Tuesday, 3 April 2012

Kawan yang baik untuk orang yang baik


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasa rindu pulak zaman sekolah,tapi bukan rindu subjek ataupun guru-guru,tapi rindu dengan kawan-kawan yang menjadi menbuat aku senyum sampai ke telinga dengan gelagat diaorang.Dari tadika hingga form 5,aku menpunyai kawan yang berbeza-beza,kira lain tahun aku kawan dengan orang lain pulak hehe

Tadika (5&6 tahun)

Time ni aku kawan dengan sepupu aku ja,iaitu Ayu dan Ayin.Ni masa 5 tahun la.Pi tadika dengan balik semua dengan diaorang.Ayu dan Ayin ni adik-beradik,time tu Ayu 6 tahun manakala Ayin pulak 5 tahun.Ada suatu hari tu kan,cikgu ubah tempat duduk aku dengan budak sombong a.k.a gila la,tiba masa melukis kan,aku pun lukis la macam biasa,tiba-tiba budak-budak tu kata "wei tengok dia lukis,tak lawa kan,tengok kita lukissss,lawa kan" nak muntah aku dibuatnya.Nasib korang baik masa tu sebab aku tak pandai melawan,kalau aku pandai la kan,sah-sah mak korang terkejut bila tengok muka korang berubah selepas aku ubah hahaha(gelak jahat)

Masa umur 6 tahun pulak,Ayu dah masuk darjah 1,tinggal la aku dengan Ayin ja.Masa tu pulak cikgu ubah aku duk dengan budak yang agak nakal la jugak.Tiap-tiap masa dia nak tengok bawah meja aku,masa tu rasa nak sumbat ja kepala dia dalam meja,tapi tak boleh pulak sebab tangan aku rasa keras semacam ja.Lepas tu aku mengadu kat budak perempuan sebelah aku,dia pun bagitahu la cikgu yang budak laki tu selalu kacau aku.Jadi aku kena ubah tempat duduk lagi(ubah lagi kata aku).Apa yang kelakarnya masa tadika ni kan,suatu hari ada pertandingan mewarna burung kakak tua,kebetulan masa tu pulak calor pencil aku semua dah pendek-pendek,yang tinggal warna hitam dengan pink ja,jadi aku warnakan burung tu hitam dengan kepak di dia pink.Bila teringat balik nak guling-guling pun ada : D

burung kakak tak berapa tua =p

Tahun 1,2,3

Masa tahun 1 ni kira best la jugak,semua cikgu sayang sama kita.Biasa la kan,cikgu takut kita nangis nanti kalau asyik marah-marah.Ketika tu aku duk sebelah budak perempuan pendek ja,time cikgu suruh semua orang bangun,cikgu marah dia sebab dia tak bangun,bila cikgu datang dekat ja,terkejut cikgu sebab dia memang dah bangun pun.Pucat terus muka cikgu tu aku tengok hehe.

Darjah 2 pulak aku kena pi sekolah naik basikal,mulanya rasa best jugak sebab boleh naik basikal pergi jauh-jauh,selalu naik basikal pun ronda-ronda keliling rumah ja.Ada ketika masa dalam perjalanan nak pergi sekolah tu,aku terlangar tayar basikal sepupu aku lepas tu apa lagi,jatuh la.Sambil menangis aku salahkan dia sebab tak reti bawak basikal elok-elok,haha teruk kan : P

Bila tiba darjah 3 pulak aku start pakai tudung.Memang teruk betul la masa tu sebab aku mana tahu pakai tudung sekolah.Dah la dengan berlapis-lapis lagi,panas betul !! Ada masa tu aku geram dengan sorang budak tu yang suka kacau aku,tunggu apa lagi,terus aku ketuk kepala dia dengan buku tesk bahasa melayu yang tebal tu tanpa belas kesian.Lepas tu dia kejar aku sambil tarik tudung aku,terus tercabut tudung aku,dah la aku tak reti pakai,kemudian ada sorang budak tolong aku pakaikan tudung,tapi terbalik,ahh tak kisah la janji pakai =P.Masa bulan 8 kan,aku menang pertandingan mewarna bendera Malaysia.Masa pertanding tu berlangung,aku tengok ramai yang warna jauh lebih cantik dari aku,apasal diaorang tak menang ekk??hmm mungkin diaorang warna merah putih terbalik kot(mungkin).Bila nama dipanggil tu,terus aku pi kat cikgu yang sebut nama aku tu,sepatutnya aku pergi kat guru besar sebab dia la yang nak kasi hadiah,haha malu jugak la time tu,ambil hadiah pun dengan muka yang tunduk(maluuuu)

Tahun 4,5,6

Masa darjah 4 ni aku kena tukar sekolah sebab kami pindah duk rumah taman(rumah sekarang).Masa darjah 4 ni aku salah pilih kawan,dari aku dapat no 15 dalam kelas,terus ke no 34 bila kawan dengan dia.Kira aku kena kejutan budaya la.Almaklum la,masa tu mana pandai pilih kawan lagi.

