Friday, 28 December 2012

Diari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini adalah antara perkara mahupun kejadian yang berlaku sepanjang tahun 2012 kami =

 Januari

- mandi kat Sedim ( ni wajib )
- makan angin kat Cameron ( sukanya sukanya sukanya )




Februari
 

- ribut menlanda taman kami ( mak takut tapi kami tak )
- pi Sedim lagi
- bakar ayam goreng bersama-sama jiran ( makan makan )
- abah dapat hadiah cabutan bertuah
- hari lahir Azam






Mac

- balik kampung tengok tanah pusaka dicerobohi
- kenduri anak jiran
- ronda-ronda di Tasik Taiping ( pi pakai baju kurung tak best la )




 April 

- jalan-jalan di Pulau Pinang ( dapat makan pasembur,bestttt )


Mei
 

- ceramah perdana di sekolah
- bakar ayam di belakang rumah
- menonton perlawanan antara Kedah & Kelantan ( ni abah abg lan dan azam ja )
- dapat duit siling baru ( teruja beb )
- sudah pandai melukis Doremon ( sampai sekarang duk lukis Doremon ja )




Jun 

- Kehadiran Adam buat kali pertamanya ( ala tome tome sayang )
- pi kenduri Aqiqah bawa Adam

Julai 

- makan angin di Kelantan ( nak pi lagi,pleaseeee mak )
- balik kampung
- bawa Adam balik kampung 
- berbuka puasa di luar ( first time makan udang tempura )
- hari hari Mak,Lia,dan Lin




Ogos 

- sepupu terbabit dalam kemalangan pada malam raya ( alhamdulillah sekarang dia selamat )
- Hari Raya Aidilfitri ( dapat pakai jubah idaman )
- tengok bunga api ( takut kalau tengok dekat-dekat )



September

- mandi sedim ( mandi lagi..tak kecut badan ke ? )
- bawa Adam masuk Tesco ( dia nangis sebab .. )
- makan angin di Perlis ( wow yang ni lagi best )


 Oktober

- Hari Raya Aidiladha ( tak dapat tengok lembu disembelih )

November


- bakar sate ( daging lembu korban )
- Adam datang lagi ( mai la tiap-tiap hari )
- makan durian ( makan sampai demam )
- cuti sekolah bermula ( hore bagi azam dan lin )


Disember

- pergi kenduri (biasa la kan bulan 12 ni)
- jamuan makan akhir tahun
- dapat hadiah
- masuk kempen derma darah
- bulan paling banyak makan durian (makan je kerja tapi tak gemok-gemok pon)
- first time makan spaghetti ( boleh tahan la )

...Sekian...

Saturday, 22 December 2012

Nak pi ke tak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kelmarin dalam jam 4 petang aku telah satu mesej yang tertulis -

Mesej : assalamualiakum alyah,nak pi rombongan ke pulau langkawi dak ?

Namun aku tak balas mesej tersebut kerana sedang bermain dengan Adam yang comel,aku fikir nak balas malam nanti,tetapi apakah daya aku menpunyai daya ingatan yang sangat lemah dan akhir terabai la mesej tersebut.Keesokan harinya,aku menerima mesej yang sama,terus cepat-cepat aku balas

Aku : pi bila ?
Mesej : 8/9 ni
Aku : pi dengan sapa siti ?
Siti : pi dengan pak ngah kami,alyah nak pi dak ?
Aku : nak kena bayar berapa ?
Siti : RM 130 sorang,alyah nak pi dak ?
Aku : kami kena tanya abah kami dulu,tengok la hari isnin atau selasa kami bagitahu

Hari Ahad malam aku telah terima mesej dari Siti yang tertulis

Siti : alyah kena bagitahu cepat sebab takut bas penuh
Aku : kami tak dapat pi la Siti,tak pa nanti kami kirim duit beli coklat
Siti : ok,tak pa la
Aku : siti minta cuti berapa hari
Siti : sehari ja,hari sabtu

