Friday 28 December 2012

Diari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini adalah antara perkara mahupun kejadian yang berlaku sepanjang tahun 2012 kami =

 Januari

- mandi kat Sedim ( ni wajib )
- makan angin kat Cameron ( sukanya sukanya sukanya )




Februari
 

- ribut menlanda taman kami ( mak takut tapi kami tak )
- pi Sedim lagi
- bakar ayam goreng bersama-sama jiran ( makan makan )
- abah dapat hadiah cabutan bertuah
- hari lahir Azam






Mac

- balik kampung tengok tanah pusaka dicerobohi
- kenduri anak jiran
- ronda-ronda di Tasik Taiping ( pi pakai baju kurung tak best la )




 April 

- jalan-jalan di Pulau Pinang ( dapat makan pasembur,bestttt )


Mei
 

- ceramah perdana di sekolah
- bakar ayam di belakang rumah
- menonton perlawanan antara Kedah & Kelantan ( ni abah abg lan dan azam ja )
- dapat duit siling baru ( teruja beb )
- sudah pandai melukis Doremon ( sampai sekarang duk lukis Doremon ja )




Jun 

- Kehadiran Adam buat kali pertamanya ( ala tome tome sayang )
- pi kenduri Aqiqah bawa Adam

Julai 

- makan angin di Kelantan ( nak pi lagi,pleaseeee mak )
- balik kampung
- bawa Adam balik kampung 
- berbuka puasa di luar ( first time makan udang tempura )
- hari hari Mak,Lia,dan Lin




Ogos 

- sepupu terbabit dalam kemalangan pada malam raya ( alhamdulillah sekarang dia selamat )
- Hari Raya Aidilfitri ( dapat pakai jubah idaman )
- tengok bunga api ( takut kalau tengok dekat-dekat )



September

- mandi sedim ( mandi lagi..tak kecut badan ke ? )
- bawa Adam masuk Tesco ( dia nangis sebab .. )
- makan angin di Perlis ( wow yang ni lagi best )


 Oktober

- Hari Raya Aidiladha ( tak dapat tengok lembu disembelih )

November


- bakar sate ( daging lembu korban )
- Adam datang lagi ( mai la tiap-tiap hari )
- makan durian ( makan sampai demam )
- cuti sekolah bermula ( hore bagi azam dan lin )


Disember

- pergi kenduri (biasa la kan bulan 12 ni)
- jamuan makan akhir tahun
- dapat hadiah
- masuk kempen derma darah
- bulan paling banyak makan durian (makan je kerja tapi tak gemok-gemok pon)
- first time makan spaghetti ( boleh tahan la )

...Sekian...

Saturday 22 December 2012

Nak pi ke tak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kelmarin dalam jam 4 petang aku telah satu mesej yang tertulis -

Mesej : assalamualiakum alyah,nak pi rombongan ke pulau langkawi dak ?

Namun aku tak balas mesej tersebut kerana sedang bermain dengan Adam yang comel,aku fikir nak balas malam nanti,tetapi apakah daya aku menpunyai daya ingatan yang sangat lemah dan akhir terabai la mesej tersebut.Keesokan harinya,aku menerima mesej yang sama,terus cepat-cepat aku balas

Aku : pi bila ?
Mesej : 8/9 ni
Aku : pi dengan sapa siti ?
Siti : pi dengan pak ngah kami,alyah nak pi dak ?
Aku : nak kena bayar berapa ?
Siti : RM 130 sorang,alyah nak pi dak ?
Aku : kami kena tanya abah kami dulu,tengok la hari isnin atau selasa kami bagitahu

Hari Ahad malam aku telah terima mesej dari Siti yang tertulis

Siti : alyah kena bagitahu cepat sebab takut bas penuh
Aku : kami tak dapat pi la Siti,tak pa nanti kami kirim duit beli coklat
Siti : ok,tak pa la
Aku : siti minta cuti berapa hari
Siti : sehari ja,hari sabtu