Bila naik darjah 5 pulak,aku jadi pembuli(biar betul ni).Actually bukan buli ramai orang pun,buli sorang budak ja haha.Mula-mula tu rasa best la jugak,tapi kalau difikirkan balik,nak seronok sampai bila,last-last nanti mesti dapat balasan jugak.Jadi aku stop jadi pembuli dan aku start kawan dengan dia,peramah orangnya =)

Sampai darjah 6 aku still kawan dengan dia,tapi tak rapat sebab dia duk dengan orang lain.Jadi aku kawan dengan budak sekelas dengan aku masa darjah 4,tapi bukan budak bermasalah tu.Macam-macam aku dengan dia kongsi cerita.Bila kami bercerita,hilang fokus terus nak dengar apa yang cikgu cakap kat depan,nasib baik tak kena denda huhu

Tingkatan 1,2,3

Rasa berdebar-debar la jugak bila masuk sekolah menengah ni.Tengok kain dah lain warna,rasa macam tak best la.Bila tahu kedudukan kelas aku jadi seronok balik sebab aku duk dengan budak yang aku buli dulu.Dari form 1 sampai 3 kelas sama.Kalau boleh,rumah sukan pun kami nak sama.Ketika cikgu buat permilihan rumah sukan,cikgu pisahkan kami dengan aku duk barisan kanan dan dia pulak kiri.Sedang cikgu sibuk perhatikan orang lain,terus aku lari duk dengan dia.Jadi kami dalam satu rumah sukan yang sama,bestnyaaaa.

Masuk form 2 still sama kelas lagi cuma kurang rapat sikit sebab muncul orang ketiga.Ceritanya begini,masa masuk kelas tu,meja tepi dan tengah ada 3,kami 2 orang,jadi mesti tambah seorang lagi untuk penuhkan tempat duduk.Kebetulan ada sorang budak perempuan tawarkan diri nak duduk sebelah kami.Mulanya aku tak suka,tapi lama-lama best jugak ada banyak kawan.

Jejak saja kaki di tingkatan 3,tinggal kami berdua balik,lepas tu muncul 2 orang duduk sebelah kami.Salah seorang daripada mereka ialah kawan baik aku sekarang iaitu Nadia.Mula-mula malu jugak nak tegur dia,tapi aku cuba beranikan diri.Rupa-rupanya Nadia dulu tak la tinggal jauh mana,cuma Kulim ja,tapi cara dia cakap macam orang KL ja,mungkin sebab sebelah keluarga ayah dia kan dari Johor,tu yang ada pelat KL sikit tu...kot !?

Tingkatan 4,5

Bila masuk form 4 ni rasa sedih sikit sebab dah kena tukar kelas lain.Mulanya risau jugak persahabatan aku dengan dia akan retak,tapi akhir tak.Walaupun kami kelas yang berlainan,tapi kami tetap akan keluar bersama-sama.Rehat,pergi dan balik sekolah semua sama-sama.Kalau keluar rumah pun sama-sama jugak.Tapi kalau rumah sukan sama-sama lagi best.

Sedar tak sedar dah masuk form 5,jadi masa balik sekolah dah berubah sikit.Hari Ahad dan Isnin kami tak dapat balik sama-sama macam dulu sebab aku kena hadiri kelas tambahan.Sedangkan dia hanya ada kelas hari Selasa ja.Ni yang buat aku jealous sikit ni sebab dia boleh balik awal huhu

Jadi kesimpulannya,kalau kita baik,maka akan dapat la kawan yang baik.Tak perlu la mencari kawan yang sempurna,tetapi kita perlu jadi yang sempurna untuk dapat kawan yang sebegitu.
sedar tak sedar dah masuk bulan 4 dah

...Tamat...


No comments: