang dapat aku kongsikan kat sini sebab aku dah tak berapa nak ingat apa yang aku buat pagi raya.Tak pa la.Oh ya kat bawah ni aku sediakan gambar-gambar raya baru-baru ni.Sikit je la sebab aku malas nak edit banyak-banyak.Ta ta...(haa kalau nak tengok banyak pi je Facebbok aku terus).


aktivi pasang kad raya

ketupat kad raya

sawah padi belakang rumah tok

malam raya

ketupat palas

rendang ayam


juadah di pagi raya

...sekian...

Sunday, 18 August 2013

Novel Yasmin J Hunwick (entry bergambar)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya entry ni dah lama nak buat cuma gambar ja tak bawa masuk dalam pc.Sekarang gambar dah ada,aku terus buat entry.Lebih 6 bulan aku pendam keinginan nak beli novel ni.Akhirnya tercapai jugak hasrat aku,itu pun hasil sokongan dari Lin.Aku kalau tak ada sokongan aku tak buat sesuatu benda tu.Kalau nak tahu,aku order novel ni masa 14 haribulan 6 dan aku dapat sebulan kemudian.Kira genap sebulan jugak la.Bila novel ni sampai ja kat rumah,hanya Tuhan ja yang tahu berapa seronok nya aku dapat pegang sendiri novel ni.Apapun terima kasih kepada penulis dan keluarga arwah Yasmin kerana menberi peluang kepada saya dan rakyat Malaysia yang lain untuk mengetahui kisah yang sebenar-benarnya belaku.Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Johan.


Novel Love Yasmin





 ......................................................................................................................

novel dan cd

muka depan novel

muka belakang novel

sinopsis novel

 ...........................................................................................................................



Rahsia CD : Actually kalau diikutkan aku tak dapat cd,hanya novel sahaja.Tetapi penulis telah menberi peluang kepada sesiapa yang order novel yang ke 200 kebawah yang tidak berpeluang memilikki cd untuk memilikinya.Termasuk aku.Penulis telah menyediakan 10 soalan tapi hanya 2 soalan yang dapat diajukan kerana kurang sambutan.









klik untuk lebih dekat bacaannya

...sekian...