Hari Isnin pagi sebelum pergi kerja,mak tanya

Mak : hang nak pi ka pulau Langkawi tu
Aku : (macam mana mak boleh tau ni,mesti kak lin bagitahu la ni)
Mak : nak pi ka ?
Aku : tak tau lagi(tapi hakikatnya aku tau aku tak akan dapat pi)
Mak : tak payah pi la (kannn aku dah kata)
Aku : orang dah lama tak pi sana,last pi pun 2010
Mak : payah nanti,1 hari nak pi sana cukup ka,jam berapa nak pi?dengan ramai orang lagi,last-last nanti ronda kat Jeti Kuah ja,tengok la nanti kita pi lagi


Lepas tu aku diam ja,punah la harapan aku nak jalan-jalan dengan Siti kat sana.Aku dah siap berangan lagi kami tangkap gambar,shopping,dan naik carbe car bersama-sama,tapi apakah daya,aku hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.Aku percaya,ada hikmah disebalik semua ni.

Hari Selasa pagi di tempat kerja

Aku : Siti,nah duit untuk beli coklat(sambil menhulurkan RM 10),saja bagi awal-awal takut lupa
Siti : la tak pa,hampa bagi hari Jumaat nanti la
Aku : nanti Siti tak mai macam mana ?
Siti : jangan risau kami mai punya,hampa nak suruh kami beli coklat macam mana,nanti hampa tulis tau
Aku : ha ok ok

Kemudian aku ambil pen dan lukis,ya aku lukis.Aku lukis coklat yang macam locen dan coklat dalam balang pastu aku kasi kat Siti.Siti senyum aku pun senyum =D.Seminggu kemudiannya pulak,Siti belikan aku coklat locen,minyak gamat dan kacang jagus.Tapi aku cuma ambil coklat dulu sebab dah lama tak makan coklat dari Langkawi(tapi coklat sana sengan sini tak jauh bezanya pun).Apa pun,terima kasih Siti.

...Sekian...

Sunday, 16 December 2012

Bercerita sebelum tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam jam menunjukkan jam 1 am,biasanya time macam tu orang dah pakat-pakat tidur tapi kami ...


"Syamsul Yosof kalau buat filem mesti dia mati last-last noh" kata azam

"ya ka,dalam KL Gangster tu dia mati ka ?" tanya aku

"ha la,hang ingat dak masa dia nak bangun balik pastu terus Drogon tembak dia,Zizan pun nanti dalam KL Gangster 2 pun tak dak" balas Azam

"ehh dia ada la" aku mencelah

"mana ada,kan dia dah kena cucuk haritu" kata Azam

"cucuk! haha orang tikam la" mencelah lagi

"ahh sama la" balas Azam dengan muka merah

"hang tau dak,nanti yang nombor 2 punya mak Malik tak jual keropok dah,
dia jual piano pulak" kata aku

"hang tau mana ?" tanya Azam

"aku tau la,pastu nanti dia ada awek.." kemudiaan Azam mencelah

"hang tipu !" tegas Azam

"hehehe memang la,awat hang percaya ka?
haa yang mak dia jual piano tu pun hang caya jugak ka ?" tanya aku

"ya la,sampai kat dia ada awek tu mesti hang tipu" balas Azam

Pandai jugak dia ni,normal la kan sebab hari-hari tipu dia haha.Lepas dah boring aysik cerita pasal tu ja,kami tukar cerita lain pulak.

"kak Lia pernah naik atas rumah Chaq(pak long) dak ?" tanya Azam

"tak ,hang pernah ka ?" soal aku

"dak pun" balas Azam

"kan best kalau kita kawan dengan anak Chaq,boleh kita suruh dia ajak naik atas kan,
pastu ajak tangkap gambar,JOMMMM !" kata aku

"kalau naik atas boleh tengok sawah padi noh" balas Azam

" haa noh,mesti lawa tengok dari atas" kata aku

"dulu kan masa adik pi raya rumah Tok Cik tapi dia pi raya rumah orang lain pulak" kata Azam

"habis tu tak dak sapa ka ?"tanya aku

"ada orang laki " balas Azam

"anak dia kot tu,kan dia ada anak laki" kata aku

"pi kalau bagi air sejuk tak pa la jugak,ni bagi air teh panas,pedih lidah nak minum" kata Azam

