Saturday, 22 December 2012

Nak pi ke tak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kelmarin dalam jam 4 petang aku telah satu mesej yang tertulis -

Mesej : assalamualiakum alyah,nak pi rombongan ke pulau langkawi dak ?

Namun aku tak balas mesej tersebut kerana sedang bermain dengan Adam yang comel,aku fikir nak balas malam nanti,tetapi apakah daya aku menpunyai daya ingatan yang sangat lemah dan akhir terabai la mesej tersebut.Keesokan harinya,aku menerima mesej yang sama,terus cepat-cepat aku balas

Aku : pi bila ?
Mesej : 8/9 ni
Aku : pi dengan sapa siti ?
Siti : pi dengan pak ngah kami,alyah nak pi dak ?
Aku : nak kena bayar berapa ?
Siti : RM 130 sorang,alyah nak pi dak ?
Aku : kami kena tanya abah kami dulu,tengok la hari isnin atau selasa kami bagitahu

Hari Ahad malam aku telah terima mesej dari Siti yang tertulis

Siti : alyah kena bagitahu cepat sebab takut bas penuh
Aku : kami tak dapat pi la Siti,tak pa nanti kami kirim duit beli coklat
Siti : ok,tak pa la
Aku : siti minta cuti berapa hari
Siti : sehari ja,hari sabtu

Hari Isnin pagi sebelum pergi kerja,mak tanya

Mak : hang nak pi ka pulau Langkawi tu
Aku : (macam mana mak boleh tau ni,mesti kak lin bagitahu la ni)
Mak : nak pi ka ?
Aku : tak tau lagi(tapi hakikatnya aku tau aku tak akan dapat pi)
Mak : tak payah pi la (kannn aku dah kata)
Aku : orang dah lama tak pi sana,last pi pun 2010
Mak : payah nanti,1 hari nak pi sana cukup ka,jam berapa nak pi?dengan ramai orang lagi,last-last nanti ronda kat Jeti Kuah ja,tengok la nanti kita pi lagi


Lepas tu aku diam ja,punah la harapan aku nak jalan-jalan dengan Siti kat sana.Aku dah siap berangan lagi kami tangkap gambar,shopping,dan naik carbe car bersama-sama,tapi apakah daya,aku hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.Aku percaya,ada hikmah disebalik semua ni.

Hari Selasa pagi di tempat kerja

Aku : Siti,nah duit untuk beli coklat(sambil menhulurkan RM 10),saja bagi awal-awal takut lupa
Siti : la tak pa,hampa bagi hari Jumaat nanti la
Aku : nanti Siti tak mai macam mana ?
Siti : jangan risau kami mai punya,hampa nak suruh kami beli coklat macam mana,nanti hampa tulis tau
Aku : ha ok ok

Kemudian aku ambil pen dan lukis,ya aku lukis.Aku lukis coklat yang macam locen dan coklat dalam balang pastu aku kasi kat Siti.Siti senyum aku pun senyum =D.Seminggu kemudiannya pulak,Siti belikan aku coklat locen,minyak gamat dan kacang jagus.Tapi aku cuma ambil coklat dulu sebab dah lama tak makan coklat dari Langkawi(tapi coklat sana sengan sini tak jauh bezanya pun).Apa pun,terima kasih Siti.

...Sekian...

No comments: