Hari ini,waktu ini teringat masa cuti-cuti Malaysia dengan family awal tahun dulu kat Cameron Highland..rasa macam nak pi sekali lagi ja..huhu,biasa dengar orang pi bercuti lama-lama..tapi kita orang pi sat ja sebab masing-masing dapat cuti sikit...hoho
Kita semua bertolak awal pagi,kalau tak silap jam 7 kot(awal kan kan),semua kat tak sabar-sabar nak pi sampai tak rasa mengantuk pun (excited terlebih la katakan ) ,lepas pastikan rumah semua berkunci,paip air tutup kejap,lampu dah tutup baru la boleh bertolak dengan aman tanpa ragu-ragu(cewah),kalau nak cerita jalan mana kami ikut susah pulak,banyak sangat sampai dah tak ingat dah =( ...
Tapi apa pun serius cakap la,masa dalam perjalanan nak pergi sana,rasa tenang ja tengok permandangan yang hijau dan redup ja,tak payah nak buka air cond,best sangat-sangatttt...dan akhirnya sampai jua,lebih kurang 4-5 jam jugak la,bila dah sampai apa lagi!!cari tempat berteduh la,agak susah nak cari yang selesa untuk kami sekeluarga ni,last-last tanya orang yang berniaga baju-baju,dia cakap pergi kat Homestay Kampung Taman Setia,alhamdullilah selamat dan selesa untuk kami sekeluarga , anyway kita orang ada sediakan gambar-gambar masa cuti-cuti hari tu..
* Homestay Kampung Taman Setia
Sampai ja situ,kita orang terus tangkap gambar,time tu belum lagi masuk rumah,al maklum la,teruja terlebih =p
Ni dari pemandangan luar rumah,rumah ni nak kata sempit tak sangat,nak kata luas pun tak jugak,kira sedang-sedang la,rumah ni ada 3 bilik,2 besar 1 kecil dan 1 bilik air,sesuai yang bagi yang berkeluarga tinggal kat sini..
* Sekitar Homestay Kampung Taman Setia
Lepas hujan,rasa lapaq la pulak,hmm nak makan strawberry ka nak makan jam tu(tahap lapar giler tuu) huhu..
Tertanya-tanya jugak kat mana tempat nak makan ni,jadi kitaorang pergi makan kat kat kat..kat mana ekk..alamak dah lupa la pulak!!tapi apa yang aku ingat kami semua makan kat ada kedai banyak-banyak tu..agaknya la,boleh tahan jugak la masakan kat sini,tapi masakan mak dengan abah mana boleh lawan,lepas habis ja makan,tiba masanya melawat ladang teh,tak sabar betul time tu..
*Ladang Teh Lipton
Tak lengkap perjalanan kita kalau tak singgah kat ladang teh ni,siapa yang rasa tak kuat semangat elok la jangan datang dekat-dekat sebab nanti rasa loya,macam mak..mak masa mula-mula datang ok ja,lepas tengok cerun ladang teh ni tajam betul,terus pening-pening kepala,kesian kan(hai kesian je)semua turun tengok teh dengan lebih dekat,mak ja yang tak(rugi kan) : (
*Ladang Lebah
Bila sampai ja ladang tebuan ni,mak terus muntah,mungkin sebab pening kepala tadi kot,mak bukan tahan bila duk tempat tinggi ni,mula-mula takut jugak datang sini sebab disedia maklum lebah serangga yang bahaya,tapi bila fikir balik,kalau kita tak kacau dia buat apa dia nak kacau kita kan,so kita enjoy!!(ish la melalut dah budak ni)hehe..so kita buat tak tau je la..

Nampak macam lalat ja kan lebah ni,tapi tu mungkin anak lebah kot..besar-besar betul bunga matahari kat sini,lebih kurang besar sama dengan muka kita ja..