"hahaha dia buat air panas,mesti hampa minum tak habis kan" tanya aku

" ha la,adik dengan Iman minum sikit ja,orang buat la air sejuk,dah la kami ni mai jauh-jauh" adu Azam

"biasa la orang laki,dia pun mana nak tau ada budak-budak nak mai mengejut macam hampa ni" balas aku

"dulu masa kak Lia kecil-kecil suka pi raya rumah aunty sebab ada kek,sedappp" kata aku

"adik pun suka pi jugak,haritu aunty ada buat kek kecil-kecil,adik dengan Iman buh
dalam poket baju hehe" kata Azam sambil ketawa

"tu dia hampa,tamak betul noh,kak Lia dulu pi petang-petang,kek pun dah tak banyak" kata aku

"kak Lia nak tau dak,dulu masa adik pi rumah aunty kan,ada orang Indon tu kan dia nak basuh tangan
kat tangga hahaha,pastu aunty pi basuh kat singki,lawak hang nak tau dak" kata Azam

"depa tak tau nak buat macam mana" balas aku

"yang tu pun boleh tak tau,lawak-lawak(cakap besar bukan main lagi dia ni)" kata Azam

"oiiit Azam,aku nak tanya hang ni,tapi hang kena jawab jujur noh" kata aku

"apa dia " soal Azam

"betul ka dulu hang pernah koyak kad tikam pastu hang buh gam balik ?" tanya aku

"(ketawa) haa,aku buka semua,Lin kata kad tikam ada lagi 200 lebih,tapi adik tengok adik koyak sikit ja,pastu adik takut adik buh gam balik,bijak dak?" kata Azam

"bijak bijak...bijak buat kerja jahat ada la" balas aku

"kad yang ada duit adik letak belah atas,yang kad kosong adik letak bawah" kata Azam

"oowwhhh patut la kad aku semua kata 'TERIMA KASIH' noh,hang pulak berpuluh-puluh duit dapat" balas aku

"(ketawa) padan muka hang" kata Azam

Sembang punya sembang jam menunjukkan 3.15 am,mata dah mengantuk tapi mat Azam ni asyik duk ajak
sembang sampai tak sedar esok nak kena bangun awal.Ahkirnya keesokan hari aku TERlewat bangun,apa anak dara bangun lewat-lewat ni kan.Boleh dia bangun tak kejut aku,teruk betul punya adik.Sekarang ni dah
jadi tradisi kami pulak bila sebelum tidur sembang sembang sembang.Last-last terlajak sampai pukul 4.Aduh hari-hari lagu ni boleh dapat penyakit 3 serangkai ni.

...Sekian...


Thursday, 13 December 2012

Sesuatu yang menyeramkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gambar ni dirakam sekitar tahun 2010 menunjukkan kelibat wanita rambut panjang berbaju putih seolah-olah terapung(kaki tidak memijak tanah).Kata orang tempat ni dulunya sebuah penempatan orang Siam.Tak dapat dipastikan sama ada orang sekeliling sedar atau tidak kehadiran wanita tersebut

....Sekian....


Thursday, 6 December 2012

Part 2 : Suatu ketika dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

* Keesokan harinya

Lia : lin,hang dengar dak sora orang duk keyau ?
Lin : haa dengaq ! takut noh
Lia : haa aku pon
Azam : adik tak dengaq apa pon
Lin : hang tu tidur mati,macam mana nak dengaq
Lia : mula-mula kak lia ingat Dina
Lin : la aku ingat hang kata Ina
Lia : aku sebut Dina la,tak kan Ina duk depan rumah kita kot

* Kemudian kami menyoal mak pulak

Lia : mak dengaq dak sora budak duk keyau ?
Mak : tak pun,hampa tiduq luar ka ?
Lin : haa,lepas "bunyi tu" kami terus tiduq dalam bilik
Abah : bunyi apa ?
Lia : bunyi orang gelak lepas tu reyau lak,abah dengaq dak ?
Abah : dak
Azam : adik tak dengaq apa pon
Lin : hang tu tiduq mati..dah haa

Semenjak kejadian tersebut,kami dah tak berani nak tidur kat ruang tamu time malam lagi.

