Sunday, 30 June 2013

Bahagian 2 : Kisah Kerja-Kelalaian-Penipuan-Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

> 3 minit sebelum pukul 3 pm <

Boss : dah dah !!! (memandang Yatmi) kamu pi buat kerja kamu,biar saya yang buat ni
Aku : haa ok ok (fuhhh lega)

Lepas tu aku cepat-cepat kemas apa yang patut,ambil beg dan terus keluar.Time tu aku jalan memang laju sebab takut-takut boss panggil balik nanti.haha

Bila dah jalan laju ni of course la penat kan ? dah tu bila naik ja bas,aku terus terlelap(tidur).Tiba-tiba tanpa aku sedar rupa-rupa rumah aku dah terlepas.Nasib baik aku dan (sempat) terjaga masa bas berhenti lama.Bila aku terjaga ja dari tidur,apa lagi kelam kabut la dibuatnya.Sampaikan pemandu bas dan orang dalam bas pun ketawakan aku.Aduh ! malu gila masa tu.Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku time tu.Rasa macam nak nak nak...arrhhh !!! kira malu la time tu.Nasib baik tak terlepas jauh,kalau tak alamatnya patah kaki la aku.huhu.Lepas satu,satu masalah datang.Tapi tak pa,aku tak marah.Kan semua masalah tu ujian dan dugaan untuk menguji keimanan kita.Alhamdullilah : )

Bila sampai ja rumah,mak terus tanya -

Mak : hang balik ikot jalan mana ?
Aku : jalan lain (dengan muka tak nak tengok mak)

Haa lupa pulak nak kasi tahu,aku belum bagitahu sapa-sapa lagi yang esok aku cuti.Nak kasi surprise sikit...


Jeng Jeng Jeng ....
: D




...bersambung...

Sunday, 16 June 2013

Hang putus cinta ka ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tarikh : 22.05.2013
Jam : 11.30 am
Lokasi : rumah

Lia(aku) : Lin hang download la Amy Mastura
Lin : lagu apa ?
Lia : lagu ni (sambil cari kat youtube) haa lagu ni lagu ni !

Kemudian Lin klik lagu "Amy Mastura tapi itu dulu lirik".Lepas dah buka,kami pun nanyi sama-sama sambil baca lirik yang tertera.

Selepas lagu tu abis..

Lia : Lin lepas ni download lagu Katy Perry pulak
Lin : (terus menaip nama Katy Perry kat youtube)
Lia : ehh sat sat,bukan Katy Perry,aku nak Taylor Swift
Lin : tadi cakap Katy Perry !
Lia : (malu) aku selalu sebut Taylor Swift tu Katy Perry hehe
Lin : tajuk apa ?

Lia : "we are never ever getting back together" nak yang ni  nak yang ni (gedik gedik)

Justeru Lin pun klik lagu " Taylor Swift we are never ever getting back together lirik".Kami pun sekali lagi nanyi sama-sama.Tiba-tiba Lin tanya -

Lin : hang macam baru putus cinta ja
Lia : hah !?
Lin : dak la lirik lagu yang hang minta ni macam orang putus cinta ja
Lia : dak ekk..aku suka lagu tu bukan sebab lirik dia tapi muzik dia
Lin : (terdiam)
Lia : dah la  cepat download !


bunga ros diluar pagar


...sekian...

Monday, 10 June 2013

Hari Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Macam tahun yang lepas-lepas,Lia bagi hadiah kat mak pada hari Ibu dan hadiah kat abah pada hari Bapa.tapi tahun ni Lia buat berbeda sikit...Sikit macam mana tu ??

Macam ni ...

Kalau bagi hadiah kat mak pada hari Ibu
comform abah akan tahu yang
beliau akan dapat hadiah pada hari Bapa pulak
so tahun ni Lia nak buat suprise sikit

Lia akan bagi hadiah kat mak dan abah sebelum hari Ibu


SERENTAK !


Macam-macam plan yang Lia dan Lin rancang nak beli hadiah untuk abah.Untuk MAK ? untuk mak dah beli siap-siap dah masa bulan 3 hari tu.Cerita dia macam ni...