Hari Isnin pagi sebelum pergi kerja,mak tanya

Mak : hang nak pi ka pulau Langkawi tu
Aku : (macam mana mak boleh tau ni,mesti kak lin bagitahu la ni)
Mak : nak pi ka ?
Aku : tak tau lagi(tapi hakikatnya aku tau aku tak akan dapat pi)
Mak : tak payah pi la (kannn aku dah kata)
Aku : orang dah lama tak pi sana,last pi pun 2010
Mak : payah nanti,1 hari nak pi sana cukup ka,jam berapa nak pi?dengan ramai orang lagi,last-last nanti ronda kat Jeti Kuah ja,tengok la nanti kita pi lagi


Lepas tu aku diam ja,punah la harapan aku nak jalan-jalan dengan Siti kat sana.Aku dah siap berangan lagi kami tangkap gambar,shopping,dan naik carbe car bersama-sama,tapi apakah daya,aku hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.Aku percaya,ada hikmah disebalik semua ni.

Hari Selasa pagi di tempat kerja

Aku : Siti,nah duit untuk beli coklat(sambil menhulurkan RM 10),saja bagi awal-awal takut lupa
Siti : la tak pa,hampa bagi hari Jumaat nanti la
Aku : nanti Siti tak mai macam mana ?
Siti : jangan risau kami mai punya,hampa nak suruh kami beli coklat macam mana,nanti hampa tulis tau
Aku : ha ok ok

Kemudian aku ambil pen dan lukis,ya aku lukis.Aku lukis coklat yang macam locen dan coklat dalam balang pastu aku kasi kat Siti.Siti senyum aku pun senyum =D.Seminggu kemudiannya pulak,Siti belikan aku coklat locen,minyak gamat dan kacang jagus.Tapi aku cuma ambil coklat dulu sebab dah lama tak makan coklat dari Langkawi(tapi coklat sana sengan sini tak jauh bezanya pun).Apa pun,terima kasih Siti.

...Sekian...

Sunday 16 December 2012

Bercerita sebelum tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam jam menunjukkan jam 1 am,biasanya time macam tu orang dah pakat-pakat tidur tapi kami ...


"Syamsul Yosof kalau buat filem mesti dia mati last-last noh" kata azam

"ya ka,dalam KL Gangster tu dia mati ka ?" tanya aku

"ha la,hang ingat dak masa dia nak bangun balik pastu terus Drogon tembak dia,Zizan pun nanti dalam KL Gangster 2 pun tak dak" balas Azam

"ehh dia ada la" aku mencelah

"mana ada,kan dia dah kena cucuk haritu" kata Azam

"cucuk! haha orang tikam la" mencelah lagi

"ahh sama la" balas Azam dengan muka merah

"hang tau dak,nanti yang nombor 2 punya mak Malik tak jual keropok dah,
dia jual piano pulak" kata aku

"hang tau mana ?" tanya Azam

"aku tau la,pastu nanti dia ada awek.." kemudiaan Azam mencelah

"hang tipu !" tegas Azam

"hehehe memang la,awat hang percaya ka?
haa yang mak dia jual piano tu pun hang caya jugak ka ?" tanya aku

"ya la,sampai kat dia ada awek tu mesti hang tipu" balas Azam

Pandai jugak dia ni,normal la kan sebab hari-hari tipu dia haha.Lepas dah boring aysik cerita pasal tu ja,kami tukar cerita lain pulak.

"kak Lia pernah naik atas rumah Chaq(pak long) dak ?" tanya Azam

"tak ,hang pernah ka ?" soal aku

"dak pun" balas Azam

"kan best kalau kita kawan dengan anak Chaq,boleh kita suruh dia ajak naik atas kan,
pastu ajak tangkap gambar,JOMMMM !" kata aku

"kalau naik atas boleh tengok sawah padi noh" balas Azam

" haa noh,mesti lawa tengok dari atas" kata aku

"dulu kan masa adik pi raya rumah Tok Cik tapi dia pi raya rumah orang lain pulak" kata Azam

"habis tu tak dak sapa ka ?"tanya aku

"ada orang laki " balas Azam

"anak dia kot tu,kan dia ada anak laki" kata aku

"pi kalau bagi air sejuk tak pa la jugak,ni bagi air teh panas,pedih lidah nak minum" kata Azam

"hahaha dia buat air panas,mesti hampa minum tak habis kan" tanya aku

" ha la,adik dengan Iman minum sikit ja,orang buat la air sejuk,dah la kami ni mai jauh-jauh" adu Azam