....Sekian....

Sunday, 2 December 2012

Part 1 : Saya rasa...saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada sesuatu yang nak diceritakan,kisah dia panjang sangat sampai kena buat part-part ni.Sebenarnya kan ...



...bersambung...

Tuesday, 27 November 2012

Jerawat ! ohh no

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa hari lepas..

Kawan 1 : comel dagu,rasa macam nak cubit-cubit ja
Kawan 2 : ya noh
Saya : tak dak ehh,biasa ja
Kawan 1 : cer tengok muka dia,walaupun tak pakai make up tetap comel
Kawan 2 : kalau pakai nanti mesti lagi comel
Saya : (muka jadi merah) tak dak la
Kawan 1 : awat tak pakai make up ?
Saya : tak mau, nanti jerawat
Kawan 1 : ohh..kulit sensitif ka ?
Saya : dak,tapi kalau hari-hari mai kerja pakai make up nanti mesti ada jerawat,kalau nak pi jalan-jalan baru pakai
Kawan 2 : ohh, betul jugak noh

Mana ada perempuan suka jerawat kan ? Ada beberapa sebab jerawat ni muncul (hasil pengalaman sendiri)

1- suka kat seseorang
2- meningkat ke alam remaja
3- kulit berminyak
4- mengata kat orang ,CONTOH " haha hang ada jerawat,padan muka"



And now...aku dah bersih dari jerawat.Kalau naik pun pasal aku kata kat Lin.Nasib baik tak tinggal bekas noh,hari tu ada kawan tu muka dia berjerawat,then lepas tu ada tompok hitam.Mungkin ikut jenis kulit jugak kot,ada yang tinggal kesan ada yang tak.

Ada ka orang yang macam ni ?

...Sekian...


Wednesday, 21 November 2012

Part 1 : Suatu ketika dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sehari sebelum bertolak ke Cameron,kami 3 orang adik-beradik mengambil keputusan untuk tidur kat luar(ruang tamu).Tujuan kami sebab kalau tidur luar senang bangun esok pagi.

Lia : kita tiduq luar malam ni nak dak ?
Azam & Lin : JOMMMM !

* Bila tiba waktu malam

Azam : adik nak tiduq tengah
Lin : hari tu hang dah tiduq tengah dah
Azam : tu dulu
Lia : bising la hampa ni ! tiduq ahh

* Bila tiba waktu tengah malam

Azam,Lin & Lia : krooo krooo krooooo
(tiba-tiba ada muncul suara budak-budak ketawa)
Lia : Dina ka tu ?
Lin : ya kot
(dalam hati dup dap dup dap,kemudian selang berapa minit muncul tangisan budak-budak pulak)

Lin : jom la tiduq dalam bilik ?
Lia : haa jom jom

* Justeru kami mengambil keputusan tidur dalam bilik sebab ___

...bersambung...

Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulang Chorus

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Ulang Chorus 2X

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

* lirik lagu Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH DARI ALYN,LEEYA, DAN KELUARGA

Thursday, 8 November 2012

Macam tasik tuuu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aidiladha baru-baru kami satu keluarga balik kampung Sg.Petani,azam pun ajak pi belakang rumah...Tiba-tiba !!!




























































Best kan ?
alangkah indahnya kalau aku pakai baju biasa time tu..

...Sekian...

Sunday, 7 October 2012

Loghat Kedah

Assalamualaikum . 

amboii aiihh , dah lama alyn tak update blog kn ? biase lah , busy sikit *tipu-tipu . haha
erm , korang nk belajar loghat kedah tak ? alyn pon tak berapa tau sangat pasal loghat kedah nie . 
stay dan lahir je dekat kedah . tapi tak berapa tau sangat . hee ^^v . 