Ni la tempat lebah-lebah ni simpan madu dia,lebah kat sini semua baik-baik sebab diaorang tak ganggu pun pengunjung kat sini atau mungkin mereka sudah dilatih(mungkin)
Alang-alang dah sampai sini ditambah pula dengan bunga-bunga yang cantik,wajib la diambil gambar untuk dijadikan kenangan..
Disamping tu strawberry pun ada ditanam di sini jugak,memang menarik la kat sini..dijamin!!
*Cameron Highlands Strawberry Farm
Dalam perjalanan nak pergi kutip strawberry,mak minta balik sebab mak mula rasa pening lagi,lepas tu abah pun beli la sikit makanan kat mak masa mak kat rumah,agar tak best sikit sebab mak tak dapat jalan-jalan kat sini,tapi tak pa sebab nanti kami bawa balik banyak strawberry kat mak ^_^...nak pi sini agak susah jugak la sebab ada kat atas bukit tinggi,kalau nak basikal sampai lusa pun belum tentu boleh sampai..lepas dapat tempat parking kereta,kami terus tengok sekitar tempat ni,memang cantik perhiasan kat sini..|
Alahai..comelnya anak kaktus ni,ingatkan kaktus dijual tempat-tempat yang panas,tapi tempat sejuk pun ada jugak,mungkin sebab kaktus ni cantik kot sebab tu ada dijual kat sini..
Rasa macam gunting pokok bunga ja abah ni..hehe..abah dengan abang pandai,pi kutip strawberry yang besar-besar kat belah tepi,kesian kat orang lain dapat kecil-kecil,huhu..
Dalam masa abah dan abang lan kutip strawberry,mat azam duk tengok depa,aku dan alyn mengambil peluang untuk ambil gambar kat sini,kejap kat pokok ni,kejap kat pokok sana,macam-macam ragam..
apa macam..cute tak ^.^ hehe
Lepas rasa letih tiba pula rasa lapar,asyik makan je tapi badan tak naik-naik pun : / pi kat abah tengok berapa banyak abah dengan abang lan dapat kutip,lepas kira-kira ada la lebih kurang 25 biji kot..kira ok la lagipun semua strawberry tu besar-besar..tak sabar nak makan!!!
Waktu malam kat sini memang sejuk sangat-sangat..mak,abah,abang lan,linlin dengan mat zam semua pakat-pakat duk pakai sweater depa,aku tengok orang-orang kat sini biasa ja,mungkin depa dah biasa dengan cuaca kat sini kot,malam-malam lagu ni kalau makan strawberry memang nikmat la,dengan cuaca sejuknya,strawberry yang manisnya,memang terbaikkkk la..
Keesokkan harinya kami semua dah kena balik,rasa macam "ala sat nya duduk kat sini",tapi tak apa,mungkin suatu hari nanti boleh datang lagi(tu pun kalau mak tak loya dengan jalan yang macam ular)sebelum tu,shopping la dulu,aku tak beli apa pun untuk diri aku selain strawberry,yang lain belikan untuk kawan-kawan Indon aku yang 'kepingin mau makan strawberrynya'..lepas tu apa lagi!!bertolak turun la..masa naik aku rasa ok ja,time nak turun mula la rasa pening dengan jalan sat "kona" sini sat "kona" sana..adoii aku dah dijangkiti virus mak ke??
Bila sampai sini rasa nyaman ja dengan udara kat sini,macam nak terjun kat sini,tapi abah kata singgah sat ja..alahai terpaksa la aku simpan hasrat aku tu : (
Jadi kemana destinasi kami seterusnya ???lain tak bukan iaitu ___
Dalam masa abah dan abang lan kutip strawberry,mat azam duk tengok depa,aku dan alyn mengambil peluang untuk ambil gambar kat sini,kejap kat pokok ni,kejap kat pokok sana,macam-macam ragam..