"biasa la orang laki,dia pun mana nak tau ada budak-budak nak mai mengejut macam hampa ni" balas aku

"dulu masa kak Lia kecil-kecil suka pi raya rumah aunty sebab ada kek,sedappp" kata aku

"adik pun suka pi jugak,haritu aunty ada buat kek kecil-kecil,adik dengan Iman buh
dalam poket baju hehe" kata Azam sambil ketawa

"tu dia hampa,tamak betul noh,kak Lia dulu pi petang-petang,kek pun dah tak banyak" kata aku

"kak Lia nak tau dak,dulu masa adik pi rumah aunty kan,ada orang Indon tu kan dia nak basuh tangan
kat tangga hahaha,pastu aunty pi basuh kat singki,lawak hang nak tau dak" kata Azam

"depa tak tau nak buat macam mana" balas aku

"yang tu pun boleh tak tau,lawak-lawak(cakap besar bukan main lagi dia ni)" kata Azam

"oiiit Azam,aku nak tanya hang ni,tapi hang kena jawab jujur noh" kata aku

"apa dia " soal Azam

"betul ka dulu hang pernah koyak kad tikam pastu hang buh gam balik ?" tanya aku

"(ketawa) haa,aku buka semua,Lin kata kad tikam ada lagi 200 lebih,tapi adik tengok adik koyak sikit ja,pastu adik takut adik buh gam balik,bijak dak?" kata Azam

"bijak bijak...bijak buat kerja jahat ada la" balas aku

"kad yang ada duit adik letak belah atas,yang kad kosong adik letak bawah" kata Azam

"oowwhhh patut la kad aku semua kata 'TERIMA KASIH' noh,hang pulak berpuluh-puluh duit dapat" balas aku

"(ketawa) padan muka hang" kata Azam

Sembang punya sembang jam menunjukkan 3.15 am,mata dah mengantuk tapi mat Azam ni asyik duk ajak
sembang sampai tak sedar esok nak kena bangun awal.Ahkirnya keesokan hari aku TERlewat bangun,apa anak dara bangun lewat-lewat ni kan.Boleh dia bangun tak kejut aku,teruk betul punya adik.Sekarang ni dah
jadi tradisi kami pulak bila sebelum tidur sembang sembang sembang.Last-last terlajak sampai pukul 4.Aduh hari-hari lagu ni boleh dapat penyakit 3 serangkai ni.

...Sekian...


Thursday 13 December 2012

Sesuatu yang menyeramkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gambar ni dirakam sekitar tahun 2010 menunjukkan kelibat wanita rambut panjang berbaju putih seolah-olah terapung(kaki tidak memijak tanah).Kata orang tempat ni dulunya sebuah penempatan orang Siam.Tak dapat dipastikan sama ada orang sekeliling sedar atau tidak kehadiran wanita tersebut

....Sekian....


Thursday 6 December 2012

Part 2 : Suatu ketika dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

* Keesokan harinya

Lia : lin,hang dengar dak sora orang duk keyau ?
Lin : haa dengaq ! takut noh
Lia : haa aku pon
Azam : adik tak dengaq apa pon
Lin : hang tu tidur mati,macam mana nak dengaq
Lia : mula-mula kak lia ingat Dina
Lin : la aku ingat hang kata Ina
Lia : aku sebut Dina la,tak kan Ina duk depan rumah kita kot

* Kemudian kami menyoal mak pulak

Lia : mak dengaq dak sora budak duk keyau ?
Mak : tak pun,hampa tiduq luar ka ?
Lin : haa,lepas "bunyi tu" kami terus tiduq dalam bilik
Abah : bunyi apa ?
Lia : bunyi orang gelak lepas tu reyau lak,abah dengaq dak ?
Abah : dak
Azam : adik tak dengaq apa pon
Lin : hang tu tiduq mati..dah haa

Semenjak kejadian tersebut,kami dah tak berani nak tidur kat ruang tamu time malam lagi.

....Sekian....

Sunday 2 December 2012

Part 1 : Saya rasa...saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada sesuatu yang nak diceritakan,kisah dia panjang sangat sampai kena buat part-part ni.Sebenarnya kan ...



...bersambung...