hampa nak belajaq tak ? mai sini kami nak ajaq hampa *walaupun nampak kasar bila bercakap di negeri lain , tapi bagi oqang kedah . ini perkara biasa :)

dahaga air - lapaq ayaq
basikal - gerek
yang - hat
kicap - toyu
pukul - tibai
macam ni - lagu ni
sawah - bendang
megah - cekwi
bosan - cemuih
sebentar tadi - tat sat
jauh sangat - nalanya jaoh
kelam kabut - kalut
merajuk - menyebai
buang - tauk
lempar - hawin / lempaq
sarapan - menyorok
hulur - sua
tukul - merton
pujuk - kecek
lapar - buloq
hebat - sakan 

selamat belajaq loghat kedah :)

Sunday, 15 July 2012

Jambatan Terpanjang di ????

perhh !! panjang gilerr jambatan nie . tak percaya ke ? 
try lah tgk dekat bawah nie :)
*sape-2 yang ada penyakit lemah jantung , darah tinggi tu ? 
alyyn harap korang tak tengok ye :)
.
.
.
.
.
.
.
.



aku minta maaf , aku minta maaf !! hehe

Sunday, 8 July 2012

Bulan Ramadhan dah nk datang !!

hyee semua .
dh lama alyyn and leeya tak update blog kn ? erm , kitaorang bz , so takda masa sangat nk update nie . hee . sekarang dah bulan syaaban kn ? wahh , bestnyee . tak lama lg , kita semua nk pose . yeahhh !! tu lah benda yang paling kita suka kn , kn . hee . sebelom nk sambot Ramadhan nie , pose tahun lepas korang ganti tak lg ? haa , cepat ngaku !! hahaha . lepas habis puasa kita raya !!! hehe , awal betol cik alyyn nie pikir pasal raya kn ? hehee . korang semua dah beli baju raya ke ? warna apa ? kalau dah beli tu , share-share lah warna dengan alyyn , alyyn baru je beli sepasang . huhu :') akak leeya dah ada 2 baju raya taw . 1 jubah dan 1 lg  baju kurung moden , dua-dua baju dia warna hijau dan baju akk leeya sama warna dengan azam . alyyn sorang je tak sama . sedih lg . huhu :') takpe lah , alyyn nk sambong buat keje alyyn . nanti alyyn citer lagi ye . byee :)

Wednesday, 23 May 2012

Pengaruh Televisyen

 Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Lukisan 1



Lukisan 2


Lukisan 3


Seperti kebiasaan,lepas habis ja cerita Doremon,aku(leya),alyn dan azam mempamerkan bakat lukisan masing-masing.Serius lukisan no.2 memang kelakar kan =D

...Tamat...

Tuesday, 8 May 2012

Misteri hadiah Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Actually tahun ni aku tak bercadang pun nak belikan apa-apa untuk mak aku,tapi bila kat tempat kerja sambil sembang-sembang...

Kak Siti : Lia beli apa kat mak lia hari ibu ni ?
Aku : tak beli apa pun,kak siti beli apa pulak ?
Kak Siti : tak tau lagi la..ingat nak beli tudung kat luar nanti.
Aku : (sambil teringat yang dalam poket ada RM20) ok jugak noh,kami nak beli tudung jugak la...

Dalam hati aku berbunga-bunga nak beli tudung calour apa nanti,bila teringat balik tudung kat rumah,semua calour ada..MERAH,HIJAU,HITAM,BIRU,UNGU..semua ada..

Kemudian time rehat aku try la pergi tengok tudung-tudung yang diaorang jual,tiba-tiba jadi ramai pulak orang berebut nak beli tudung.Berapa minit lepas tu aku jadi malas pulak nak tengok tudung sebab kena berebut-rebut pulak,jadi aku terus ke tempat yang jual baju.

Sedang aku tengok-tengok baju,mata aku terus terpandang baju tu cantik sangat,sesuai dengan mak aku.Baju dia ada 3 jenis butang tapi warna sama iaitu hitam.Aku dah jadi berkenan kat baju tu terus pergi tanya jurujual

Aku : Kak ni dia punya butang macam ni ka ?
Jurujual : HA!!!!!(haaa terkeluar suara jantan dia)
Aku : berapa ni ekk ?
Jurujual : yang ni RM25,tapi boleh bagi kurang 23 ringgit

Lepas dia kata macam tu,aku rasa nak beli terus,tapi fikir-fikir balik duit aku ada berapa haa..lepas tu aku terus pergi tandas kira duit....TIBA-TIBA ......duit aku tak cukup RM1,aduh! mana nak pi cari lagi seringgit ni ??? : /

Then aku pi kat jurujual tu balik dan cakap...