Lepas rasa letih tiba pula rasa lapar,asyik makan je tapi badan tak naik-naik pun : / pi kat abah tengok berapa banyak abah dengan abang lan dapat kutip,lepas kira-kira ada la lebih kurang 25 biji kot..kira ok la lagipun semua strawberry tu besar-besar..tak sabar nak makan!!!
Waktu malam kat sini memang sejuk sangat-sangat..mak,abah,abang lan,linlin dengan mat zam semua pakat-pakat duk pakai sweater depa,aku tengok orang-orang kat sini biasa ja,mungkin depa dah biasa dengan cuaca kat sini kot,malam-malam lagu ni kalau makan strawberry memang nikmat la,dengan cuaca sejuknya,strawberry yang manisnya,memang terbaikkkk la..
Keesokkan harinya kami semua dah kena balik,rasa macam "ala sat nya duduk kat sini",tapi tak apa,mungkin suatu hari nanti boleh datang lagi(tu pun kalau mak tak loya dengan jalan yang macam ular)sebelum tu,shopping la dulu,aku tak beli apa pun untuk diri aku selain strawberry,yang lain belikan untuk kawan-kawan Indon aku yang 'kepingin mau makan strawberrynya'..lepas tu apa lagi!!bertolak turun la..masa naik aku rasa ok ja,time nak turun mula la rasa pening dengan jalan sat "kona" sini sat "kona" sana..adoii aku dah dijangkiti virus mak ke??
*Air Terjun Lata Iskandar
Jadi kemana destinasi kami seterusnya ???lain tak bukan iaitu ___
KUALA LUMPUR !!! dah lama tak pi jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni..kalau tak silap aku la,last ronda-ronda kat sini pun masa aku form 1 tahun 2005 (lama jugak kan)
Mesti sakit leher bila ambil gambar dari dekat(agaknya la sebab bukan aku yang ambil gambar)..ni la first time aku pi KLCC ,sebelum ni tengok dari jauh ja,tapi kan tak best la dengan panasnya,ramai orang lagi,susah betul nak jalan-jalan : ( akhirnya masuk kejap lepas tu keluar balik,tak sampai pun 30 minit.Disini la aku mula sedar yang aku nak pi balik Cameron..sejuk sikit hehe
Antara model-model KLCC,amacam ada gaya tak B-)
Akhirnya tiba sama untuk balik rumah tercinta kat Kedah,perjalanan dari KL ke Kulim lebih kurang 6 jam kalau sat jalan sat berhenti kat R&R
Diam tak diam dah sampai Ipoh
Azam dari cermin belakang ketika berhenti mengejut di R&R
Makan abah jangan tak makan,al maklum la penat memandu dari rumah ke Cameron ke Kuala Lumpur ke Sungai Siput dan akhir sampai rumah(sesiapa pun mesti penat kan)
Muka-muka happy belaka (mak awat buat muka terkejut)
Waaa muka ada senyummm : p
Sampai disini sahaja percutian 2 hari 1 malam kami sekeluarga,hampir berminggu-minggu jugak la untuk aku siapkan entry ni walaupun perjalanan kami ke Cameron singkat saja..lepas ni nak pi bercuti kat mana pulak ekk ??? hmm apapun kalau ada rezeki tak kemana..Wassalam
* Kuala Lumpur
Akhirnya tiba sama untuk balik rumah tercinta kat Kedah,perjalanan dari KL ke Kulim lebih kurang 6 jam kalau sat jalan sat berhenti kat R&R
*R&R Sungai Siput
Sampai malam baru sampai sini,gambar ni diambil oleh abang lan,tanda "AWAS" pun dia nak tangkap,mungkin dia rasa menarik kot...Sampai disini sahaja percutian 2 hari 1 malam kami sekeluarga,hampir berminggu-minggu jugak la untuk aku siapkan entry ni walaupun perjalanan kami ke Cameron singkat saja..lepas ni nak pi bercuti kat mana pulak ekk ??? hmm apapun kalau ada rezeki tak kemana..Wassalam
2 comments:
nice story.
thank you..
Post a Comment