Ada banyak kejadian yang berlaku dalam hidup aku,kalau nak cerita satu persatu memang sampai tahun sekali lagi pun tak abis kan,so aku nak ceritakan kejadian yang belaku time nak ambil ujian,masa ujian atau dah abis ujian.Tak la banyak sangat aku ingat,tapi aku akan berusaha akan ingat balik(tapi time periksa tak berusaha kuat macam ni pun)
Siapa yang tak takut masa nak ambil ujian kan,aku tak pernah dengar ada orang cakap "weh tak sabar-sabar nak masuk dewan perperiksaan ni" ataupun "bestkan dah nak dekat periksa ni",mungkin ada orang pernah dengar(mungkin),tapi yang jelas aku tak pernah dengar.
Aku masih ingat lagi time nak ambil UPSR dulu,masa tu rasa pelik sebab kalau periksa mesti awal-awal masuk kelas,ni tak mai-mai ja terus cikgu suruh masuk dewan(biasa la masa tu kanak-kanak oren lagi,,ehh bukan ribena ka),masa tu aku mula rasa takut sikit,"harap-harap la periksa ni dibatalkan"tu la kata-kata yang aku ingat sebelum masuk bilik periksa,tak best duk bilik periksa tu sebab 2 orang perempuan ja termasuk aku,segan la aku,tak tau nak sembang dengan sapa(time tu sebelum periksa,mana ada time ujian penting boleh sembang kan)
Ok kita tinggal sudah UPSR,ni aku nak cerita masa time tingkatan 2 pulak,masa tu aku telah terlibat dalam kemalangan.Nak kata teruk tu tak sangat tapi entah la(ehh macam mana tu),apa yang aku ingat masa tu nak lintas jalan besar tu,aku dah tengok kiri kanan kiri,lepas tu lintas,masa tu ada motor tapi aku rasa motor tu jauh lagi lepas lintas TIBA-TIBA aku jatuh,lepas tu aku kata dalam hati "aku dah accident",motor tu brek mengejut sampai terbalik lepas tu langgar tayar besikal aku, aku sempat tengok motor tu berdeser dengan jalan lepas tu keluar percikan api,nasib baik tak terbakar,anak jiran aku sampai terkejut tengok aku accident ni,dia lagi takut dari aku pulak,aku bangun tengok-tengok baju sekolah aku terkoyak teruk tapi aku cepat tutup dengan tangan,kalau mak aku tahu mampus!!!masa tu ada la pak cik tu tanya aku cedera ka?aku jawab cedera sikit ja,masa tu pun aku tak tau cedera sikit ka banyak,tapi kalau boleh bangun tu kira sikit la kan.Apa pun aku ajak anak jiran aku tu pi sekolah jugak sebab ada ujian,dia pun terkejut sebab dalam keadan macam ni pun nak pi sekolah jugak,tapi kan kalau masa tu tak ada periksa pun memang aku nak pi sekolah jugak sebab aku tak suka ponteng-ponteng ni.
Sekali lagi kita tinggalkan episod tu,ni aku nak cerita masa meniru pulak,tapi bukan aku ok,aku baik(ye la tu),masa tu ujian bulanan berapa entah kawan aku tanya jawapan soalan nombor berapa entah,aku rasa serba salah pulak nak bagitau ke tak ni,muka dia nampak susah hati,lagi aku bertambah serba salah jadinya,macam mana nak buat ni??
pening-pening @_@
Lepas tu aku dapat satu idea,kalau nak cakap nanti cikgu dengar,kalau nak bagi kertas nanti cikgu perasan,so aku ada cara aku sendiri,aku koyak sikit kertas kajang then masukan dalam penutup pen,jadi kitaorang pun tukar-tukar pen,jadi cikgu tak akan perasan hehe,amacam pandai tak aku(memang la pandai otok penipu) : P
Sekali dan sekali lagi kita tinggalkan di atas,ini la kejadian yang aku tak leh lupa,kalau teringat SPM ja mesti aku ingat kejadian ni,masa tu trial SPM kertas Math 2 ke 1 entah,aku masa tu bulat-bulat jawab jawapan,kalau aku tak tahu aku pakai bulat ja,betul salah belakang kira,janji jawab,lebih kurang 15 minit dari masa start ujian,TIBA-TIBA aku dengar ada orang ketuk bawah meja kat belakang,aku cakap la dalam hati "baru awal periksa dah buat bising"berapa saat kemudian cikgu bangun dan jerit-jerit "ambil pen ambil pen",aku jadi hairan dan terus kalis belakang,lepas tu aku terkejut besar...
salah seorang kawan baik aku jatuh sebab kejang,memang masa tu kelang-kabut sangat,ramai yang bantu kawan aku tu,tapi aku tak dapat bantu dia sebab takut kang kalau aku tolong dia pi bilik rehat tak pasai-pasai ada orang tiru jawapan aku(ade ke orang nak tiru),tak ada la aku main-main ja,aku tak dapat tolong sebab hanya beberapa ja boleh bantu,yang lain teruskan jawab ujian,lepas beberapa hari tu aku ada tanya dia pasal hari ujian Math tu,kesian tengok dia dah la tak dapat jawab ujian,muka pulak lebam,kesian kan..
Aku : hang ingat apa-apa dak masa tu ?
Kawan aku : tak ingat apa-apa,masa tu aku duk jawab soalan 15 lepas tu tak ingat apa-apa
Aku : hang terkejut dak tiba-tiba ja duk dalam bilik rehat ?
Kawan aku : tak,memang dah tau jadi tu
Aku : macam mana dia boleh jadi ekk?hang ada rasa apa-apa masa nak jadi tu?
Kawan aku : tak sebab masa duk jawab tu lepas tu terus tak ingat apa-apa dah
Aku : macam mana boleh lebam tu?
Kawan aku : tak tau la,berlaga dengan meja ka pintu tah
Aku : masa aku tengok depa duk angkat hang tu punya la ramai..(sebelum aku habiskan ayat aku dia terus mencelah)
Kawan aku : ha memang kalau aku jadi tu aku jadi berat
Aku : teruk jugak noh,masa hang jadi kat perhimpunan tu la teruk sangat,hang tau dak masa hang jadi tu kat perhimpunan hari kan,hang ada tertendang budak tu
Kawan aku : ya ka,weh lepas ni aku nak pi minta maaf kat dia la
Aku : buat apa bukan salah hang pun,hang pun tak tau apa-apa,apa yang aku ingat masa tu duk dengar pengetua cakap,tiba-tiba ja budak tu cakap 'weh dia tendang aku',aku pun cakap sapa berani tendang dia masa pengetua berucapkan,aku pun kalis la belakang,aku tengok hang dah jadi macam tu,kira ok kan hang jadi macam tu masa perhimpuan sebab tak jatuh dah kan sebab masa tu kita duduk
Itu la antara dialog aku dan kawan aku masa duk ulang kaji,dah macam reporter aku masa tu,memang la kan sebab aku tak pernah saksikan kejadian ni
Terfikir jugak aku adakah akan terjadi kejadian yang boleh aku ingat lepas dah abis sekolah ni,hmm : / tengok la kalau ada apa-apa boleh aku share kat sini,ok sampai sini sahaja kisah aku dan TATA ^_^