Aku : kak kalau bagi RM22 saya boleh ambil la,kalau RM23 tak boleh(kasi dia serba salah sikit)
Jurujual : (ketawa kecil) ala tak boleh la adik,harga tetap dia RM25,boleh bagi sampai RM23 ja
Aku : (aku pulak yang serba salah) hmmm tak pa la

Dengan berbekalan muka sedih,aku terus cari baju lain pulak,banyak jugak baju yang cantik-cantik,tapi dalam hati aku tetap kata baju tadi lagi cantik.Bila dah bosan pilih-pilih baju,aku terus pi tengok tudung balik.Tudung yang awal-awal tadi aku nampak cantik terus dah tak cantik.Remuk hati aku time tu :'(

Selepas tu,aku masuk la balik buat kerja dengan hati yang lara.Memang aku tak boleh buat kerja time tu,asyik duk teringat kat baju tu ja sebab takut kalau-kalau ada orang beli nanti.Berapa minit kemudian,kawan-kawan yang lain pun masuk then diaorang tanya aku

Lela : beli apa masa kat luar tadi ?
Aku : tak beli apa pun cuma tengok-tengok ja
Lela : tak ada yang berkenan ka ?
Aku : ada baju tu tapi depa tak boleh bagi kurang(buat muka sedih)
Lela : berapa harga dia ?
Aku : RM23 ja
Lela : la awat tak ambil ja
Aku : (segan nak kasi tahu) hmm duit kami ada RM22 ja,mana cukup
Lela : la awat tak pinjam duit Lela ja
Aku : hmm tengok la masa balik nanti(segan nak pinjam duit dia sebab aku dengan dia tak berapa rapat)

Lepas pada tu,aku sambung buat kerja balik sambil sembang-sembang dengan Kak Siti

Aku : kak siti ada seringgit tak ?
Kak Siti : ada..napa ?
Aku : dak tadi kami nak beli baju,duit tak cukup,tu yang kami minta kat kat siti ni,esok kami ganti balik ekk
Kak Siti : owh..awat tak hutang ja ?
Aku : tak mau la hutang-hutang,kami bukan nya selalu keluar pun
Kak Siti : awat tak ambil tadi cakap yang masa balik bayar la balik
Aku : kami takut sebab nanti tak ada duit macam mana ?
Kak Siti : ada kak siti boleh bagi

Lepas kak Siti kata nak bagi duit,aku rasa lega sikit sebab hajat aku kesampaian.Tak segan pulak pinjam kat kak Siti ni sebab aku memang rapat dengan dia berbanding yang lain.Tak sabar la nak tunggu time balik ni !!!

Berapa jam kemudian,ahkirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba jua.Aku pi kat tempat jual baju tu balik dengan baju tu dah tinggal 2,tengah belek-belek tengok yang mana lagi sesuai sambil diperhatikan jurujual yang sama,aku terus cakap "jadi la kak ambil baju ni",dia terus ketawa manis.Finally aku dapat jugak baju tu : )

Masa petang aku tengok mak aku tak ada dalam rumah,kesempatan buat aku ambil baju mak yang ada bandingkan dengan yang aku beli takut-takut nanti saiz kecil pulak kat susah tu,selepas pastikan ianya sama saiz,aku terus ambil kotak dan balut.Mulanya aku nak kasi time dalam jam 8 atau 9,tapi fikir-fikir balik tu cara lama-lama dulu aku pernah buat.Last-last aku buat keputusan nak kasi time mak aku masuk bilik nak tidur.Dalam jam 10.30 pm mak aku still kat luar sembang-sembang dengan jiran,kesempatan aku ambil letak hadiah atas katil."Hadiah apa ni" kata abah yang terkejut,"hadiah kat mak"balas aku.