Masa bulan 3 yang lalu,Siti ajak Lia keluar rehat beli kain buat baju kat mak Ngah.Lia pada mulanya agak keberatan sikit nak keluar sebab malas dengan sesatnya orang kat luar.Tu yang Lia tak nak keluar.Tapi bila tengok Siti merayu teruk sangat.Terlembut jugak hati ni.Jadi Lia pun keluar la.Pada asalnya nak temankan Siti ja,tapi baju yang mak Ngah jual cantik-cantik belaka.Akhirnya terambil jugak.Mulanya boleh tahan lagi tak nak ambil,sebab nak taruh duit untuk raya.Tapi lepas dipujuk rayu oleh Siti.Terbeli la jugak.Mulanya jugak beli untuk diri sendiri.Tapi bila difikirkan balik baik bagi kat mak sebab mak selalu beli baju raya untuk Lia.Apa la salahnya tahun ni giliran Lia pulak beli kat mak.hehe




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ok tu cerita pasal hadiah mak
yang ni pulak cerita pasal hadiah abah pulak

Lia rasa nak beli barang perempuan lagi senang daripada lelaki
sebab barangan lelaki tak berapa
banyak kat pasaran

Ceritnya bergini -

Mula-mula Lia ajak abang Lan bawa kami (Lia dan Lin) pergi ronda-ronda kat Kulim nak beli baju.Kebetulan pulak Lin dan Azam nak beli buku dan abang Lan pulak nak joging kat Tasik Mengkuang.Kira semua ada perkara yang nak dilakukan dalam satu masa.Awalnya kami ke kedai baju kat Kulim.Tapi tak ada baju yang sesuai.Lepas tu Lin cadangkan beli baju kat Giant sebab kat sana macam-macam baju ada.Apa lagi kami pun terus ke sana.

Dalam masa Lia duk cari baju,Abang Lan,Azam dan Lin pi beli buku.Memang la Lin cakap macam-macam baju ada,tapi tengok la sama harga dia.Mahal betul.Padan la kan depa nak bayar sewa kedai pun mahal,baju pun mesti la mahal.Lia cancel plan nak beli baju kat situ,lalu Lia join depa cari buku.

Depa kalau shopping bukan main lama lagi.Buku dah ada kat tangan tapi tak abis-abis nak ronda keliling kedai.Kalau beli banyak tak apa la jugak.Ni tak,2-3 buka ja diaorang beli tapi makan masa kat setengah jam.Lepas abis semua tu,kami terus ke Tasik Mengkuang untuk joging dan tangkap gambar.


Makan masa jugak la kami tak sana.Memang tak senang duduk Lia kat sana sebab duk terfikir nak beli baju kat mana ni.Last-last Lia ajak abang Lan pi Lunas.Akhirnya Lia berjaya jugak beli baju kat abah.Lia harap abah suka hehe.




* Keesokkan harinya

Dalam masa nak bagi hadiah kat mak abah,terketar-ketar kaki Lia dibuatnya sebab ni kali pertama Lia kasi hadiah serentak dan bagi depan-depan.Kalau dulu time mak nak tidur time tu la Lia bagi hadiah.Alasannya sebab takut menangis.Apa yang kelakarnya pada malam tu ialah baju yang Lin pilih untuk abah tak padan,last-last baju tu dapat kat mat Azam.Nasib baik baju yang Lia pilih padan dengan abah.Sukanya aku !

Selamat Hari Ibu dan Bapa
Kasih Ibu menbawa ke syurga
Kasih Bapa buat selama-lamanya





...sekian...

Monday, 3 June 2013

Post kilat !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah kan dengar pasal derma kilat
iaitu ada orang kutip derma
secara mengejut

secara jujurnya aku nak kasi tahu
yang aku tak reti nak taip kali niii !
selalu kalau nak update blog
pakai laptop
kali ni pulak guna computer abang lan

Nak tahu tak ?

sekarang ni kamiiii
ya kami !
(alyn dan leeya)
dah tak update blog guna laptop dah
kitaorang guna computer pulak
sebabnyeeee

mat azam kasi ROSAK

(dah gaya macam tulis sajak dah aku tengok)



untuk pengetahuan anda
la aku dengan abah ja duk kat rumah
yang lain (mak,abang lan,alin,azam)
semua keluar
pi tangkap gambar katanya la
depa ada ajak
tapi aku tolak

aku bukan apa la ni
aku la macam malas nak keluar rumah
kalau aku ikut depa tadi
sure aku akan lambat punya
ia la  nak mandi lagi,mekap lagi
pakai tudung belit-belit lagi
sure akan lambat punya

untuk mengelakkan diri dari kena marah
baik aku tak payah pi
mungkin orang akan kata
"hang ni tolak rezeki betul noh"
tapi nak buat macam mana
kalau aku kena marah satgi
mesti akan merajuk punya la
tambah-tambah lagi kena marah dengan orang yang aku sayang
sure aku akan merajuk lama
sampaikan siti pun cakap
"hang ni kuat merajuk jugak noh"

Nak tahu lagi tak?

kat tempat kerja pun aku selalu kena marah
tapi aku tak merajuk pun
malah senyum lagi ada la
mungkin aku tak berapa sayang diaorang kot
hahaha



...sekian...