Dalam jam berapa tak ingat mak aku masuk bilik,aku try curi-curi dengan perbualan mak dan abah

Mak : hadiah apa ni ?
Abah : tak tau la lia bagi tadi
(lepas tu aku dah tak berapa dengar sebab bunyi kipas menganggu,aku keluar bilik curi-curi dengar depan pintu bilik abah mak)
Mak : hmm lawa la(sembil dengar bunyi kertas pembatul)
Abah : hadiah apa ?
Mak : hadiah hari ibu la

Happy sangat sebab mak suka baju tu ^___^

Kesimpulannya...MISTERI ko ???

...Tamat...

Monday, 7 May 2012

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

pic from google

...SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK TERSAYANG...

Sunday, 6 May 2012

Ikan kecil lagi COMEL ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Haa hari ni kami nak share pasal haiwan perliharan kami iaitu Ikan Guppy.Dulu masa nak start bela ni susah sikit sebab tak banyak tahu pasal ikan ni.Yang susah bukan apanya,bila masukan ikan dalam balang ja,esok harinya dah hilang...hairan kan,ni semua pasal kerja cicak la ni duk pancing ikan ni..Tapi sekarang dah lain,dah banyak ikan yang kami ternak.Masakan tidak sampai jiran-jiran pun minta ikan dari kami =)






Comel kan ??di samping tu jugak,kami turut sedikan pohon-pohon kecik untuk dijadikan taman permainan



Ok seterusnya kita menuju ke anak ikan pulak.Kalau tengok dari jauh nampak macam jentik-jentik pun ada jugak.


Dan akhir sekali,ikan yang very very very dan sangat cantik bagi aku la..hehe


cantik tak ???

...Tamat...

Wednesday, 25 April 2012

Hari Keusahawanan SMK SUNGAI KOB 2012

heyy korang semua :)
pada 21/04/2012 masa tu hari sabtu dan hari keusahawanan sekolah , ala macam hari kantin tu :) . kalau tidak sekolah alyn nk buad masa 14/4 hari tu lagi , tapi macam mana entah , cikgu tangguhkan kepada 21/4 . so , aku kena lah ikot cakap cikgu :) * budak baik kn ? haha

masa hari keusahawanan tu , aku dok dengan kawan-kawan aku ja , tak banyak sangat makanan yang aku beli , sebab makanan pada tahun nie tak menarik sangat macam tahun lepas :)
bila dah duduk dengan kawan-kawan tu . kerja kitaorang apa lagi , kalau bukan tangkap gambar . haha . kawan-kawan aku tu --> Unna n Fyra  , yang laen tak dapat di kesan . haha . maybe diorang masok aktiviti kot , sebab tu aku tak taw depa dok mn . hee :)

AKTIVITI YANG DIADAKAN PADA HARI KEUSAHAWANAN :
1. TARIAN SENAM SENI 1 MALAYSIA (penarinye budak sekolah sg kob jugak)
2.JUALAN (hanya boleh beli dengan menggunakan kupon)
3.RUMAH HANTU
4.MOTOSIKAL/BASIKAL BERHIAS
5.PAMERAN BUKU
6.DAN LAIN2 AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN

ini lah pic aku n kawan-kawan masa hari keusahawanan sekolah :) 






dalam banyak aktiviti dekat atas tu , 1 pon aku tak masok . nak enjoy lah katakan . hee
okeyy sampai sini je aku update blog , nanti aku update lagi yee . k byee :)

Monday, 23 April 2012

Bakat Melukis

Assalamualaikum dan salam sejahtera : )


Bila bawa balik belon comel-comel ja,lepas tu dah bosan duk main lambung-lambung,apa lagi !!!time untuk lukis-lukis la...terus hilang bosan bila tengok lukisan hang lukisan aku huhuhu =p

Gambar 1 : Dara
Gambar 2 : Teruna
Gambar 3 : Sudah berkahwin
Gambar 4 : Sudah memiliki anak(tapi sayangnya anak mereka rabun)

kesimpulannya..saya ada bakat melukis ka ??

...Tamat...